Semua Sudah berkumpul di meja makan dengan air liur yang dah meleleh melihat hidangan yang terhidang.
"Ok! Jom makan!!!" Jerit Stella dan diikuti dengan yang lain kecuali Luke. Acah cool lah tu.
"Sedapnya kau masak Stella! Kau belajar mana masak semua ni?" Soal Irya dengan mulut yang penuh.
"Hahaha. Telan lah dulu makanan tu." Tegur Stella yang melihat Irya bercakap dengan mulut yang penuh. Terus Irya malu² sambil telan makanan di mulutnya.
"Aku belajar dari orang tua aku. Arwah mak aku seorang tukang masak. Kadang² aku tolong jugak Mak aku masak dulu. Tapi lepas Mak aku dah meninggal akulah yang jadi tukang masaknya untuk arwah ayah aku." Terang Stella dengan nada biasa.
Walaupun dalam hatinya sebak mengingati kedua orang tuanya yang dah pergi buat selama²nya. Macam mana ibu dan ayah di sana? Stella di sini sihat. Pasti ibu dan ayah bahagia di sana kan? Tunggu Stella ya. Ujar hati kecil Stella.
Semua yang berada di ruang makan terus diam membisu. Entah mengapa masing² teringatkan ibu ayah yang tinggal berjauhan dari mereka.
"Stella. Malam nanti jumpa dekat laman belakang. Kita buat latihan." Ujar Luke ingin menghilangkan rasa hening di ruang makan.
"Wow! Luke! Sejak bila kau jadi personal coach Stella ni?" Usik Sheran. Semua yang berada di situ terus memandang ke arah Luke.
"Daripada aku dengar kau merepek 24 jam lebih baik aku latih si Stella ni. Perlawanan tu tinggal 1 bulan ja lagi." Ujar Luke selamba.
"Perlawanan? Perlawanan apa ni?" Soal Melina yang masih keliru dengan apa yang dikatakan oleh Luke.
"Power battle tu. Lagi sebulan dari sekarang. Korang semua join kan?"
"Oh! Mestilah join! Mana boleh tak join! Tiap² tahun kita berlima ambil bahagian!" Kata Tezz bersemangat!
"Aku akan pastikan aku rebut ranking kedua dari Sheran!"
Melina merenung tajam ke arah Sheran. Sheran juga kebetulan memandang ke arahnya. Dan bagaikan ada sambaran petir diantara mereka yang merenung masing².
Stella hanya ketawa kecil melihat telatah mereka. Dalam diam Luke juga tersenyum nipis apabila melihat Stella yang kembali ceria.
∆∆∆∆∆∆∆∆
Stella tiba di laman belakang rumah mereka. Baju T-shirt biru gelap dan seluar trek tersarung pada tubuhnya. Dari jauh kelihatan Luke yang sedang memanaskan badan di laman belakang.Terus dia mendekati Luke yang memanaskan badan itu. Pelbagai alat untuk berlatih berada di laman belakang. Macam satu tempat khas yang memang khas untuk berlatih.
"Panaskan badan tak ajak aku!" Ujar Stella sambil berpeluk tubuh memandang Luke.
"Kau lambat 2 minit." Kata² Luke membuatkan Stella memuncungkan mulutnya.
"2 minit ja pun bukannya 2 jam."
Rungut Stella."Kau tunggu apa lagi. Kalau kau x nak tercedera waktu berlatih lebih baik kau panaskan badan." Ujar Luke dingin.
Stella pula mula mengikut Luke memanaskan badan. Selepas 10 minit mereka berhenti.
"Wow! Berpeluh dah ni!" Ujar Stella ceria. Tetiba dia ternampak Luke yang dalam posisi bersedia untuk hand combat.
"What's wrong with that?" Sebelah kening Stella dinaikkan.
"Hand combat. With me." Mendengar sahaja kata² Luke terus dia tersenyum sumbing.
"Ok. If that what you want."
Stella mula membuka kekudanya dan kedua² belah tangannya dikepalkan menjadi penumbuk. Dia sudah bersedia untuk menyerang. Tinggal tunggu arahan Luke saja.
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasía| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...