Semuanya Bermula Dari Sini

3.9K 113 12
                                        

"Hafiz!" Jerit Shaqif dari jauh setelah memarkir keretanya di hadapan tadika dimana Hafiz belajar. Jam 12 tengah hari merupakan waktu untuk Hafiz pulang. Untuk tak dimarahi Hafiz kerana lambat mengambilnya, Shaqif terpaksa menyuruh sekretari Joey supaya redo jadualnya semula untuk hari ni.

"Awal pun papa datang hari ni." Ujar Hafiz sambil memuncungkan bibirnya. Shaqif tersenyum. Budak kecik ni tau nak muncung bibir je. Nasib comel! Shaqif yang geram melihat pipi pau Hafiz tu segera mencuit pipi Hafiz yang gebu itu.

"Sakitlah papa!" Jerit Hafiz. Shaqif tertawa kecil.

Tiba-tiba perut Shaqif terasa sakit. Baru dia teringat. Tadi dia sarapan nasi lemak lepas tu sambal bilisnya pulak pedas menyengat.

Perut Shaqif berkeroncong. Ni bukan kes lapar ni tapi....nak membuang ni! Shaqif tiba-tiba mencengkam bahu anak angkatnya itu. Dahinya berkerut. Hafiz pelik. "Papa ni dah kenapa? Muka macam nak berak je?" tanya Hafiz. Shaqif mengangguk kepalanya perlahan.

"Hafiz, boleh tunjuk kat papa tak toilet kat mana? Cepat.....papa dah tak tahan ni!" Teran Shaqif dengan kakinya dah bersilang sebab tak tahan sangat. Dah macam pondan je aku tengok mamat ni. Hafiz tertawa kecil. "Kat dalam sana tu." Tunjuk Hafiz dengan jarinya dituding ke dalam taska.

"Hafiz tunggu dalam kereta tau. Jangan pergi mana-mana." Pesan Shaqif sebelum ke toilet. Cepatlah ke toiletnye pun....dah macam orang kena buasir pun ada dengan kaki terkepit-kepit.

Shaqif bergegas masuk ke dalam taska. Dia terjumpa cikgu taska lalu dia bertanya arah ke tandas. Selepas menjumpai tandas dengan segeranya dia menunaikan hajatnya tu. Haih....nampak sangat tak tahannya tu.

Sebelum pulang Mika mengemas dahulu dapur di taska tempat dia bekerja tu. Bersepah pulak sebab tadi ada buat jamuan kecil-kecilan sebelum budak-budak balik. Walaupun baru hari ni dia bekerja di taska itu hatinya seronok dan puas sebab dapat mengajar dan melayan kanak-kanak yang comel-comel belaka ni.

Selepas selesai mengemas tiba-tiba tekak terasa kering pula. Peti ais dibuka lalu dicapainya sebotol air mineral lalu dituang ke dalam gelas. Baru je Mika nak teguk air tu tiba-tiba gelasnya diambil oleh orang lain. Mika tersentak. Seorang lelaki yang tak dikenali tiba-tiba sahaja meneguk air yang dituangnya itu. Apahal mamat ni?! Tiba-tiba je rembat air orang lain. Aku dahagalah woi!!!

"Ahhh....lega. Tenkiu!" Ucap Shaqif dengan senyuman herotnya itu. Mika terpaku. Bukan sebab tergoda atau cair tapi pelik! Dahlah tak kenal pastu rembat air orang lain suka hati. Tak betul ke apa mamat ni? Geram pun ada.

Selepas meminum air Shaqif dengan tak tahu malunya pun beredar dari situ. Tekak yang dahaga telah pun lega. Apalagi baliklah.

Di dalam kereta...

Shaqif masih terbayang-bayang wajah guru taska tadi. Memang Shaqif sengaja meminum air yang dituangnya. Kerana Shaqif suka melihat wajah guru taska itu. Lembut dan manis. Sejuk mata memandang dengan baju kurungnya lagi. Sebiji macam gadis melayu terakhir. Hatinya berbunga membayangkan wajah guru taska itu tadi. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.

"Papa dah kenapa sengih sorang-sorang ni?" Tanya Hafiz yang sedari tadi asyik memerhati gelagat ayah angkatnya itu. Papa ni memang selalu tak betul tapi kali ni memanjang pulak senyumnya. Ada benda seronok jadi ke kat toilet tadi?

Shaqif tersenyum lagi. Kali ni makin lebar senyumannya. Dia memandang Hafiz seketika walaupun tengah memandu.

"Hafiz, Hafiz...apa nama cikgu Hafiz yang pakai baju kurung warna hijau tadi tu? Papa jumpa kat dapur tadi. Tak pernah nampak pun cikgu tu sebelum ni? Cikgu baru eh?" Tanya Shaqif dengan agendanya yang tersendiri.

"Ohhh tu cikgu baru. Baru hari ni cikgu tu mengajar. Tak silap Hafiz nama cikgu tu...Nik...Mika...Sha kot? Entahlah tak ingat. Hihihi..." tawa Hafiz. Terserlah gigi arnabnya yang kecil itu. Comel.

Suamiku Sengal?!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang