Teddy Bear Ketot?!

8.3K 238 3
                                    

Bangunnnnnnnn!!!

Aduh....siapa pulak yang memekak awal pagi ni? Malasnya nak bukak mata. Awok ngantuk lagi ni...

"Mika bangun..." panggil Shaqif berkali-kali. Penat juga dia nak kejutkan Mika dari tidur ni. Selalunya Mika yang kejut dirinya. Cuma hari ni Shaqif pula yang ingin kejutkan Mika.

Shaqif menggeletek pinggang Mika yang ramping itu. Dia tersenyum sendiri.

"Bangun Mika..." panggilnya sekali lagi.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi Mika ketawa.

"Hihi...gelilah." rengek Mika separuh sedar. Matanya masih tertutup.

Shaqif tersenyum melihat gelagat Mika itu. Dia cuba menggeletek kaki Mika pula.

"Haha...seronok pulak aku geletek Mika ni." Bisik Shaqif perlahan.

"Janganlah geletek. Geli...hihi." tawa Mika. Masih separuh sedar.

Shaqif jahat. Dia menggeletek Mila lagi sehinggalah...

Bbuk!

"Adoi...sakitnya." adu Shaqif.

Padan muka kau.

Aku terjaga. Aku melihat ke sekeliling. Rasanya tadi aku ada dengar suara bos ketawa. Tapi, mana bos?

"Sakitnya..."

Aku terkejut. Aku segera melihat ke tepi katil.

Masha allah! Bos tertonggek kat atas lantai?! Apalagi yang aku dah buat ni?

Aku menggosok pipi bos perlahan. Nak letak minyak angin dia pulak tak bagi. Risau sangat kulit muka dia yang gebu dan mulus tu rosak. Menyampah!

"Perlahan sikit. Sakit tau." Rengeknya. Tula bos...siapa suruh geletek kaki aku. Bahagian sensitif tu!

"Lain kali jangan geletek saya. Saya tak suka kena geletek tau. Lebih-lebih lagi kat kaki. Mau tersepak sesiapa nanti." Kataku.

Shaqif mengangguk perlahan.

"Yes, maam. Tapi maam hari ni kita nak sahur apa ya?" Tanya Shaqif dengan matanya terkenyit-kenyit. Dah kenapa dengan mata tu? Sakit?!

Dah lah panggil aku maam. Macam-macam gelaran dia panggil aku. Mana dia dapat semua tu pun aku tak tahu.

"Sahur?" Teringat pasal sahur ni. Semalam aku ada masak lauk sikit. Bolehlah kita perhangatkan lauk tu.

"Saya ada masak lauk semalam. Kita perhangatkan jelah." Sambungku. Shaqif hanya menuruti kata-kataku.

Selepas dia memastikan aku selesai mencuci muka dia pun menuju ke bilik Hafiz. Risau sangat aku tidur balik. Hihi...

-

Burp...

Amboi dua beranak ni. Sendawa pun serentak. Sedap sangat ke masakan aku ni?

"Pergh...sedapnya lauk pagi ni." Seloroh Shaqif. Dia mengusap-ngusap perutnya yang membuncit itu. Tak senonoh langsung!

Aku melihat Hafiz. Lagaknya sama dengan bapa angkatnya itu. Membuncit kedua-duanya!

Kejap. Betul ke diorang berdua ni anak dan bapak angkat? Kenapa dah macam anak beranak kandung je. Semua yang diorang buat semua sama. Kuat betul chemistry diorang ni.

Matahari sudah keluar. Aku melihat jam di dinding. Masih jam 7 pagi. Aku menjenguk Shaqif di bilik. Dah bersiap ke belum bos ni? Pukul 7.30 dah nak gerak ni.

Aku mengetuk pintu memandangkan pintu itu tertutup. Mana tahu kot nanti aku pakai main bukak je pintu sedar-sedar bos tak berbaju. Tak ke nanti aku jugak yang malu besar?

Tuk tuk!

"Masuk jelah. Pintu tak kunci pun." Jerit Shaqif dari dalam. Mendengar suara bos terjerit dari dalam aku pun segera membuka pintu tanpa was-was.

Skreet...

Bunyi pintu dibuka.

"Aarghhh!!!!" Jeritku. Bergema satu rumah!

"Kenapa bos tak pakai baju lagi ni?!" Jeritku lagi. Shaqif tertawa.

Mika...Mika... getusnya.

"Mika, abang tak pakai baju je bukan berbogel pun. Abang dah pakai seluar pun cuma baju je tak sarung lagi. Tak payahlah nak menjerit macam tu. Ini kalau orang lain dengar mesti diorang pun salah faham." Bebel Shaqif sambil dia pantas menyarung kemejanya.

Aku menutup mataku dengan kedua-dua tanganku. Tak nak tengok body bossss!!!

Dahiku berkerut. Tak lama kemudian aku mendengar bunyi tapak kaki bos yang cuba mendekatiku.

"Jangan dekat kalau tak pakai baju lagi!" Jeritku sekali lagi. Shaqif mengeluh panjang.

"Abang dah pakai baju pun. Tak payah tutup mata lagi." Balasnya. Malas.

Aku menurunkan tanganku perlahan-lahan. Nak pastikan bahawa bos tidak menipu.

Aku menarik nafas lega. Akhirnya aku dapat menikmati pemandangan dalam bilikku yang indah ini.

Aku terpandang bos. Bos tengah memandangku tajam. Nasib baik aku tak tersedak.

"Err...janganlah marah. A...bang. Mika cuma tak biasa je." Jelasku. Aku memamerkan wajah monyok. Wajah meminta simpati. Hihi...agak-agak hati bos cair tak?

Shaqif tersenyum.

Pandai isteri aku ni ambil hati aku. Comelnya dia! Desis Shaqif.

Shaqif mendekatiku. Tiba-toba dia mencubit pipiku. Aku terkejut!

"Alolo...comelnya teddy bear ketot abang ni." Ujarnya sambil mencubit pipiku.

Apa?! Teddy bear ketot?

Sakitlah!!!

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now