Hari baru sudah bermula. Matahari yang sebelumnya melabuhkan tirainya kini kembali menyinari langit pagi.
Seperti selalu, Stella yang sentiasa bangun paling awal sedang menyiapkan sarapan buat mereka semua dibantu oleh Luke yang sedang mengacau sarapan mereka.
"Alololo... Macam pasangan pengantin Baru pulak korang ni. Buat sarapan sama² untuk anak²." Tegur Sheran sambil tangannya meraih bahu Melina di sebelahnya.
"Banyaklah korang punya pengantin baru. Duduklah." Ujar Stella diikuti dengan ketawa kecil di hujungnya.
"Ye lah. Korang mak ayahnya. Kitaorang berlima anak²nya." Balas Irya bersekongkol dengan Sheran.
Dah nk jadi ibu pun perangai still tak berubah. Perangai kebudak²an tu tak boleh nk buang.
"Sebab tu kitaorang boleh gila layan budak² macam korang." Balas Luke selamba tanpa perasaan.
Yang lain semuanya dah ketawa mendengar balasan Luke. Apa yang lawak sangat pun tak tahulah.
"Dah². Enough with the jokes. Time to eat. Lepas ni kita sambung perjalanan." Ujar Stella lalu mengambil tempat duduk bersebelahan Luke.
Mereka menikmati sarapan mereka diikuti dengan perbualan dan gelak tawa.
Selepas makan sarapan, mereka terus sambung perjalanan mereka meredah hutan untuk tiba di perkampungan yang terdekat.
∆∆∆∆∆∆∆∆
"Akhirnya... Sampai jugak delat kampung ni. Sakit habis kaki aku jalan jauh²." Rungut Tezz. Kakinya yang lenguh itu diurut perlahan.
Mereka tiba di Lightning Village beerapa minit yang lalu. Terus mereka cari cafe yang terdekat. Dahaga sangat katanya. Maklumlah, bekalan air pun dah habis.
"Ni baru sekerat jalan. Kita kena pergi ke penghujung kampung ni untuk pergi ke Lightning Cave." Penerangan Sheran membuatkan mereka semua terpaku. B--baru sekerat jalan?
"K--kau biar betul Sheran."
"Muka aku ada nampak macam main² ke?" Soal Sheran menyampah dengan soalan Graze. Time penat² nk main. Gila.
Mereka semua menghela keluhan berat. Kenapalah perjalanan ke Lightning Cave ni jauh sangat. Kiranya mereka kena bermalam dululah kat kampung ni.
Stella menyedut air koko aisnya dengan straw. Kepalanya mula pening. Dahlah cuaca sekarang panas. Jalan pulak jauh². Memang sakit kepalalah jawabnya.
Tengah mereka semua berdiam diri, satu jeritan mengejutkan mereka bertujuh.
"WOII!! JANGAN LARI!! BAGI BALIK BEG AKU!!!" Seorang lelaki bertopeng berlari laju ke arah mereka secara tetiba. Lelaki itu melompat melepasi meja mereka dengan mudahnya.
Mereka bertujuh terpaku. Apa yang baru terjadi tadi?
"TUNGGU!!! AKU KATA JANGAN LARILAH WOII!!" Kini seorang gadis berambut blonde pula yang berlari laju ke arah mereka.
Kalau lelaki tadi lompat melepasi mereka, kali ni gadis ni tak. Dia pijak terus meja tu! Habis tumpah air yang dipesan oleh mereka bertujuh.
Stella terpaku melihat air koko ais kesukaanya menitis ke lantai. Air... Koko...
Amarah Stella mula menaik. BERANI DIA TUMPAHKAN AIR FAVERET AKU?!!!
"Jaga kau!!!" Tanpa berfikir banyak kali, terus Stella berlari mengejar gadis yang menumpahkan airnya tadi.
"Stella! Ish! Budak ni!" Yang lain pula tak ada pilihan lain selain kejar si gadis tu.
"Stella!!! Sudah²lah tu! Aku tak larat ni!!" Pinta Irya. Dahlah dengan perut serupa tempayan, kena lari pulak. Memang jenohlah dia.
Tapi jeritan dia Lansung tak dihiraukan oleh Stella. Kesian. Dipalau.
"Tung--gu---. Phew! Penatnya! Woii!" Gadis misteri itu akhirnya berhenti daripada mengejar lelaki itu. Dia kepenatan.
"Dapat!" Stella yang baru tiba memegang bahu gadis misteri itu. Gadis misteri itu menoleh.
Mereka berdua terkejut setelah melihat wajah masibg². Mata mereka masing² membulat.
"Wait! Annie?" Soal Stella terkejut.
"Stella! Tolong aku! Lelaki tadi... Pencuri! Dia curi beg aku!!" Pinta gadis itu tau lebih tepat gadis yang bernama Annie itu.
"Aku akan dapatkan dia dulu. Lepas ni aku settlekan kau." Sebaik sahaja dia selesai cakap terus dia berada dalam posisi bersedia untuk memecut.
"Shadow Run!!!"
Vruuummm!!!
Dengan sepantas kilat Stella berlari mengejar lelaki pencuri tadi. Annie pula terkejut dengan kepantasan Stella.
Beberapa minit kemudian Stella kembali dengan beg light pink Annie. Tak lupa jugak lelaki pencuri yang diikat jejari bayangnya di belakang. Lunyai lelaki tu Stella kerjakan.
∆∆∆∆∆∆∆∆
"Aku tak tahu pulak kau ni pun triel Stella. Aku ingatkan kau manusia."
"Entahlah. Aku pun tak tahu nk cakap apa. Aku ada kuasa macam triel yang lain, tapi darah aku warna merah macam manusia." Stella menghirup air koko ais yang dihidangkan oleh Annie.
Untuk pengetahuan para reader, Annie ni sebenarnya kawan lama Stella. Mereka berpisah apabila Annie pindah ke L.A sewaktu mereka berumur 6 tahun.
"Hmm... Pelik. Well. Ni semua kawan² kau ke?" Soal Annie sambil memandang satu persatu rakan Stella.
"Hash. Sebelah aku ni Luke. Yang rambut koko tu Tezz. Yang rambut ungu tu Irya. Yang rambut kuning tu Sheran. Yang rambut hijau tu Melina dan akhir sekali yang rambut hitam tu Graze. Dia sebenarnya guardian aku." Stella perkenalkan satu² rakannya kepada Annie.
"Graze huh? Nice name, handsome boy." Annie melangkah ke arah Graze lalu duduk di tepi Graze. Graze mula menayangkan muka menyampah.
Stella menepuk dahinya kuat. Macam mana dia boleh lupa Annie ni playgirl?
"Oh crap."
Bersambung...
Just want to promote.
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasy| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...