Stella menyandarkan belakangnya di dinding tub mandi. Hilang segala penat lelahnya setelah seharian berlatih.
"Ahh~~~ selesanya~~" Stella memejamkan matanya nikmat. Sikit lagi je nak masuk dunia mimpi.
"Stella???" Terus Stella mencelikkan matanya terkejut. Dia mengeluh kecil. Time dia nk berehatlah ada orang nk kacau.
"Pa?" Balas Stella ringkas. Hilang terus mood dia nk berendam.
"Oh. Kau mandi eh? Sorry. Tak apalah. Kau mandilah. Aku minta tolong yang lain je."
"Tak payah nak mengada²." Stella menggapai tualanya yang tersangkut kemas lalu badannya dililit dengan tuala biru laut itu.
"Kenapa?" Soal Stella sebaik sahaja keluar dari bilik air. Beg pakaiannya diterjahnya. Beberapa helai pakaian ditarik keluar dari beg itu.
"Hehehe. Tolong aku boleh tak?" Pinta Irya dengan wajah yang tak berapa nak comel.
"Tolong apa?" Stella melangkah masuk ke dalam bilik air untuk memakai bajunya.
"Tolong aku kemas bilik tidur aku dengan Tezz? Aku tak laratlah nk buat sorang..." Pohon Irya. Stella bagaikan Baru dipanah. Tu je ka?
"Tezz mana? Kenapa tak minta tolong dia ja?"
"Dia tak ada. Dia, Luke dengan Sheran pergi memburu. Nk buat lauk makan malam nanti. Boleh eh?" Stella mengeluh kecil. Nak tak nak kena jugaklah tolong.
"Bagi aku pakai baju kejap. Nanti aku pergi bilik kau."
"Okey! Thanks Stella!" Kedengaran pintu bilik Stella dibuka. Stella keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya.
Selepas rambut kelabunya 100% kering, terus dia ikat tocang satu dan berlalu ke bilik Irya. Terus pintu bilik Irya dibuka kasar tanpa salam. Eh? Sejak bila Stella masuk Islam?
Kelihatan Irya yang cuba mengubah kedudukkan katil dengan sendirinya. Dah lah perut tu mengalahkan tempayan. Terberanak dekat situ baru nak tahu.
"Dah². Kau pergi rehat kat bawah. Biar aku buat semua ni." Stella menolak tubuh Irya lembut keluar dari bilik Irya.
"Eh? T--tapi. Tak apa ke kau buat sesorang?"
"Tak apa. Aku tak nak kau terberanak dekat situ nanti. Bila dah siap aku panggil kau." Tubuh Irya ditolak lembut keluar dari bilik itu lalu pintu bilik itu ditutup rapat.
Lengan baju Stella yang panjang itu disinsing hingga ke siku. Rambutnya yang diikat tocang dileraikan lalu dikat pula menjadi messy bun.
Tadi bersih bilik dia. Sekarang. Bersih bilik Irya dengan Tezz pulak. Mentang²lah dia cleaner dekat bumi dulu.
"Time for work."
∆∆∆∆∆∆∆∆
Stella melangkah melalui kaki lima rumah Annie selepas selesai membersihkan bilik Irya. Hampir 4 jam dia kemas bilik tu.
Dah lah besar. Banyak barang. Berhabuk pulak tu! Memang berjam² lah nak bersih.
Tengkuknya diurut perlahan lalu kepalanya dipusingkan beberapa kali menghilangkan rasa lenguh.
Dia nak mandi, lepas tu rehat kejap. Lepas tu makan malam. Nasib baik makan malam Annie masak. Kurang sikit beban dia.
Tengah dia meregangkan badan sambil berjalan itu, dia terpandang ke bilik Graze. Pintu bilik tu terbuka sikit.
Dari luar bilik dia dapat lihat Graze yang memandang ke luar tingkap. Macam dia tengok langit.
Stella ingin melangkah ke biliknya untuk berehat. Tapi hatinya kuat menyuruh dia pergi dekat Graze. Aduh... Perlu ke pergi dekat Graze?
Pergi je lah...
Tanpa keizinan Graze, Stella terus menerpa masuk ke dalam bilik Graze. Perlahan² dia melangkah mendekati Graze.
Termenung apalah sampai Stella masuk pun tak perasan. Nasib baik Stella. Kalau pembunuh?
"Jauh termenung." Stella turut bersandar pada tingkap sambil memandang Graze. Wait...
"Woi. Kau nangis ke?" Soal Stella risau.
Graze yang baru tersedar terus menyentuh pipinya. Basah. Terus Grazs mengesat air matanya dengan lengan bajunya.
"Diam ahh kau." Balas Graze dingin.
"Kau kenapa ni? Tetiba nangis? Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah, bagitahu je lah aku."
"Tak ada apa²." Balas Graze ringkas. Dia kembali memandang langit.
"Kau... Rindu seseorang?" Teka Stella. Graze tersentak.
"Macam mana kau tahu?" Soal Graze hairan.
"Aku teka je. Selalunya bila aku rindu seseorang aku akan pandang langit. Jadi betullah kau rindu seseorang? Siapa dia? Kekasih ke?" Usik Stella. Perut Graze disiku lembut beberapa kali.
Wajah Graze mula memerah diusik sedemikian rupa. Tapi riak wajah dia masih selamba.
"Taklah. Isteri aku." Stella terpaku. Apa Graze cakap tadi? Isteri?
"BWAHAHAHAHAHA!!!! I--ISTERI?!!! KAU BUAT LAWAK KE APA NI HAH?!" Tawa Stella meletus. Sampai ditekan² perut dia. Gelak banyak sangat.
"Kenapa gelak? Kau ingat aku melawak ke?" Soal Graze serius. Terus tawa Stella terhenti.
"B--betul ke kau dah kahwin?" Soal Stella tak percaya. Soalan Stella hanya dibalas dengan aggukkan ringkas dari Graze.
"A--aku tak percaya! Bagi bukti baru aku percaya."
Dengan selambanya Graze menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya. Stella terpaku.
"B--biar betik. Siapa isteri kau?" Soal Stella ingin tahu.
"Nama isteri aku Elly. Kalau kau nk tahu, dia adalah guardian kedua kau."
Bersambung...
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasy| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...