part 39

3.3K 281 37
                                    

Stella menemani Graze yang hampir 12 jam mengemudi kapal. Kekadang dia nampak jugak Graze tu menguap. Ngantuk sangat rasanya.

"Graze kau tahu tak macam mana rupa guardian aku yang kedua tu?" Soal Stella. Dia saja je nk tarik perhatian Graze daripada tertidur dekat situ.

"Tak. Hwaa~" Jawab Graze ringkas. Masuk kali ni dah hampir 900 kali dia menguap.

Stella mengeluh kecil. Tak ada gunanya dia ada kat situ. Ingatkan kalau dia teman Graze taklah Graze tu bosan sangat.

Kalau dia tahu bawak kapal, dah lama dia gantikan Graze. Masalahnya sekarang dia pun tak tahu nk mengemudi kapal! Haih~

"Kau pergilah tidur dulu, biar aku kemudi kapal." Sapa satu suara dari belakang mereka. Pantas kedua² mereka menoleh.

"Betul ni? Kau tahu ke kemudi kapal? Tak pasal² nanti terpesong dari laluan pulak." Sindir Graze.

"Antara peraturan sebagai seorang putera adalah kena pandai mengemudi kapal. Tak ada gunanya aku belajar kemudi kapal sampai 4 tahun tapi tak guna. Dah ketepi."

Dengan kasarnya Luke menolak tubuh Graze dari kerusi kapten itu. Graze pulak mencebik. Nasib baim dia tak jatuh terlentang atas lantai tadi.

"Fine!" Langkah Graze mula diatur keluar dari bilik kawalan tu dengan muka mencuka.

Kini hanya tinggal Luke dan Stella sahaja dalam bilik tu. Keaadaan menjadi hening dan kekok antara mereka.

"Kau tak nak tido ke?" Soal Luke sebagai pembuka bicara. Soalan itu sedikit sebanyak menyentakkan Stella.

"Oh? Tak apa. Tak ngantuk." Jawab Stella dengan senyuman hambar. Keadaan kembali sunyi.

Luke fokus dengan pemanduannya. Kang tak pasal² lari dari laluan nanti, tak fasal² sesat tengah lautan.

Tengah dia fokus dengan pemanduannya, sesuatu menimpa bahunya membuatkan bahu berat sebelah. Apabila dia menoleh, wajahnya dan Stella sekarang ni betul² dekat.

Stella yang tertidur lena sambil bersandar pada bahu Luke ditatapnya. Secara tak sedar dia mengukir senyuman sendirian.

Satu kucupan singgah di bibir mungil Stella. Kucupan yang sungguh lembut sehingga tak menggangu lena gadis itu.

Dia kembali memfokuskan pada kemudi kapal. Dalam diam, Stella mengukir senyuman dalam lenanya.

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Stella. Stella. Woi bangun! Kita dah sampai!" Jeritan dan gegaran yang berlaku pada tubuhnya memaksanya untuk kembali dari alam mimpinya.

Perlahan² dia mencelikkan matanya. Digosok matanya yang mamai itu beberapa kali sebelum dia dapat melihat dengan jelas.

Kelihatan Luke yang wajahnya hanya beberapa sentimeter dari wajahnya. Wajahnya mula merah menyala.

"Arghhh!!!" Akibat terkejut terus dia terundur kebelakang dan berakhir jatuh dari kerusinya itu. Punggungnya yang terasa perit digosok beberapa kali. Sakit~

"Kita dah sampai. Kau pergilah gerak yang lain." Ujar Luke selamba sambil meregangkan badannya.

Ceh! Bukannya nk tolong. Lagi mengarah adalah! Tak gentleman lansung!

Dengan cebikkan Stella melangkah keluar dari bilik kawalan tu dan menuju ke bilik yang lain untuk kejutkan mereka.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Mereka bertujuh meredah hutan tebal di Relly Island. Pulau yang agak jauh dari mana² Kingdom, tetapi kalau sesiapa yang suka alam semula jadi boleh datang sini.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now