Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

Misteri Majalah Mangga

2.7K 86 1
                                        

Tap! Tap! Tap!

Kedengaran bunyi papan kekunci ditekan bertubi-tubi. Matanya dikunci pada skrin komputer. Cermin mata bulatnya yang seperti cermin mata Harry Potter itu terjatuh sikit lalu ditolaknya ke atas. Mulutnya ternganga sambil menekan lagi punat pada papan kekunci itu.

Persis budak nerd dan gamers!

"Oi, kau buat apa tu? Fokus je aku tengok." Tegur Joey yang tiba-tiba sahaja sudah berada di dalam pejabat Shaqif.

"Aku buat kerjalah." Balas Shaqif acuh tak acuh.

Mata Joey terbeliak.

"Seriuslah kau tengah buat kerja sekarang ni? Kena sampuk ke apa?" Joey seperti tidak percaya orang seperti Shaqif yang selalu melayani majalah dan asyik bermain game akhirnya...bekerja?!

"Kau jangan pandang rendah dengan aku. Syarikat ni sukses pun sebab aku jugak." Sambung Shaqif lagi. Matanya masih tertancap pada skrin komputer. Gigih betul dia kerja hari ni.

Joey menyilang tangannya. Dia masih memerhatikan si Shaqif itu.

"Ni mesti ada kena mengena dengan Mika ni. Betul ke tidak?" Tanya Joey tiba-tiba. Mana mungkin budak yang suka main-main dengan kerja ni tetiba je jadi rajin.

Shaqif terhenti daripada menaip.

Habislah....kantoi!

Senyuman lebar yang didedahkan lagi dengan barisan gigi-gigi arnab yang besar di bahagian hadapan. Dengan sedikit perasaan yang menyangka diri tu comel tapi dah macam kerang busuk dengan...

"Tutup mulut kau tu! Dahlah ada cabai kat celah gigi." Pekik Joey. Shaqif pun segera berhenti daripada tersenyum.

"Alah...Joey. Aku kan nak masuk minang si baby Mika tu. Kenalah rajin kerja cari duit lebih. Nak ada family yang besar bukan senang bro. Dengan Hafiz saja tiap bulan aku habis duit bayar bil eletrik dengan wifi lagi yang berlambung sebab dia main game. Suruh masuk tournament tak nak. Haih...kalau ada Mika nanti sebagai isteri aku mesti best..." sudahhhhh dia dah berangan melebih-lebih dah....

Joey menggeleng kepalanya. Sah! Dah angau budak ni.

"Kau buatlah apa yang kau suka tapi ingat. Jangan sebab nak kan si Mika tu je kau kerja sungguh-sungguh. Ingat jugak dengan future company kau ni." Bebel Joey. "Ya, ya tu aku tau." Balas Shaqif malas.

Joey ternampak majalah mangga edisi terbaru di atas meja Shaqif lalu mengambilnya.

"Apalah yang kau kemaruk sangat dengan majalah mangga ni?" Ujarnya perlahan sambil mula menyelak helaian pertama majalah itu.

Shaqif yang terlihat Joey menyentuh majalahnya itu terkejut. Dalam sekelip mata sahaja dia merampas majalah itu daripada genggaman Joey.

"Jangan tengok! Ni I punya masterpiece k." Kata Shaqif sambil menjeling Joey. Aik...jeling pulak dia. "Apa yang kau tengok dalam majalah tu hah sampai nak sorok dari aku? Kau tengok benda lucah ek?!" Terjah Joey. Penasaran.

Lucah?!

Tiba-tiba rasa maruah diri itu tercalar.

"Otak I masih suci k. Lagipun majalah mangga ni bukan macam majalah playboy. Majalah ni innocent tau." Balas Shaqif laju dengan penerangan yang jelas lagi terang itu. Amboi...over protective lak dia ni, majalah je pun.

Joey mengalah. Fed up dia nak melayan kerenah budak sengal ni. Kalau layan lebih-lebih hati ni boleh sakit tau. Plus otak boleh jadi mereng.

"Dah. Aku blah dulu. Layan kau ni lama-lama kerja aku pulak tak siap nanti." Ujar Joey kemudian beredar dari pejabat mamat sengal tu.

"Babai..." ucap Shaqif. Tangan tu dah kenapa? Terpusing-pusing. Ingat princess ke nak lambai-lambai macam tu?

-

Joey mengambil tempat duduk di kerusinya. Segala otot dan sendi di jari jemarinya dilonggar dan dipatah-patahkan. Bukan patah tulang jari tau.

Matanya cuba difokuskan kepada skrin laptopnya itu. Dia mula membuka Google lalu menaip.

Majalah...mangga.

"Ada pun!" Jerit Joey dengan tiba-tibanya. Macam baru jumpa nombor ekor keramat je.

Laman sesawang rasmi majalah mangga dibukanya. Lalu setiap isi dalam laman sesawang tu dibacanya. Sebenarnya Joey ni penasaran yang amat. Mana taknya, bos dia si Shaqif tu selalu layan majalah ni. Yang menambahkan peliknya lagi tu macam mana si Shaqif tu boleh bawak Syarikat JoKing ni sampai berjaya. Tak ke korang pun terfikir benda yang sama jugak? Apalagi jom siasat!

Sedang khusyuk si Joey meneliti setiap bait perkataan dalam laman sesawang tu, tiba-tiba dia terbaca sesuatu yang...tak mungkinlah?!

Seksyen Kata-kata Peminat
To Nelydia Senrose: Nelydia! Saya peminat setia nombor 1 awak! Hope awak notice saya. Saya ni ceo syarikat game tau. Game lawan-lawan yang awak main pastu awak post kat ig tu game dari syarikat saya tau. Terharunya bila idola main game kita~ Jangan lupa support game JoKing tau!

Terbeliak mata Joey membaca artikel itu.

CEO syarikat game?! JoKing?!

Tak ke semua tu menunjukkan orang yang dia tengah fikirkan? Siapa?

Siapa lagi kalau bukan mamat sengal tu?!

Joey tidak berpuas hati. Dia membuka pula majlah mangga online edisi bulan-bulan yang lepas. Di seksyen yang sama iaitu Kata-kata Peminat. Setiap bulan mamat tu tulis untuk artis fevret dia?! Mention nama syarikat tak pernah miss pulak tu!

Gila ke apa mamat ni?!

Mika mengetuk pintu pejabat Joey. Tiada jawapan. Menyangka tiada sesiapa di dalam Mika pun terus menyergah masuk. Niatnya nak meletakkan dokumen di atas meja manager Joey.

"Opocot mak engkau!" Latah Mika. Terkejut dia. Mana taknya buka saja pintu dia ternampak Joey yang dah macam patung. Dengan mata terbeliak pulak tu. Sudah...apa pulak yang tak kena dengan manager Joey ni.

Sekarang ni Joey tengah mental breakdown. Mentak breakdown sebab apa? Sebab tak boleh terima hakikat yang Shaqif tu minat dengan Nelydia. Bukan minat tapi dah tahap obses dah.

"Abang Joey~" panggil Shaqif. "Eh? Baby Mika pun ada kat sini?" Tegur Shaqif dengan lenggang lenggoknya yang menggedik itu. Mika hanya tersenyum. Senyum paksa. Sejak bekerja sebagai PA Shaqif ni banyak dugaan yang dia kena hadapi. Salah satunya perangai gedik Shaqif nilah. Walaupun matanya sakit menonton drama tak laku bosnya itu dia kena tahan jugaklah. Kalau Shaqif ni bukan bos dah lama patah riuk tulang-tulang Shaqif tu.

"Woi! Shaqif!" Jerit Joey tiba-tiba. Shaqif dan Mika terkejut beruk. Tadi macam patung ni dah kenapa marah macam orang mengamuk ni?!

"Sini kau Shaqif!" Jerit Joey lagi. Tanpa memikirkan apa apa lagi dia segera mengejar  Shaqif tanpa sebab. Shaqif apalagi. Larilah!!!

"Mak, tolong!" Lari Shaqif dengan sekuat hatinya.

"Berani kau malukan nama syarikat kita!!!" Jerit Joey lagi.

Pergh...siapa tak angin kalau Shaqif tulis camtu kat majalah. Punah habis nama baik syarikat JoKing yang Joey cuba protect selama ni. Tak guna kau Shaqif. Nama kau sendiri tak nak letak pulak ye.

*endingnya habis rambut Shaqif kena tarik dengan Joey. Ish,,.ish...siapa suruh buat macam tu lagi. Kan dah kena.

#suamikusengal?!

Comment
Vote

Suamiku Sengal?!Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang