nn

8.4K 242 3
                                    

Tirai malam sudah pun berlabuh. Aku masuk ke dalam bilik selepas menikmati makan malam bersama suami dan keluarga yang tercinta.

Nananana...

Sempat lagi aku menyanyi sambil mengemas pakaian di dalam almari. Aku dan Shaqif telah mengambil cuti kerja selama seminggu untuk majlis perkahwinan kami.

Aku memandang bilikku. Cantik berhias bunga-bungaan serta lembut mata memandang dengan warna pinknya. Memang cukup sempurna hiasannya untuk bilik pengantin. Aku mengalih pandanganku ke arah almari semula. Tanganku lincah melipat baju lalu disimpan ke dalam almari.

"Sibuk nampak?" Suara seseorang mengganggu tumpuanku.

Jantungku berdebar-debar. Peluh sejuk pula laju mengalir di dahi. Apakah betul suara itu milik seseorang yang kukenal? Adakah dia...

"Bos?" Sebutku. Terkejut.

Shaqif menganggkat keningnya.

"I'm your husband now. So please call me Mr. Hubby. Not Mr. Bos ok?" Ujarnya dalam nada menggedik. Sempat lagi dia mengenyit mata dengan muka gatal dia tu.

Tiba-tiba je meremang bulu roma aku bila tengok reaksi muka dia tu. Seram!

"Apa yang tercegat lagi kat situ? Come on. Do your duty as a wife now." Sambungnya lagi dengan senyuman herotnya.

Aku tertelan liurku.

Mak! Tolong Mika!

Shaqif menepuk-nepuk katil itu. Nampak gayanya dia nak suruh aku duduk sebelah dia.

Sekejap.

Bukan bos selama ni dingin ke dengan aku? Kenapa dah berubah? Tiba-tiba je penyakit sengal dia tu dah kembali?

"Bos dah tak marahkan saya ke?" Tanyaku. Berdegup kencang pulak jantung aku ni bila tanya bos soalan tu.

Shaqif terdiam. Dahinya berkerut. Ada masalah ke?

"Ya! Aku ada masalah!!! Joey help me~" jerit Shaqif jauh di lubuk hatinya.

"Bos?" Panggilku berkali-kali.

Wajah Shaqif berubah. Dia memandangku dengan mata meliar. Sekejap dari atas ke bawah kemudian dari bawah ke atas.

Ppak!

Aku terkejut!
Shaqif lagi terkejut!!!

"Why you slap me Mika? Huhu!" Shaqif terus berlari keluar dari bilik sambil memegang pipinya yang merah akibat ditampar oleh......aku?

"Apa aku dah buat?!" Jeritku di dalam hati.

Sementara itu...

"Opocot mak kau!" Latah mak yang sibuk menguli doh untuk dibuat biskut.

Mak terkejut apabila melihat kelibat seseorang dibelakangnya. Mata mak meliar melihat ke sana sini.

"Rasanya tadi aku ada nampak orang lalu kat belakang aku?" Desis mak. Tiba-tiba je bulu romanya menegang. Angin sejuk pula tiba-tiba meniup sepoi bahasa.

"Baik aku tidur cepat!" Jerit mak.

Tula mak...
Mana ada orang buat biskut malam-malam buta ni.

-

"Uwargh! Sampai hati Mika tampar pipi I yang putih mulus ni. Habis hilang keseriannya!" Bebel Shaqif seorang diri di beranda rumah.

Tiba-tiba wajah Shaqif disuluh oleh lampu suluh. Shaqif terkejut.

"Kamu buat apa kat luar malam-malam buta ni, Shaqif?" Tanya ayah dari bawah beranda rumah sambil menyuluh muka Shaqif dengan lampu suluhnya.

Shaqif terdiam.

"Tak ada apalah, ayah. Biasalah perempuan kan?" Sengihnya. Ayah juga tertawa kecil.

"Mika buat perangailah tu." Tawa ayah. Shaqif juga turut ketawa bersama.

-

"Apa aku dah buat tadi?!" Aku menampar pipiku berkali-kali. Tidak percaya tangan aku yang innocent ni telah menampar pipi si suami. Mesti bos marah aku lagi.

Aku membuka tingkap. Aku terlihat Shaqif dan ayah di beranda rumah tengah bersembang. Janganlah bos mengadu kat ayah...

Shaqif ternampak Mika di tingkap bilik. Tiba-tiba pulak dia rasa sebal dengan Mika.

"Humph!" Jeling Shaqif sambil bibirnya memuncung.

Dah merajuk orang tu!

Aku tertawa kecil.

Hatiku rasa lega. Bos dah tak dingin macam dulu. Dia dah boleh gurau-gurau sengal dengan aku. Hilang terus beban yang terbuku di hati ni.

Leganya!

Keesokan harinya...
Aku tersedar dari jaga. Aku melihat ke sekeliling. Kosong.

Kosong?!

Mana bos?

Aku terus turun dari katil untuk mencari bos.

"Ark!" Jerit seseorang. Aku terkejut beruk. Aku segera melihat ke bawah.

Aku terpijak bos!

No!!!!

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku melihat wajah bos yang bengis itu. Tangan bos pula tidak berhenti daripada mengusap perutnya dari tadi.

"Awak tak nampak ke atau sengaja?" Soal Shaqif. Pandangannya sungguh tajam sampai boleh menembus kertas A4 yang tak berapa nak tebal tu.

Aku gagap.

"Err...saya...saya...tak nampak bos...kat bawah...tadi."

Shaqif mendengus.

"Kalau ya pun kenapa tak check dulu!" Jeritnya. Aku terkejut dengan jeritannya itu.

Kepalaku tertunduk.

"Maaf bos." Pintaku. Shaqif mengeluh kasar.

"Kenapa bos tidur kat bawah?" Tanyaku. Tiba-tiba je nak tahu kenapa bos tidur kat bawah. Padahal katil ada.

"Awak tanya sebab tahu ke atau betul-betul tak tahu?" Tanya Shaqif pula. Kening kirinya terangkat.

Gulp!

Aku menggeleng kepala.

"Betul tak tahu?" Tanya Shaqif sekali lagi.

Aku menggeleng buat kali kedua.

"Kalau macam tu bolehlah saya langgar kontrak kita?" Shaqif tersenyum herot.

Kontrak?

Macam mana aku boleh terlupa?!!!!


#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now