part 21

3.7K 300 24
                                    

(Atas ni Lily ye para readers😉☝)

Stella dan yang lain menuju ke collesium yang menjadi pentas perlawanan mereka nanti. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam colessium itu terus hinggar bingar dengan sorakan.

"Wah! Banyaknya orang!" Ujar Stella sambil melihat sekelilingnya. Tempat penonton itu dipenuhi dengan para pengunjung. Tiada satu pun tempat yang tertinggal!

"Memang. Pertandingan ni peringkat dunia. Semua academy dari seluruh dunia perlu menghantar wakil sekurang²nya 3 orang pelajar." Mendengar kata² Luke menambahkan lagi keresahan hati Stella.

"Jadi... Kalau seseorang tu jadi juara dalam pertandingan ni... Jadi dia jadi juara peringkat dunia ni lah ya?" Teka Stella. Ianya hanya dijawab dengan anggukkan dari Luke dan yang lain.

Bertambah gemuruhlah hati Stella. Tangannya mula terketar². Bagaimana kalau dia kalah di peringkat terawal dan memalukan academynya? Ahh!!! Ini tak boleh jadi! Tetiba tangan Stella diraih seseorang.

"Jangan risau. Kau pasti boleh." Pujuk Luke.

Kekadang Stella bersyukur dengan adanya Luke. Dia tak pernah berputus asa untuk menenangkan hatinya. Walaupun kekadang mereka bertikam lidah juga. Tapi sebenarnya Luke ni seorang yang caring!

Genggaman tangan Luke dieratkan lagi lalu tempat untuk para peserta menjadi tempat mereka melabuhkan punggung. Sementara menunggu keputusan undian daripada penganjur perlawanan.

"Stella Zirgan from Magical Academy! Please come to the stage!" Stella tersentak apabila namanya adalah nama pertama yang dicabut. Sungguh malang!

Luke melepaskan pegangan tangan Stella lalu menepuk bahu Stella beberapa kali. Dia lihat juga rakan²nya yang menyalurkan semangat buat pertarungan pertamanya seumur hidup!

"Berusaha Stella!"

"Kau pasti boleh!"

"Do the best Stella!"

"Kalahkan dia!"

Itulah ayat² semangat yang dilontarkan ke arahnya. Manakala Luke hanya memandangnya dengan senyuman di bibir. Buat Kali pertama dia melihat Luke tersenyum selebar itu. Terus semangatnya berkobar². Dia tak mahu menghampakan rakan²nya!

Pedang yang dihadiahkan oleh Luke diselitkan dipinggang. Itulah satu²nya senjata yang dia milik untuk memenangi pertarungan ini.

Perlahan² dia naik ke atas Pentas yang besar itu. Kini semua yang berada di collesium itu mampu melihatnya dengan jelas. Kini dia berhadapan dengan lawannya. Nasib baik lawannya perempuan.

"Perlawanan antara Stella Zirgan dan Lily Eberwein! Bermula sekarang!" Pengadil itu turun Dari pentas. Kini hanya tinggal Stella dan Lily sahaja yang berdiri di atas Pentas.

Pedang yang terselit di pinggang Stella ditarik lalu dihalakan ke depan. Nafasnya ditarik buat menenangkan hatinya. Lawannya bersedia dengan bebola angin di tangannya.

"Pengguna kuasa angin." Bisik Stella perlahan. Terimbau kembali kata² Luke yang ditujukan ke arahnya.

"Mula² kau kena tahu apa kuasa yang dimiliki oleh lawan kau kalau angin. Pastikan kau sentiasa berjaga² lagi² bahagian atas kau sebab pengguna kuasa angin boleh terbang."

"Terbang huh?"

Tetiba sahaja Lily menyerangnya secara tetiba dengan bebola angin ke arah Stella. Stella yang terkedu Spontan berguling di atas tanah untuk mengelak serangan itu. Dia bangun dan terus berlari ke arah Lily.

Setiap serangan Lily dielaknya dengan mudah. Tetiba satu pusaran angin dicipta oleh Lily lalu dihalakan ke Stella. Stella yang tak sempat mengelak terus terpelanting ke belakang akibat pusaran angin itu.

Tapi dia tidak mengalah. Dia kembali bangun dan maju ke arah Lily. Tetapi Lily dah hilang Dari pandangannya. Dia menoleh melihat sekelilingnya. Masih tak ada.

"Sebab pengguna kuasa angin boleh terbang."

Pantas Stella memandang atasnya. Beberapa Shuriken angin bergerak laju ke arahnya Dari arah atas. Pedangnya dilibas untuk membelah shuriken² angin yang tajam itu. Kini Lily kembali mendarat di atas pentas.

Tanpa membuang masa Stella maju ke arah Lily Tanpa ragu². Lily telah bersedia dengan gerudi angin di tangannya. Tapi itu tidak mematahkan langkah Stella ke arahnya. Stella terus berlari ke arah Lily Tanpa gentar.

Sebaik sahaja dia tiba di depan Lily , lawannya itu menghunus gerudi angin ke arahnya tetapi dia pantas meloncat ke belakang Lily. Badan Lily ditarik lalu pedangnya diletakkan di Leher Lily Dari belakang.

Semua yang berada di collesium terkedu dengan serangan Stella yang tidak menggunakan kuasa Lansung. Semuanya termasuk rakan² Stella.

"Pemenangnya Stella Zirgan!!!" Keputusan pengadil membuatkan Collesium itu kembali Bising dan bingit.

Stella mengalihkan pedangnya Dari leher Lily. Stella melepaskan keluhan lega. Tangannya dihulurkan kepada Lily yang masih terkedu dengan perlawannya itu. Perlahan² tangan Stella disambut.

"Congrats. It is a nice match." Ujar Lily dengan senyuman hambar dibibirnya.

"Thanks." Mereka berdua turun dari pentas dan berlalu ke rakan² masing².

Stella dengan terujanya turun dari pentas dan menerpa rakan²nya.

"Aku memang!!!" Jerit Stella sambil terloncat² kegembiraan. Rakan²nya semua menerpanya lalu mendakapnya erat kecuali Luke.

"Tahniah Stella!!! Kau menang!!!" Jerit Melina yang tumpang gembira dengan kemenangan rakannya itu.

"Ya! Aku menang!!" Pelukkan dileraikan. Matanya tertumpu pada Luke yang melangkah ke arahnya dengan senyuman.

"Tahniah." Ujar Luke ringkas sambil mengusutkan rambut Stella yang panjang itu.

"Yah!" Marah Stella apabila Luke mengusutkan rambuynya. Kemudian kembali tersenyum manis. Dia ingin buat rakan²nya bangga! Itu janjinya!

Bersambung...

No comment...

Oh!Dan pasal book Baru genre teenfiction tu, Arine dah buat sampai chapter 5. Nanti² Arine bagitahu dalam ni ye😉

Harap korang sudi baca.

Tata!😘🌸

Eh silap emoji.😂

Tata!😘💞

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now