part 70

2.5K 205 29
                                    

Stella memandang satu persatu wajah rakan²nya. Okey! Semua dah ada.

"Ready?" Soalan Stella mendapat anggukkan bersemangat dari rakan²nya. Stella tersenyum nipis. Ditoleh semula ke depan.

"Portal!! On!!"

Dalam sekelip mata sebuah portal yang agak besar muncul di situ. Berpusing² macam puting beliung.

"Jom." Dengan beraninya Stella melangkah mendekati portal itu. Berdebar² hatinya ingin pulang ke rumah lamanya.

Nafas ditarik dalam². Ayah, ibu. Stella datang...

Stella melangkah masuk ke dalam portal itu diikuti dengan rakan² yang lain. Sebaik sahaja semua melepasi portal itu, portal itu terus hilang dari pandangan.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Sebaik sahaja kami keluar dari portal itu, terserlah alam yang dinamakan Bumi. Stella tersenyum nipis.

Aku dah pulang...

Stella tahu tempat ni, ni taman permainan yang berdekatan dengan kawasan perumahannya. Waktu pun dah malam.

"Ni ke Bumi? Tak banyak beza pun dengan Hrasia world?" Soal Tezz yang memerhati sekeliling.

"Memang tak banyak beza pun. Cuma di Bumi teknologinya lagi canggih dari Hrasia World." Mereka semua membulatkan mulut mendengar kenyataan Stella.

"Jomlah. Kita balik rumah aku." Ajak Stella lalu melangkah mendahului yang lain.

Setelah 5 minit berjalan, mereka di sebuah rumah banglo 2 tingkat. Boleh tahan besar rumah ni.

Stella membuka pintu pagar rumahnya sendiri. Rindunya dia dekat rumah ni. Walaupun baru 2 bulan tinggal di Hrasia World, dia dah rindu sangat dengan rumah ni.

"Stella?"

Stella menoleh apabila namanya dipanggil. Sesusuk tubuh wanita berumur 40-an memandangnya dari rumah sebelah.

"Auntie Mei?"

"Ya tuhan!!! Kamu pergi mana Stella?! Tahu tak auntie risau sangat dengan kamu?!"

Terus wanita berumur itu keluar kawasan rumahnya dan masuk ke dalam kawasan rumah Stella. Tubuh Stella dipeluknya erat.

Dah meleleh dah air mata ni. Drama. Stella membalas pelukkan Auntie Mei Dan menghadiahkan senyuman manis ke arah wanita itu.

"Stella tak pergi mana² pun lah. Auntie ni tak berubah. Drama queen. Haahaha." Sempat lagi Stella bergurau dengan Auntie Mei.

Buat pengetahuan para readers, Auntie Mei ni adalah jiran Stella. Mereka ni memang rapat. Macam anak dengan mak.

Kalau Stella rasa sedih atau ada masalah, Auntie Meilah yang selalu menenangkannya.

"Ish!! Kamu ni!! Orang risaukan dia, dia boleh pulak gelakkan orang." Pinggang Stella dicubit mania membuatkan Stella terjerit kecil. Pantas Stella tersengih.

"Hehehe. Oh! Ni kenalkan. Kawan² baru Stella. Yang rambut merah tu Luke, yang rambut kuning tu Sheran, yang rambut koko tu Tezz, yang berambut hitam macam belakang kuali auntie tu Graze, yang cantik ayu rambut hijau tu Melina, yang comel² rambut ungu tu Irya, dan yang muka sesuci debu rambut putih tu pulak Elly."

Mereka semua hanya tersenyum ikhlas ke arah Auntie Mei yang memandang mereka. Kekok sikit.

"Ya ampun!!! Kenapa semua kawan² kamu ni hot² sangat?! Kalau auntie ada anak lelaki yang bujang lagi dah lama Auntie kahwinkan dengan diorang ni."

"Ehh!! Tak boleh auntie!! Semua ni dah ada pasangan masing². Tak ada yang single." Celah Stella cepat².

"La... Ye ke? Melepaslah auntie nak ada menantu hot." Hahaha. Frust ke auntie.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now