Vroom!
Bunyi deruman enjin kereta Ford mengaum dihalaman rumah. Aku menunggu di dalam kereta sementara bos sedang bersiap di dalam rumah. Dah nak dekat 10 minit jugak aku tunggu bos ni. Mana bos? Bersiap mengalahkan perempuan!
Aku tersengih.
Tiba-tiba terfikir idea jahat ni.
Hihihihi....
*gelak jahatPpponnnn!!!!
Ppooonnnn!!!"Siapa pulak hon ni? Takkan ada jem kat perumahan ni?" Bisik Shaqif sambil dia merapikan stail rambutnya.
Tengah berdandan rupanya si Shaqif ni!
Aku melihat bos yang sedang menuruni anak tangga itu. Aku mula mencekak pinggang. Pandangan jegil dilemparkan.
"Opocot mak kau!" Latah Shaqif. Dia terlatah sebaik sahaja terlihat aku berdiri dihadapannya dengan pandangan tajam.
Shaqif mendekatiku dengan senyuman herotnya. Kedua tangannya disilang dibelakangnya.
"Sayang..." panggilnya manja sambil mendekatiku.
"Apa sayang sayang?" Jelingku. Tiba-tiba Shaqif merapatkan badanku dengannya. Aku terkejut. Terkelu lidah der...
"A...apa abang buat ni? Kita kat luar rumahlah." Ujarku gagap. Shaqif tidak mengendahkan kata-kataku sebaliknya dia menolak aku masuk ke dalam kereta.
"Mak!!!" Jeritku. Sekuat hati!
Shaqif memandangku pelik.
"Kenapa dengan awak ni? Saya tak buat apa-apa pun." Ujarnya. Dengan perasaan tak bersalah!
Aku tercengang seketika.
Krik...krik...
Aku cepat menggeleng kepala. Apa yang bos nak aku fikir ni?!!!
Shaqof tertawa. Dia berasa lucu pula apabila melihat aku mengetuk kepala sendiri berkali-kali.
"Mika nak abang buat sekarang jugak ke? Boleh saja..." usik Shaqif. Dalam hatinya dia dah ketawa berdekah-dekah melihat gelagat Mika yang malu itu.
"Comel!" Desis Shaqif.
Aku cuba melapangkan fikiran. Kemudian, aku memandang bos lagi.
Puf!
Aku tak tahan tengok muka bos! Aku nak lari je dari sini! Muka bos miang sangat!
"Tak jadilah nak ikut bos." Kataku. Aku segera membuka pintu kereta untuk keluar.
"Siapa kata awak boleh keluar?" Aku terdiam. Langkahku terhenti. Aku menoleh ke belakang perlahan-lahan. Risau jugak kalau bos hangin!
Aku tersengih. Peace...
Shaqif menutup kembali pintu kereta itu lalu laju meluncur keluar dari perkarangan rumah. Sepanjang dalam perjalanan aku sedikit pun tidak bersuara. Entahlah...rasa macam sentap dengan bos pun ada.
Aku memandang Shaqif. Fokusnya dia memandu.
Aku dan bos terpaksa kembali ke syarikat JoKing tu walaupun cuti seminggu kami belum habis. Badan aku pun satu. Kenapa akhir-akhir ni selalu sangat rasa malas bila perkataan kerja tu keluar. Malas sangat.
"Tak payah nak buat muka macam tu. Kita tetap pergi ke tempat kerja. Lusa dah ada meeting. Minggu depan pulak kita kena handle event. So...sayang abang yang comel dan ketot ni kenalah tolong abang selalu. Kan Mika nak jadi isteri mithali. Abang tak apalah sebab abang dah jadi suami mithali." Ujar Shaqif panjang lebar.
Aku terkejut.
"E eh. Masa bila awak tu jadi suami mithali saya?" Tanyaku. Tidak puas hati. Suka-suka dia je mengaku diri tu mithali.
"E eh awak ni? Kan hari tu awak cium armpit saya. Kan saya panggil awak 'Penghidu Armpit Suami Mithali'. Tak gitu?" Balasnya.
Wahhhhh sungguh aku tidak percaya!
Aku mencebik muka. Tak suka betul bila bos angkat bakul sendiri. Aku pun nak angkat bakul jugak!
"Yelah tu. Suami mithali sangat. Apa yang awak tahu buat ialah sakat saya je. Tak sah kalau sehari tak kacau saya." Omelku. Tak sukalah kalau bos tak habis-habis nak kutuk aku.
Shaqif terdiam. Dia perasan riak wajahku yang berubah serta merta itu. Tiba-tiba dia memperlahankan keretanya lalu berhenti di tepi jalan. Aku terkejut. Dah kenapa?
Shaqif menggenggam tanganku lembut. Menyirap darah aku dibuatnya! Aku terkedu.
"Sayang..." panggilnya lembut. Aku dapat merasakan hembusan nafasnya yang hangat itu menampar pipiku. Aku hanya berdiam.
Yalah! Touching!
"Abang minta maaf ok? Abang janji takkan panggil isteri abang yang cantik molek ni dengan panggilan ketot." Bisiknya. Tapi aku sedar akan senyuman sinisnya. Ikhlas ke tak minta maaf tu?!
Aku menjelingnya.
"Boleh ke abang pegang janji tu. Sebab setahu Mika, sejak Mika kenal abang ni abang tak pernah kalau tak kutuk Mika tau. Hampir tiap hari jugaklah Mika kena tadah telinga ni. Dengan perangai sengal abang yang macam tak betul tu." Sindirku. Aku menyilang tanganku.
Dahi Shaqif berkerut. Kening kanannya terangkat.
"Sengal? Perangai abang ni sengal?" Ulang Shaqif. Macam tak percaya pun ada.
Aku mengangguk laju.
"Abang nak tahu tak? Selama ni Mika gelar abang bos sengal tau tak? Tapi sekarang dah tukar." Beritahuku. Sempat lagi aku menunjukkan muka tidak bersalah. Hihihi...
"Bos sengal? Habis tu sekarang?" Tanya Shaqif lagi dengan mata terbuntang luas. Aku nak tergelak pun ada bila tengok muka bos ni. Hidung kembang sesaja!
"Sekarang ni dah tukar jadi..." aku memberhentikan kata-kataku.
"Tukar jadi apa?" Shaqif hilang sabar. Dia nak tahu jugak apa yang Mika nak cakapkan tu.Aku tersengih.
"Jadi apa?!" Tanya Shaqif lagi. Aku tertawa kecil.
"Jadi..."
"Ya? Jadi apa?" Celah Shaqif. Tak sabar.
"Jadi suamiku sengallah!" Jeritku.
Shaqif tersenyum lebar. Dia juga turut tertawa bersamaku.
#suamikusengal

ANDA SEDANG MEMBACA
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif