Cinta?

8.6K 251 1
                                    

Sejak kejadian semalam aku rasa janggal je bila dengan bos. Tadi pun sama. Bila aku nak hantar fail projek kat Bangi tu dekat bos aku terus blah dari situ. Pendek kata kitorang dah tak macam dulu. Ada jugak sengal-sengalnya. Sekarang ni semuanya janggal.

Sudahlah sekejap lagi aku nak kena ikut bos pergi pameran anime kat Kuala Lumpur. Mesti krik krik krik punyalah!

Aku meneguk segelas air kosong. Aku terfikir kata-kata bos semalam. Betul ke bos sukakan aku? Aku tak percayalah.

Tiba-tiba muncul bos disitu. Aku terkaku. Aku hanya perasan bos mengambil biskut di dalam tin biskut. Aku segera berjalan keluar.

"Mika, kejap." Bos memegang lenganku. Aku tersentak.

"Kenapa awak macam nak lari dari saya?" Tanya bos. Dia memandang wajah aku. Tetapi aku tak mampu nak lihat wajah bos. Biadabkah aku?

Aku diam.

"Mika, saya minta maaf. Tapi, saya tak pernah tipu pasal perasaan saya dekat awak selama ni." Ujarnya lagi.

Aku terdiam. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku rasa semua ni agak mengejutkan bagi aku. Aku perlukan masa untuk berfikir. Aku tahu aku mungkin dah lukakan hati bos. Tapi...

"Bos, saya perlukan masa untuk berfikir." Ujarku perlahan. Aku menolak tangan bos dari terus memegang lenganku. Aku terus beredar dari situ.

"Argh!!! Stressnya!" Jeritku di dalam bilik air wanita.

"Apa aku nak buat sekarang ni? Patut ke aku terima cinta bos?" Bebelku seorang diri. Aku bingung. Tersangat bingung.

Memang betul selama ni aku senang berada dengan bos. Walaupun aku tak suka dengan perangai bos yang gila tu tetapi aku rasa seronok. Kadang-kadang aku tergelak sorang-sorang kat rumah bila teringatkan bos. Tapi...ini bukan cinta. Aku rasa aku tak dapat nak anggap bos lebih dari seorang bos. Aku rasa...tak tahulah!

"Jauh termenung?" Tegur seseorang. Aku tersedar dari lamunanku. Manager Joey? Ada apa hal manager Joey datang meja aku ni?

"Shamika, saya nak awak check kedatangan kakitangan kita untuk mesyuarat petanf ni. Pastu awak bagi saya. Kalau boleh sebelum lunch. Okey?" Arahnya. Aku mengangguk perlahan.

"Kenapa dengan kamu ni? Macam tak bersemangat je." Tanya Joey. Aku segera menggeleng kepala. "Tak adalah. Penat sikit kot." Balasku pendek. "Okey." Manager Joey terus kembali ke pejabatnya.

Aku mengerling jam tanganku. Tinggal lagi sejam sebelum tiba waktu makan tengah hari. Baik aku mula periksa kedatangan sekarang.

Aku mengambil fail itu lalu pergi ke tingkat bawah dimana kakitangan mesyuarat berada.

Shaqif membuka pintu pejabatnya. Dia mahu mengajak Mika menemani dia ke suatu tempat. Tengok-tengok Mika sudah tiada di tempat duduknya.

Mana Mika? Getusnya.

-

Aku pergi ke setiap meja kakitangan mesyuarat petang ni. Semuanya ada 10 orang. Nasib baik 10 je kalau 20 orang memang tak sempat aku nak settlekan sebelum lunch.

"Kak Bidah, petang ni ada mesyuarat." Beritahuku. Kak Bidah yang sedang bergosip dengan teman sekerjanya yang lain memandangku.

"Shamika! Meh duduk sebelah akak. Panjang umur kamu." Selorohnya. Panjang umur aku? Tengah mengumpat aku ke apa?

Kak Bidah menarik aku supaya duduk di sebelahnya. Aku hanya menurutinya.

"Bila wedding kamu dengan bos?" Tanya kak Bidah teruja. Aku terkejut. Kak Bidah tahu pasal perkahwinan aku dengan bos? Siapa cerita ni?

Aku terdiam sebentar. Kemudian aku tersenyum.

"Insha allah lagi dua minggu." Balasku ringkas. Tiba-tiba rasa malu.

"Kamu ni dah lah cantik dapat pulak bos kita yang hensem macam model tu. Jelesnya akak!" Seloroh kak Bidah lagi. Aku tersenyum.

"Kamu tak rasa teruja ke?" Tanya kak Bidah. Teruja? Aku blur sekejap.

"Hish! Kamu ni. Kamu tahu tak ramai artis nakkan bos kita tu. Sebab bos kita dahlah hensem, pelawak dan kaya pulak tu. Pendek kata bos kita tu dah macam dalam drama TV3. Apa tajuk cerita tu ya? Hah! Duda Terlajak Laris! Bertuahnya kamu Shamika!" Jerit kak Bidah teruja. Aku pulak yang rasa malu.

"Teruja tu adalah jugak. Tapi saya macam tak ready lagi nak kahwin." Balasku perlahan. Wajah kak Bidah berubah.

"Kenapa kamu tak ready lagi?" Tanya kak Bidah.

"Mika! Kat sini kamu rupanya. Puas abang cari." Jerit Shaqif. Dia mendekatiku. Aku terkejut.

Sejak bila bos ada kat sini?!

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now