Kini perlawanan yang akan menentukan tempat ketiga dan siapa yang akan bertanding dengan Luke yang telah mara ke final. Sheran telah dikalahkan oleh Melina membuatkan dia mara je perlawanan penentuan. Begitu juga Stella yang akan bertanding dengan Melina setelah mengalahkan pelajar dari Fantasia Academy.
Irya dan Tezz awal² lagi tersingkir sebelum ke perlawanan untuk merebut tempat keempat dan ketiga. Stella telah menanam azam untuk mara ke final dan berganding tenaga dengan 'tok guru'nya itu. Walaupun terpaksa berlawan dengan rakannya itu.
Secara jujurnya dia pun tak mahu bertarung dengan salah seorang keluarganya, tapi apa yang boleh dia lakukan? Itu ketentuan juri. Perlahan² Stella menghela nafas sebelum berdiri bersama dengan Melina.
"Perlawanan antara kedua² ahli kumpulan yang sama untuk merebut tempat ke final dan menentukan tempat ketiga. Stella Zirgan dan Melina Jaeger!"
"Berusaha." Ujar Melina dengan senyuman di bibirbya.
Stella hanya mengangguk lemah. "Kau pun." Mereka sama² naik ke atas gelanggang.
Sorakkan yang kuat mula kedengaran sebaik mereka menjejakkan kaki ke gelanggang. Melina tersenyum manis ke arah penonton manakala Stella hanya menunduk memandang lantai yang dipijaknya.
"Pertandingan...." Stella menarik pedangnya dan menghalakan ke arah Melina yang bersedia dengan cemeti berdurinya.
"Bermula!!" Melina awal² lagi melibaskan cemetinya ke arah Stella sambil melangkah perlahan² ke arahnya. Stella punya hanya mampu bertahan dengan pedangnya. Tak ada pun niat di dalam hatinya untuk melibas pedangnya ke arah Melina.
Terasa seperti pedangnya teramat berat untuk dihayunkan. Badannya juga dah berbekas dengan calar² dan luka yang mula melimpahkan darah merah pekatnya.
Secara tetiba Melina menghentikan libasan cemetinya. Terus Stella mengangkat muka yang ditunduknya tadi.
"Kau tak bersungguh² , Stella." Ucapan Melina menyentakkan hati Stella.
"Kau hanya bertahan dan Lansung tak balas serangan aku. Kenapa? Ni bukan Stella yang aku kenal."
Stella kembali menunduk. Ya, ni bukan diri aku. Aku akan berusaha bersungguh² untuk dapatkan apa yang aku nak.
"Maaf." Ucap Stella sepatah. Dia kembali mengangkat mukanya dengan muka yang manis.
"Kita mula balik ya!" Ucap Stella ceria mengundang senyuman Melina.
"Baik!" Melina menyeru kembali cemeti berdurinya. Senyuman manis yang terukir di kedua² gadis itu mengundang kehairanan pada para penonton.
Secara tetiba mereka mula menyerang. Melina melibaskan cemetinya ke arah Stella untuk menghalang Stella yang maju ke arahnya dengan pedang yang diacukan ke arahnya. Senyuman masih terukir di bibir masing².
Stella tak berhenti berlari ke arah Melina malah setiap libasan cemeti dari rakannya itu ditahan mudah dengan pedangnya. Dengan satu libasan dari pedang Stella cemeti Melina terputus dua.
Melina lansung menyeru akar tumbuhannya pula untuk menyerang Stella. Akar² itu muncul dari mana Stella menjejak lalu membelit tubuh Stella bagaikan seekor ular.
Sorakkan untuk Melina semakin kuat. Stella membuat keputusan pantas dengan memotong kesemua akar² itu dengan pedang miliknya. Dan dia bebas dari akar² itu.
Melina mula cemas. Stella semakin mendekatinya dengan pantas. Dia pula tak berapa bagus dengan pertarungan jarak dekat.
Dia menghasilkan pula pokok² kaktus di tepinya lalu menyerang Stella dengan duri²nya yang tajam. Dengab mudah Stella mengelak. Walaupun ada beberapa duri² halus yang mencucuk lengan dan kakinya dia masih maju ke hadapan.
Kini Stella hanya 2 meter darinya. Melina hanya mampu tersenyum. Dia dah menggunakan hampir kesemua kuasanya. Tenaganya juga sudah berkurangan. Stella didepannya dipandang. Matanya perlahan² dipejamkan.
Stella yang baru tiba di hadapan Melina mengacukan pedangnya pada leher Melina juga dengan senyuman. Dia tahu Melina pasrah dan dia juga nanpak tubuh Melina yang semakin lemah. Mungkin akibat terlalu menggunakan tenanganya.
"Pemenangnya Stella Zirgan!!!" Jeritan pengadil membuatkan para penonton bangun dan bersorak kuat. Stella menyarungkan kembali pedangnya ke dalam sarungnya. Tetiba sahaja Melina terjatuh tapi sempat disambut Stella. Mukanya jelas kerisauan.
"Melina! Kenapa ni?!" Soal Stella risau kepada Melina yang berada di pahanya.
"Tak ada apa. Aku cuma terlebih gunakan tenaga aku. Jangan risau." Stella menghela nafas lega. Perlahan² dia memapah Melina turun dari gelanggang.
Sebaik sahaja dia turun dari gelnggang Sheran terus menerpa kearah mereka dengan wajah risau.
"Melina! Kenapa ni?!" Tanpa dipinta Sheran terus mendukung Melina yang dipapah oleh Stella ala² bridal Style.
Yang lain semua tersenyum sumbing melihat drama swasta secara live itu. Sejak bila Sheran ni risau sangat tentang Melina?
"Aku.. Oklah... Aku gunakan tenaga aku berlebihan ja." Ujar Melina sambil menyandar pada dada Sheran. Awww~ so sweet.
"Ehem²!!" Deheman Tezz membuatkan pasangan drama swasta itu sedar akan kehadiran mereka. Lantas masing² merona merah.
"Sampai bila kau nk dukung si Melina tu? Bawaklah dia pergi bilik rawatan." Tegur Tezz pula. Lalu Sheran membawa Melina ke bilik rawatan diikuti Tezz dan Irya.
"Kau pun kena pergi jugak. Kau luka." Tegur Luke secara tetiba dari belakang. Terperanjat Stella! Nasib baik dia tak tampar muka si Luke tu.
"Kau ni... Luka sikit ja lah. Tak dak apa pun." Kata Stella sambil membelek tangannya yang penuh dengan luka.
"Jangan degil sangat boleh tak?" Terus Luke mengheret Stella ke bilik rawatan. Dah lah pergi heret Stella dengan tarik leher baju Stella. Kalau koyak nanti tak pasal²!
"Yah! Lepaslah!" Stella cuba melepaskan diri dari Luke tapi nampak macam takkan berhasil. Akhirnya dia putus asa. Tak ada guna dia melawan.
Bersambung...
Assalamualaikum and good evening readers.
I have an exciting news to tell you guys! Especially to The Witch readers.
I already done doing all chapter of Under The Sky. From 27th chapter to 80th chapter. So just waiting for the update okey? Every Wednesday and Saturday.
So? What the exciting news? Because I already done typing this book, I have a lot more time to do another book.(fantasy of course)
And it is the season 2 of The Witch/ Magic In Heart!! Yeyy!!! The tittle is The Twins! So just wait for it okay reader? If there is reader that didn't read the Magic In Heart book. Please read it before I publish the season 2 okay? That's it!
Tata!!😘💞
P/s: sorry sebab tulis dalam BI. Terbawak² habit lepas ujian lisan BI tadi😂. Harap fahamlah dan kalau ada grammar or spelling errors, bagitahu tau😉
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasia| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...