Siapa Bos?

8.6K 276 2
                                    

Telefonku dari tadi asyik berdering. Rimas pulak aku dibuatnya. Aku sudahlah tengah sibuk nak siapkan laporan nanti nak bagi kat bos.

Aku melihat skrin telefon.

Mak aih! Banyaknya missed call. Siapa pulak call aku masa kerja ni?

Aku memeriksa sejarah panggilan pada telefonku. Rupa-rupanya mak yang telefon?! Tapi, kenapa mak tiba-tiba telefon ni? Tak pernah pulak mak telefon aku masa kerja ni. Entah-entah...hish! Tak mungkinlah!

Aku menelefon mak semula.

Truttt....

"Hello mak."
"Mika, kamu dah cakap dekat Shaqif yang mak dengan ayah kamu nak jumpa dengan makbapak dia malam ni." Tanya mak. Aku mengerut dahi.

Mak nak jumpa malam ni?! Tapi aku tak beritahu lagi mak dengan ayah pasal family bos. Apa aku nak cakap dengan mak dan ayah ni? Konfius aku!

"Mak, tengah hari nanti Mika balik rumah tau. Ada benda Mika nak bagitahu mak dengan ayah ni." Beritahuku

"Apa benda kamu nak cakap? Cakap jelah kat telefon ni. Apa yang susah sangat." Tambah mak. "Mana boleh cakap kat telefon. Benda ni penting sangat." Balasku. "Suka hati kamulah." Mak mengalah.

Selepas mak mematikan telefon aku mengemas fail yang bersepah di atas mejaku.

Sejak bila pulak meja aku bersepah macam ni? Getusku.

"Mika, teman saya lunch." Suara seseorang memecahkan lamunanku. Aku berpaling ke belakang. Bos?

"Bos nak saya temankan bos lunch?" Tanyaku untuk mendapatkan kepastian. Shaqif mengangguk. "Kenapa? Tak boleh ke?" Tanya Shaqif pula.

"Bukan tak boleh bos. Tapi, saya nak balik rumah kejap." Jelasku. "Balik rumah? Kalau macam tu saya nak ikut. Boleh jumpa mak dan ayah awak sekali." Sambung bos.

Bos nak ikut aku balik rumah? Macam mana ni?! Aku dahlah nak bagitahu mak dengan ayah pasal family bos. Kalau bos ada macam mana aku nak cakap?

"Boleh tak Mika?" Tanya bos. Aku tersentak. "Err...." "I'll take that as yes." Celah bos. Apa dia?!!

Di dalam kereta bos...
Penyudahnya...

Aku memandang bos. Muka bos nampak biasa-biasa je. Tak ada pun tanda-tanda negatif. Erm...sebenarnya aku tak boleh nak duga bos ni. Bos sekarang dah lain. Kurang ceria tak macam dulu. Tiba-tiba je rasa macam tak best. Eleh...dulu kau jugak yang menyampah dengan perangai sengal bos kau tu. Sekarang apa cerita?

"Mika, pasal perbincangan perkahwinan kita kan sebenarnya ada satu benda saya nak beritahu awak dan famili awak. Sebelum perkahwinan kita berlangsung." Ujar bos tiba-tiba. Aku tersentak. Adakah bos nak cerita kat mak dan ayah pasal famili bos?

Aku mengangguk. Mengiyakan saja kata-kata bos. Mungkin bos sudah fikir masak-masak pasal hal ni.

Kira-kira 10 minit kemudian kami berdua pun sampai ke rumahku. Mak menyambut bakal menantunya dengan mesra. Sampaikan aku yang berdiri kat sebelah pun tak dihiraunya. Maklumlah...orang tu dah sayang kat menantu!

"Kamu tak bagitahu mak pun yang Shaqif ikut sekali. Elok sangat pun Shaqif ada kat sini." Seloroh mak. Shaqif tersengih.

"Ala...mak cik. Mika yang paksa saya datang sini. Katanya dia takut rindukan saya sebab satu jam tak nampak muka saya." Ujar Shaqif sambil tersenyum sinis. Aku terbungkam!

Masa bila pulak aku cakap macam tu!!!!
Eee...nak kena bos ni! Sengaja nak cari pasal.

Mak tergelak.

"Ada-ada je kamu berdua ni. Sudahlah, jom kita makan dulu. Mak dah masak lauk fevret kamu." Tambah mak sambil membawa kami ke dapur. Shaqif hanya menuruti kami. Aku memandang bos. Bos memandang aku.

Kemudian aku memukul bahu bos. Bos terkejut.

"Kenapa cakap macam tu kat mak?!" Bisikku untuk mengelak dari mak terdengar. Shaqif tersenyum lebar. "Biarlah sayang. Baru sweet macam tu." Sengihnya.

Eee...bos aku ni tak faham bahasa ke? Sengaja je nak naikkan darah aku. Nak je aku terajang bos aku sampai jatuh sawah kat depan tu! Gatal sungguh!

Sebelum makan kami menunggu ayah yang baru pulang dari pejabat pos. Selepas itu kami semua pun makan tengah hari bersama.

"Mak cik dan pak cik." Panggil Shaqif. Kami semua berhenti sebentar daripada makan. Agaknya bos nak cerita pasal famili bos tu ke?

"Ada apa Shaqif?" Celah ayah. "Sebenarnya Shaqif ada benda penting nak bagitahu sebelum saya dan Mika berkahwin." Jelas Shaqif. Ayah mengangguk.

"Patutlah tadi Mika ada kata nak cakap benda penting." Tambah mak. Bos memandang aku. Alamak! Aku tak nak bos tahu yang aku dah tahu perkara sebenar.

Aku tersengih. Peace....

"Sebenarnya, saya tak boleh bawak mak cik dan pak cik berjumpa dengan mak dan ayah saya." Ujar Shaqif perlahan.

Mak dan ayah terkejut.

"Kenapa pulak?" Tanya ayah. Pelik.

"Sebab...ayah dan...mak saya meninggal waktu saya kecil lagi." Shaqif menahan air matanya daripada mengalir. Dia sebak. Aku mengusap belakang badan bos. Aku pun turut bersedih.


#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now