part 16

3.4K 306 23
                                    

Sehinggalah satu hari Luke bersiar² berseorangan di bandar. Pada mulanya dia mengajak Andriana tetapi kekasihnya itu ada hal yang perlu diselesaikam jadi dia hanya mengambil angin bersendirian.

Tengah dia bersiar² di taman satu kelibat Dari dalam kedai makan yang bercermin lut sinar membuatkan hati Luke menggelegak. Pantas dia melangkah ke arah dimana Andriana dan seorang jejaka berpegangan tangan dan ketawa kecil. Nampak sangat bahawa Andriana begitu bahagia sekali dengan jejaka itu.

Sekarang Luke hanya berada 1 meter Dari Andriana yang membelakanginya.

"Andriana." Pantas gadis itu menoleh. Mata gadis itu membuntang melihat 'teman lelaki'nya berada di belakangnya. Pantas dia berdiri dari kerusi.

"L--luke. A--apa awak buat kat sini?" Soal Andriana tergagap². Tak disangka² yang dia akan bertembung dengan 'kekasihnya' itu.

"Sapa lelaki ni? Sapa lelaki ni And?!" Suara Luke naik satu not.
Telinganya merah menahan amarah yang membuak².

"D--dia..."

"Aku kekasih dia. Kenapa? Apa hak kau nk tinggikan suara dekat teman wanita aku?!" Badan Luke ditolak oleh lelaki itu. Tangannya merayap di bahu Andriana yang sedang menunduk memandang lantai.

"Apa ni And?" Soal Luke. Dia sepertinya sudah mahu mengalirkan air mata tetapi hanya ditahan. Dia tak mahu air mata jantannya mengalir di depan gadis yang telah mempermainkan perasaanya.

"Ya! Dia teman lelaki saya!" Ujar Andriana berani tanpa sekelumit pun rasa bersalah timbul di jiwanya.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now