part 37

3.2K 262 23
                                    

Selepas 2 hari selepas perlawanan antara Graze dan Luke di collesium itu, semuanya kembali normal.

Cuma... Tulah. Luke ngan Graze tu... Tiap Kali bertembung ja pasti ada panahan kilat yang akan terhasil antara mereka.

Stella pula dah pening kepala. Mana taknya? Dia yang jadi mangsa keadaan sekarang ni! Graze ngan Luke tu suka kacau dia!

Kalau Graze okeylah jugak. Kekadang tolong dia masak, bawak dia jalan², tolong dia kemas Rumah. Ni si rambut merah tu! Bukan nk menyenangkan orang! Lagi menyusahkan orang adalah!

Sikit² suruh Stella buat kerja. Sikit² Stella. Yang tu Stella. Yang ni Stella. Stress!!! Macam nk meletup ja kepala Stella tu!

Pakaian Stella semuanya dilipat elok² dan dimasukkan ke dalam beg galasnya dengan kemas. Segala makanan, minuman, sabun, barang peribadi semuanya dia masukkan dalam beg itu. Tak lupa juga dengan herba dan ubat²an.

"Kau yakin kau pergi malam ni? Kita baru sampai academy 3 hari lepas kot. Penatlah~" rengek Graze yang duduk di atas katil milik Stella. Badannya di baringkan di atas tilam empuk itu.

Tanpa mereka sedar, Irya yang secara kebrtulan melintasi bilik Stella berhenti dari langkahnya. Dia mula mendekati pintu bilik Stella dan curi² dengar perbualan mereka berdua.

"Keputusan aku muktamad! Apa pun yang nk jadi, malam ni jugak aku kena pergi dari sini! Lagi cepat lagi bagus!" Stella meng'zip' beg galasnya kemas. 2 botol air mineral 1 liter di masukkan ke tempatnya di sisi beg.

"Haih~ Kau tak nak bagitahu yang lain ke? Takkan kita nk pergi berdua ja." Graze masih mahu membantah.

"Kalau aku nak diorang ikut dah lama aku bagitahu diorang! Bengap lah kau ni! Jangan risau. Kau kan ada. Boleh protect aku."

Graze melepaskan keluhan kecil. Penat nk pujuk tuannya yang bagai kepala batu dari hulu tu. Degil sangat!

"Ikut kaulah Stella. Aku nk tido kejap. Malam nanti kena berjaga pulak." Perlahan² Graze memejamkan matanya.

"Apa? Kau ingat kau sorang je nk berjaga? Aku pun kenalah! Tepilah sikit! Aku pun nk tidur!" Stella menolak tubuh Graze jatuh Dari katil miliknya.

Graze yang baru ja nk terlelap mendengus kegeraman. Terus dia bertular ke bentuk seekor kucing dan naik semua ke atas katil. Bantal di sebelah Stella menjadi tempatnya beradu.

Irya yang curi² dengar perbualan mereka terpaku bagaikan patung cendana. Stella nk pergi Dari sini? Kena bagitahu yang lain ni!

Pantas Irya mengatur langkah ke ruang tamu dimana mereka semua berkumpul.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Stella terjengket² keluar Dari biliknya bagaikan seorang pencuri. Di belakangnya ada beban beg pakaiannya manakala di atas kepalanya pula ada Graze yang nyenyak tidur.

Lampu bilik yang lain gelap! Lampu ruang tamu, gelap! Dapur pun gelap! Ok line clear! Perlahan² Stella menuju ke ruang tamu rumahnya itu.

Dia cuba untuk tidak membuat sebarang bunyi yg mampu membuat rakan²nya itu terjaga Dari lena mereka.

Setelah pintu utama rumahnya mula kelihatan makin langkahnya melaju mendekati pintu itu. Sebaik sahaja dia nk Pulas tombol pintu tu...

Tikk!

Tetiba sahaja ruang tamu itu menjadi terang. Stella sudah mati akal di situ.

"Stella Zirgan. Kau nk pergi mana?" Satu suara menyapanya Dari belakang. Kenal sangat dia dengan suara serak² basah tu.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now