"Woi. Dah² lah tu merajuk. Aku dah minta maafkan?"
Kata² Luke dihiraukan oleh Stella. Stella hanya menjeling tajam ke arah Luke lalu maju ke arah Graze Dan berjalan di tepi Graze.
Luke mengeluh kecil. Dia juga turut mengikut Stella Dan berjalan di sebelahnya.
"Sorrylah. Aku main² je." Pohon Luke. Tetapi masih tak dihiraukan oleh Stella. Susah sungguhlah nak pujuk dia ni.
"Main²? Kau tahukan aku takut dengan benda tu?! Lepas tu tunjuk lagi?!" Marah Stella. Dari tadi dia tak puas hati dengan Luke.
Yang lain semuanya sambung berjalan menghiraukan Luke Dan Stella. Stella menoleh memandang Luke. Tangannya disilangkan di dada menanti balasan Luke.
"Relaks ahh. Hantu je kot. Kau nak takut apa. Kau tu dah 18 tahun. Bukannya budak 5 tahun nak takut dengan hantu." Balas Luke selamba. Ni bukan pujuk. Ni menaikkan lagi darah adalah.
Stella mengetap bibir menahan geram. Budak 5 tahun? Stella merengus kasar Dan terus berlalu meninggalkan Luke. Sekali lagi Luke mengeluh. Mengada² sungguhlah dia ni.
"Woi! Susah sangat ke nak maafkan aku?!" Luke mula hilang sabarnya.
"Memang!! Kau tahu tak berapa takutnya aku dengan hantu?! Kau tu dah selalu tengok sebab kat Hrasia World kau boleh nampak benda tu! Tapi kat Bumi kami tak boleh nampak hantu! Macam mana aku tak takut?!"
Jerit Stella lantang. Wajahnya merah menahan marah. Bila² masa ja dia boleh meletus dekat situ.
"Dah² lah tu bergaduh. Kita dah sampai ni." Tegur Sheran. Terus Stella Dan Luke memandang ke arahnya.
Mereka sekarang berada di depan sebuah gua yang besar. Ada juga kristal² berwarna emas di pintu gua itu.
Stella menjeling Luke Dan berlalu ke gua itu. Tangan Graze diragutnya lalu jejaka itu diheret masuk ke dalam gua.
Graze pula Lansung tak marah malah dia rasa bersyukur sangat bila Stella tarik dia. Akhirnya dia boleh bebas dari Annie.
Stella terus masuk ke dalam gua tu Tanpa menghiraukan sesiapa. Nasiblah dalam gua tu tak ada lorong bercabang. Ada satu jalan je. Taklah dia sesat.
"Woi. Sampai bila kau nak heret aku ni?"
"Kalau aku lepaskan kau, kau akan lari tinggalkan aku." Balas Stella dingin.
"Mana adalah. Aku janji. Aku bukan macam Luke tu." Stella menoleh memandang Graze.
"Can I really trust you?"
"Of course. Handsome guy never lie." Ujar Graze dengan bangganya. Siap flip hair lagi.
"OK. Aku pegang kata² kau. Kalau kau tinggalkan aku, aku tak teragak² untuk hancurkan tempat atau kemungkinan alam ni. Ikut emosi aku."
Stella terus melepaskan tangan Graze Dan melangkah maju ke hadapan. Sehinggalah mereka Tiba di penghujung gua.
Terdapat seorang wanita dalam 20-an terkulai lemah dalam sangkar besi di tengah² ruang itu.
Pantas Stella berlari kearah sangkar itu Dan menghasilkan pedang bayangnya. Dengan sekali libasan sangkar itu hancur berkecai.
Terus Stella mengangkat kepala wanita itu Dan meletakkan kepalanya di atas paha Stella.
"Cik? Cik okey? Cik bertahan ye. Saya bawa Cik keluar dari sini. Graze! Tolong aku."
Graze yang terpaku terus berlari ke arah Stella Dan wanita itu. Terus dia Cuba mengendong wanita itu tetapi dengan lemah wanita itu menolak tubuh Graze darinya.
"A--wak-- ke-- pe--waris-- tu?" Soal wanita itu lemah.
Stella memandang Graze meminta kepastian untuk memberitahu wanita itu. Selepas mendapat anggukkan dari Graze terus dia mengangguk.
Wanita itu tersenyum lemah ke arah Stella. Kelihatan air matanya mengalir di pipi pucatnya.
"Ak--hir--nya-- sa--ya--bo--leh--"
"Shuh!! Kira keluar dari sini dulu. Lepas tu awak rehat baru kita sembang okey? Sekarang kita keluar dulu. Graze." Potong Stella.
Sekali lagi Graze mengendong wanita itu dan mereka terus keluar dari gua itu secepat mungkin.
∆∆∆∆∆∆∆∆
"Sabar ye kak. Kita dah nak keluar dari gua ni." Ujar Stella sebaik sahaja nampak pintu gua itu.
Terus Graze memecut keluar dari gua itu. Terus dia berhenti berlati Dan Cuba mengambil nafas.
"Kakak?" Panggilan Sheran terus menarik perhatian yang lain untuk memandang ke arahnya.
Perlahan² Sheran melangkah ke arah Graze dan menggapai tangan wanita di belakang Graze.
"Kak--Kak Lina?"
"She--ran..."
"Sekarang bukan masa untuk drama. Kita kena rawat kakak ni secepat mungkin! Badan dia terlalu lemah. Bersedia untuk teleport!" Arah Stella serious.
"Stella! Teleport ke rumah aku." Stella hanya mengangguk sebelum teleport ke rumah Sheran.
∆∆∆∆∆∆∆∆
"Macam Mana dengan kakak aku?" Soal Sheran sebaik sahaja Melina keluar dari bilik selepas memeriksa keadaan Kak Lina.
"Dia okey. Jangan risau. Dia cuma penat je. Sekarang dia tengah tidur. Sebaiknya kita tak kacaulah dia." Ujar Melina. Ada macam gaya bakal doktor tak?
Sheran menghela nafas lega. Wajahnya diraup beberapa kali.
"Kita biar dia berehat dulu. Sekarang. Kau kena terangkan dari A sampai Z kat kitaorang." Ujar Stella dan dipersetujui oleh yang lain.
"Sebenarnya Kak Lina tu Kakak kandung aku. Dia dah lama hilang sejak aku umur 7 tahun lagi. Kami dah banyak kali cuba cari dia yapi tak jumpa. 2 tahun kitaorang cari dia tapi still tak jumpa." Terang Sheran.
"Kalau dia hilang masa kau masih budak. Macam mana kau boleh cam dia sampai sekarang?"
"Gelang yang dia pakai tu. Kami buat sama² masa kami masih kecil. Aku pun ada." Lengan baju Sheran disinsing sedikut dan terserlah gelang yang tertera namanya di atasnya.
Mereka semua hanya membuat bunyi 'oooo' berjemaah mendengar penerangan Sheran. Tetiba...
"Lepaskan aku!!!"
Bersambung...
Second update for today! There's 2 more! Wait okay!😉
Tata!!😘💞💕
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasi| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...