Disebabkan matahari sudah melabuhkan dirinya, Stella dan yang lain terpaksa berhenti daripada meneruskan perjalanan di dalam hutan tebal itu.
3 buah khemah yang dihasilkan oleh Tezz dengan menggunakan kuasa tanahnya. Melina pula menggunakan kuasa tumbuhannya untuk menghasilkan lapik untuk mereka semua tidur.
Luke pula menghasilkan unggun api betul² di tengah² tapak perkhemahan yang menjadi punca cahaya dan haba kepada mereka semua.
Stella duduk di batu sungai berdekatan dengan tapak perkhemahan. Kunci yang didapat pada petang tadi setia di tangannya.
Satu dah dapat, ada lagi 6 nak cari. Mesti susah. Sedar tak sedar dia melepaskan nafas berat.
"Kuat kau mengeluh." Satu suaranya menyapa dari belakang. Terkejut Stella.
Jejaka itu mengambil tempat di sebelah Stella. Stella pula hanya menatap Fire Key yang dipegangnya.
"Kau fikir apa?" Soal Luke. Kakinya direndamkan ke dalam air sungai yang sejuk itu.
"Tak ada apa² pun." Jawab Stella ringkas.
"Kau tak nak tidur lagi ke?" Soal Luke lagi.
Sekali lagi Stella mengeluh. Sejak bila Luke ni banyak mulut dan jadi peramah? Selalunya diam je~ detus hati Stella.
"Nantilah. Kenapa kau Tanya?" Balas Stella diikuti dengan soalan.
"Taklah. Mana tahu boleh tidur sekali kau sekali ke?" Jawab Luke selamba.
Namun dengan kata² tu manpu membuat muka Stella yang Putih mulus itu bertukar merah.
Tiada perbualan yang berlaku diantara mereka selepas itu. Keadaan kembali sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan air sungai yang menerpa kaki mereka berdua.
Secara tetiba Stella bangun Dari batu sungai itu dan menepuk bajunya.
"Aku tidur dululah. Esok kena bangun awal." Ujar Stella.
Fire Key di tangannya disimpan di dalam poket seluarnya.Luke juga turut bangun Dari duduknya.
"Jomlah. Aku pun nk tidur." Tanpa amaran Luke terus menarik tangan Stella ke tapak perkhemahan.
∆∆∆∆∆∆∆∆
Stella mengacau sup cendawan dalam periuk yang dimasaknya. Beberapa buku roti turut dihidangkan di dalam bakul di atas tikar yang dihampar di atas tanah.
Sup cendawan itu dicedok masuk ke dalam mangkuk Yang secara sengaja dia bawa.
Tetiba Irya keluar dari khemahnya dan Tezz. Tergesa² dia menyarung kasutnya.
"Irya. Marilah sara--"
belum sempat Stella mahu mengajak Irya untuk bersarapan gadis itu telah lari sepantas yang mungkin ke satu pokok berdekatan.Dia mula memuntahkan isi perutnya keluar di pokok itu.
Tak lama kemudian Tezz keluar Dari khemahnya dengan tergesa² dan bergegas ke arah Irya yang masih dipokok.
Stella menggapai botol airnya lalu menuju ke Tezz yang menepuk belakang Irya Yang masih memuntahkan isi perutnya.
"Kenapa dengan Irya, Tezz?" Soal Stella prihatin.
Tezz hanya menjawab dengan bahunya diangkat. Stella menghulurkan botol airnya kepada Irya yang baru memuntahkan isi perutnya.
Setelah berkumur dengan air, botol air itu diserahkan semula kepada Stella. Kepalanya direhatkan di bahu Tezz. Terasa dirinya agak lemah. Stella hanya mampu menepuk belakang Irya untuk menenangkannya.
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasy| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...