Part 80(FINAL)

3.3K 218 72
                                    

[Kalau nak lagi feeling boleh bukak lagu dekat atas. Enjoy!!]
————————————————–

"Stella..."

Satu suara dari belakang memanggil namanya membuatkan diri Stella tersentak. Dia dapat cam suara ni.

Sisa air matanya yang mengalir dia kesat pantas dengan belakang telapak tangan. Nafas ditarik dalam² untuk menenangkan hatinya yang berombak.

Tanpa berkata apa² dia bangun dari kerusi yang didudukinya dan memusingkan badannya ke belakang.

'Sabar Stella.' Ujar Elly yang berada di dalam badannya.

'Jangan biarkan dendam kuasai kau, Stella. Kemungkinan kau akan dikuasai kegelapan.'  Suara Graze pula yang menerjah ke dalam otak aku. Pasangan suami isteri ni risau sangat tentang aku.

'Aku tahu apa yang aku buat. Aku nak lepaskannya hari ni juga.'

Kaki aku mula mengukir langkah menuju ke arah istana dan ke arah Luke yang berdiri beberapa meter di hadapan aku. Kepala aku ditundukkan memandang lantai.

"Stella aku nak--" Luke terkedu apabila aku hanya berjalan melepasinya bagaikan dia tak wujud.

Aku berhenti melangkah apabila aku berada beberapa meter di belakangnya. Nafas aku ditarik sedalam mungkin.

'Stella--'

'Aku tahu Graze.'

Graze terus diam sebaik sahaja aku memotong percakapannya. Luke memusingkan badan menghadap aku yang membelakanginya.

"Stella... Aku minta--"

Belum sempat Luke nak menghabiskan ayatnya aku terlebih dulu menghayunkan buku lima ke arahnya secara mengejut.

Dengan pantas dia menepis tumbukkan aku. Kerana tak puas hati, aku menendang perutnya sekuat hati sehingga dia terdorong ke belakang beberapa langkah.

Perutnya dia pegang kerana senak. Kepalanya yang tertunduk sedikit diangkat memandang aku. Terkejut dia apabila aku menghayunkan penendang ke arahnya. Pantas dia mengelaknya dengan cara back flip.

"Kau kenapa ni Stella?!" Aku hanya diam tak membalas.

Aku berlari ke arahnya dan menyerangnya bertubi². Semua serangan aku dia elak dan tahan dengan tangannya.

Tengah dia sibuk mengelak kesemua serangan aku, kaki kanan aku menyasarkan kepalanya, namun sempat dia menahan tendangan aku dengan tangan kirinya.

"Cukup Stella! Sampai bila kau nak serang aku ni?!"

Darah aku kembali mendidih apabila teringat kembali Luke menggunakan kata nama saya-awak dengan Lia. Tapi dengan aku?

Kaki kiri aku yang bebas aku gunakan untuk menendang dagu Luke membuatkan jejaka itu jatuh terbaring di atas tanah. Kaki kanan aku yang berada dalam genggamannya terlepas.

Pantas aku duduk di atas badannya yang masih terbaring. 4 gelang cahaya muncul dan menggari tangan dan kaki Luke supaya dia tidak dapat mengelak lagi.

Wajah Luke aku tumbuk berkali² melepaskan geram. Sambil itu air mata aku mula bertakung di tubir mata. Siapa yang tak sedih bila lelaki yang dia sayang sepenuh hati nak mendirikan rumah tangga dengan perempuan lain.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now