part 17

3.5K 305 19
                                    

"Boleh juga." Luke terus melangkah naik atas pentas dengan Stella di belakangnya.

"Oh. Kekasih encik sakitkah?" Soal jurucakap sebaik sahaja melihat kaki kanan Stella yang berbalut. Luke sekadar mengangguk.

"Jangan risau. Permainan yang diadakan tak akan menambah kesakitan kekasih tuan."(abaikan ayat ni) Luke hanya mengangguk.

Stella yang dibelakang Luke dah menyembakan mukanya yang merah padam di belakang Luke. Luke menghampiri kerusi kosong yang diletakkan di meja panjang dimana ada pasangan lain juga di situ.

"Turunlah. Sampai bila aku nk dukung kau." Luke meletakkan Stella di atas kerusi kosong itu lalu melepaskan pelukkan di leher Luke. Dia cuba berlagak selamba walaupun mukanya dah merah bagaikan udang galah!  Luke pula megambil tempat kosong di sebelahnya.

"Baik! Peserta nampaknya dah cukup. Baik syaratnya mudah sahaja. Pasangan perlu memegang tangan sehingga pertandingan ini tamat. Jika pasangan melepaskan tangan masing² maka pasangan itu automatik tersingkir. Baik pasangan boleh berpegangan tangan sekarang."

Makin memerahlah muka Stella. Kenapalah dia masuk pertandingan ni? Dengan selamba tangannya diraih oleh Luke. Stella hanya diam lalu mengigit bibir menahan malu.

"Baik kita mulakan pertandingan pertama. Para peserta boleh angkat penutup di depan kamu."

Luke mengangkat penutup di hadapan mereka dan terhidanglah kek red velvet di atas pinggan. Stella dan Luke masing² dah kecur liur. Itu adalah desert kesukaan mereka.

"Baik. Cara mainnya senang sahaja. Kami akan hidangkan 10 jenis hidangan di depan peserta. Hanya seorang sahaja yang akan makan hidangan yang disediakan dan seorang lagi akan menyuap pasangannya. Pasangan boleh berselang seli. Siapa yang dapat habiskan kesemua hidangan yang di hidang dikira sebagai pemenang. Dan pasangan masih tidak boleh melepaskan tangan pasangan masing²."

"Aku nk makan." Ujar Luke terlebih dahulu. Stella mengetap Gigi geram.

"Tak! Aku nak makan! Nanti hidangan seterusnya kau makanlah!" Bantah Stella. Dah lama dia tak menikmati desert kesukaanya itu.

"Aku cakap dulu."

"Ahh!! Tak kira! Aku nak makan juga kek ni!" Tegas Stella. Mereka berdua masing² memandang tajam dan bagaikan ada aliran elektrik yang berlaku di antara mereka. Pasangan lain memandang mereka pelik.

"One two som!" Ujar Stella dan Luke serentak lalu Stella mengeluarkan gunting dan Luke mengeluarkan kertas.

"Yes! I win!" Jerit Stella keriangan. Luke pula dah menarik muka 14 belas.

"Baik. Para peserta bersedia." Luke mengambil sudu yang disediakan dan bersedia untuk mengambil kek itu.

"Mula!" Terus Luke mencedok kek itu lalu menyuap Stella. Stella pula buat muka bahagia. Melihat muka Luke yang lansung tak gembira itu terus dia merampas sudu dari tangan Luke. Kek itu dicedok lalu disuakan kepada Luke.

"Buka mulut." Ujar Stella. Luke pula menayang muka pelik.

"Buka ja lah." Luke akur lalu membuka mulutnya. Stella menyuap kek itu ke dalam mulut Luke.

"Kau satu aku satu. Jadi tak payah nk tunjuk muka cemberut." Stella cuba memujuk Luke.

"Fine." Stella menyuap Luke sehingga habis kek itu. Dan makanan seterusnya dimakan oleh Stella dan berselang seli. Dan mereka berjaya Mara ke pusingan seterusnya bersama 4 pasangan yang lain.

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Kiri! Luke! Kiri!" Jerit Stella yang mengarah Luke yang ditutup matanya dan Cuba mencari belon yang berwarna putih.

"Aku kata kiri lah bangang! Bukan kanan!" Hambur Stella kemarahan apabila Luke pusing ke belah kanan. Pasangan wanita yang lain memandangnya pelik.

"Kat kaki kau Luke! Kat kaki kau! Ya! Ya! Yang tu!" Luke mengangkat bola yang berwarna putih.

"Yey! Menang!" Sorak Stella keriangan seperti budak kecil dapat lolipop. Luke membuka penutup matanya dan ketawa kecil melihat Stella yang bersorak keriangan.

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Tahniah! Kamu berdua dah memenangi pakej makan malam di restoran kami! Ini voucernya. Sila datang ya." 2 keping baucher diserahkan kepada Luke dan Stella yang memenangi pertandingan itu. Tak sangka bukan pasangan kekasih pun boleh menang.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Stella mengenakan baju tshirt oversize berbelang merah hitam dan seluar fit berwarna hitam yang mengikut bentuk kakinya yang kecil itu. Rambutnya pula diikat ala² highponytail.

"Stella! Kau dah siap ka belum?" Jerit Luke dari luar biliknya. Ya malam ni mereka akan makan malam di restoran dengan menggunakan voucher yang dimenangi mereka.

Luke masuk ke dalam bilik Stella dengan seluar ripped jeans, tshirt putih dan denim jacket diluarnya. Sungguh kacak!

Stella melangkah ke arah Luke lalu tangannya ringan sahaja menarik tangan Luke keluar dari rumah. Tak sabar sangat nampaknya.

Tiba sahaja mereka tiba di restoran mereka mencari tempat duduk dan membuat pesanan. Terus keadaan menjadi hening.

"Tak sangka. Tinggal 2 hari ja lagi sebelum perlawanan tu. Dah 1 bulan aku berada di sini." Ujar Stella tiba².

"Entah aku boleh bertahan sampai ke separuh akhir atau tidak." Ujar Stella sayu sambil menunduk memandang lantai. Tetiba kepalanya diusap perlahan membuatkannya tersentak. Terus dia mengangkat kepala memandang Luke.

"Jangan risau. Kau akan mara sampai separuh akhir. Prestasi kau semakin bagus. Aku yakin kau akan berjaya."

Entah kenapa Stella rasa hidung dan pipinya terasa perit. Tak lama kemudian mutiara yang tidak berwarna meluncur di pipi Stella. Dia menekup mulutnya supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Luke hanya tersenyum kelat melihat Stella yang tersedu-sedan di hadapannya. Sejujurnya dia pun tidak mahu Stella dihukum mati. Jika tidak tiada lagi orang yang akan bertikam lidah dengannya, yang akan cari pasal dengannya.

Suasana sewaktu makan malam hanya sunyi Tanpa sebarang bicara. Masing² resah tetapi hanya tidak ditunjukkan. Sumpah. Tiada sesiapa pun yang mahu mati pada usia yang muda. Begitu juga dengan Stella.

Bersambung...

Maaf sebab lambat update. Lupa nak update semalam.

Patutlah rasa lama sangat tak update.😅

ERM... Tak ada apa² dah untuk dikatakan...

Jadi....

Tata!😘💞

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now