part 44

3K 234 22
                                    

Stella dengan pantasnya berlari menuju ke rumahnya. Dia perlu beritahu yang lain sebelum semuanya terlambat.

Sebaik sahaja rumahnya mula kelihatan, dia memecut lebih laju Dari sebelum ini ke rumahnya.

Pintu utama rumahnya dibuka dengan kelam kabut dan terserlah rakan²nya yang sedang beristirehat di ruang tamu.

"Oh. Stella. Cepat balik? Mana Melina?" Soal Sheran sambil menjamah kerepek yang dibuat oleh Stella beberapa hari yang lalu.

"Melina... Melina kena culik." Ujar Stella ddngan nafas yang masih tercugap².

Semua di situ terpaku buat sementara. Mereka memandang gadis berambut kelabu itu dengan wajah tidak percaya.

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Macam mana Melina boleh kena culik?!" Amuk Sheran sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan oleh Stella.

Stella hanya menunduk memandang lantai. Rasa bersalah mula menyelubungi diri.

"A--aku tak tahu. Aku toleh² je, Melina dah tak dak." Balas Stella dengan nada yang sayu.

Sheran yang mendengar terus mengusutkan rambut kuningnya. Dia duduk di atas sofa sambil menggenggam rambutnya. Sungguh dia betul² risau dengan keadaan gadis itu.

"Sekarang kita kena cari dimana Melina berada. Stella. Kau boleh berkomunikasi denhan Melina?" Perlahan² Stella menggeleng.

"Aku dah cuba. Tapi nampaknya macam Melina tak sedarkan diri jadi aku tak boleh berhubung dengannya." Semua di situ terdiam.

"Jadi kita kena tunggu sampai kita boleh berhubung dengan Melina dulu. Baru kita boleh bertindak. Stella. Teruskan untuk berhubung dengan Melina. Sebaik sahaja dapat berhubung dengan Melina bagitahu secepat yang mungkin." Stella hanya menggangguk lemah tanda faham.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Perlahan² Melina mencelikkan matanya. Kepalanya rasa berdenyut² dan pusing. Sebaik sahaja dia memandang ke depan semuanya gelap.

Dia mahu mengerakkan tangannya tapi ianya tidak berhasil apabila tangannya awal² lagi dah kena ikat.

"Aku kat mana ni?" Soal Melina pada dirinya.

Kedengaran dengkuran² kecil yang menerjah pendengarannya. Dia mencuba lagi untuk memutuskan ikatan pada tangannya dengan kuasa tumbuhannya. Tetapi ianya sia².

"Tak ada guna. Ikatan tu memang ketat. Kita takkan boleh larikan diri dari sini." Ujar satu suara gadis yang tak dikenalinya.

"Siapa kau?" Soal Melina sambil mencari gadis itu.

"Kau jangan risau. Kita berdua senasib. Terkurung di dalam neraka buatan ni. Kau boleh panggil aku Erry." Jawab gadis itu.

"Kenapa aku tak boleh nampak kau?"

"Tu sebab mata kau dah kena tutup dengan kain." Balasan gadis itu membuatkan Melina menghela nafas lega. Ingatkan dia bercakap dengan hantu.

"Ada orang lain ke selain kita dalam ni?"

"Ada. Beberapa lagi tahanan macam kita dan dua orang penculik yang tidur nyenyak. Kenapa?" Soal Erry hairan. Tetiba tanya ada orang ke tidak.

Melina hanya tersenyum sinis. Di dalam otaknya mula berfikir sesuatu yang tak pernah dibuatnya.

"Woi! Setan! Lepaskan aku!!! Lepaskan aku!!!!!" Jerit Melina seperti terkena histeria. Dia nak bangunkan 2 ekor malaun yang dikatakan oleh Erry yang sedang tidur tu.

"Ish! Bisinglah perempuan ni!" Dan usahanya berhasil. Dia dapat dengar bunyi tapak kaki Yang menuju ke arahnya.

"Woi! Kau gila ke?! Kalau diorang belasah kau macam mana?!" Bisik Erry di sebelah Melina.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now