Kcak!
"Baby Mika, kan saya dah cakap saya tak nak diganggu." Kata Shaqif sambil matanya fokus pada helaian majalah mangga itu.
"Baby Mika?" Sebut Arisa. Shaqif terkejut. Dia terbangun dari kerusinya selepas perasan akan kehadiran Arisa di dalam pejabatnya.
"Kau buat apa kat sini?" Tanya Shaqif dingin. Dia menjeling Arisa. Arisa geram. Dia datang ke pejabat Shaqif semata-mata mahu menyiasat hubungan Shaqif dan Mika. Tak sangka dia bahawa Shaqif betul-betul sudah menjumpai penggantinya.
Aku berdiri di pintu. Aku takut melihat situasi tegang diantara mereka berdua. Apa aku nak buat? Patut ke aku blah je? Desisku.
"Kenapa? Kau masih tak percaya ke aku dah bertunang?" Sengih Shaqif. Dia melemparkan senyuman sinis kepada Arisa.
Arisa menggeleng kepalanya.
"Awak tipu. Saya tahu yang awak tak pernah bertunang dengan perempuan tu. Awak buat semua ni sebab nak sakitkan hati saya kan? Saya tahu yang awak masih sayangkan saya." Arisa neluahkan segala yang terbuku di hatinya. Shaqif tersenyum sinis. Dia mendekati Arisa.
"Arisa, Arisa." Panggil Shaqif. "Ya, aku memang tak pernah lupakan kau." Ujarnya. Arisa tersenyum. "Tapi, aku tak pernah lupakan setiap perbuatan kau yang menyakitkan hati aku. Aku tak lupakan kau sebab aku nak jadikan kau sebagai peringatan. Peringatan supaya aku takkan jatuh cinta dengan orang yang macam kau ataupun kau sendiri." Sambung Shaqif dengan dinginnya. Arisa tersentak.
Arisa terjatuh melutut. Dia mengalirkan air matanya. Dia sungguh tidak menyangka bahawa Shaqif akan membencinya sampai ke tahap ini sekali. Arisa geram. Dia mula berasa marah dengan layanan Shaqif yang dingin terhadapnya. Dia sudah tekad.
"Buktikan kepada saya yang awak betul-betul nak kahwin dengan perempuan tu!" Jeritnya tiba-tiba.
Aku terkejut.
Shaqif lagi terkejut sampai terkejut beruk dia.Wajah Arisa bertukar bengis.
"Saya nak tengok perkahwinan awak berdua yang happy sangat tu dalam masa sebulan ni. Kalau tidak saya mahu awak melutut di hadapan saya sebab tipu saya. Ingat tu! Kita jumpa dalam sebulan lagi." Cabar Arisa. Dia mengelap air matanya lalu beredar dari pejabat Shaqif.
Dia sempat menjelingku dengan pandangan maut. Aku tersentak. Aku memandang bos. Sepertinya dia sudah mati akal dengan cabaran Arisa itu. Dia tidak menyangka bahawa semua ini akan menjadi terlalu serius.
-
"Tak guna! Berani kau tipu aku Shaqif." Jerit Arisa di dalam kereta. Air matanya masih belum berhenti mengalir. Dia geram dengan sikap Shaqif yang sudah berubah itu.
"Kau cakap dekat aku yang kau dah bertunang tapi sebenarnya tak?! Kenapa kau buat aku macam ni Shaqif? Kenapa!!!" Arisa sudah hilang kawalan. Otaknya bercelaru memikirkan Shaqif. "Tak guna..." tangisnya.
Joey berlari masuk ke pejabat Shaqif. Dia diberitahu oleh budak pejabat bahawa Arisa ada datang menjenguk tadi.
Pintu dikuak. Joey terlihat aku dan Shaqif terbungkam di atas lantai. Dia terkejut.
"Kenapa ni korang?" Tanya Joey yang kelam kabut itu. Aku menggeleng. Bos pulak terdiam.
"Arisa buat apa kat korang tadi?" Tanya Joey lagi. Dia menggoncang tubuh Shaqif yang lesu itu.
"Dia nak tengok aku dan Mika kahwin betul-betul." Balas Shaqif lemah. "Apa dia?!" Joey pun terkejut beruk. Pandangaannya dikalih kepada aku pula. Aku pun mengiyakan kata-kata bos itu.
Aku mengeluh.
"Mak, apa patut Mika buat sekarang ni?" Keluhku.
#suamikusengal
![](https://img.wattpad.com/cover/68191236-288-k462271.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomantizmDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif