Akhirnya, selepas lebih 1 bulan Top Student ni 'menuang' academy, mereka kembali menyarung semula pakaian uniform mereka.
Seperti biasa, mereka pasti menjadi tumpuan sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk ke dalam academy tu.
Tapi yang bezanya hari ni, ada seorang perempuan beramhut putih bersih bersama mereka. Sapa lagi kalau bukan si Elly.
"Wow! Cantik gila perempuan rambut putih tu. Stella pun kalah weyh!!"
"Tu lah! Aku rasa Stella ni memang bawak tuahlah! Tengok. Sejak dia masuk academy ni, banyak pulak pelajar hot yang masuk academy ni."
"Nak buat macam mana? Dah rezeki kita. Ishh!!! Geramlah aku tengok perempuan rambut putih tu!! Rasa macam nak gjgit² ja!!!"
Graze yang mendengar bisikan pelajar² lelaki dekat situ mengetap bibir. Suka hati je nak gigit isteri aku! Aku gigit kau nanti kang hilang isi kau aku makan.
"Hey, Abang. Kenapa ni? Muram je?" Tegur Elly tetiba dari tepi.
Jarang dia nak tengok suami dia ni muram. Selalunya ada je benda yang nak dicari gaduh dengannya.
"Tak ada apa." Balas Graze dingin. Kenapa dia ni?
Elly hanya mengangguk dan berjalan macam biasa. Walaupun dia masih tertanya² kenapa mood suaminya itu tetiba berubah angin.
Tetiba jalannya disekat oleh seorang lelaki berambut biru muda. Nampak macam gangster je. Telinga bertindik. Rambut punk. Tali leher longgar. Baju tak masuk dalam seluar.
"Hai, cantik. Nama abang, Fredik. Boleh panggil abang Fred. Nama cantik pula?"
Elly diam. Teragak² nak jawab soalan si Fred tu. Dia memandang Graze dan yang lain.
Yang lain menggeleng tanda jangan bagi. Tapi Graze pula tak beri apa² isyarat. Hanya memandang Elly dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Alah!! Cantik janganlah jual mahal sangat. Abang nak berkenalan je pun." Rambut putih melepak Elly dimainnya.
Jelas riak wajah Elly menunjukkan dia tak suka. Ditepis berkali² tangan Fred tu, tetapi jantan tu degil sangat.
Papp!!!
Tangan Fred yang mengelus rambut Elly ditepis kasar oleh Graze. Dia betul² tak boleh sabar.
Ditarik tangan Elly supaya lebih dekat dengannya. Tangannya memeluk leher Elly lembut.
"Kau siapa nak sentuh dia? Dia aku punya!!!" Jerit Graze lantang!
"Ceh! Girlfriend je pun. Bukannya isteri kau." Sindir Fred sinis.
"Kalau aku kata dia isteri aku macam mana?"
Semua di kawasan itu terkaku termasuk Elly. Berani gila Graze ni membocorkan rahsia mereka.
Fred mengetap bibir dan menjeling Graze tajam. Graze juga turut menjeling Fred tajam. Satu aliran kilat terhasil ditengah² mereka. Akhirnya Fred melangkah pergi dari situ.
Tangan Graze yang memeluk leher Elly dilepaskan lalu ditarik tangan Elly ke kelas mereka.
"Abang. Janganlah laju sangat. Penatlah." Tetapi rungutan Elly lansung tak dihiraukan.
Sesampai sahaja di kelas, tubuh Elly ditolak supaya duduk di kerusi kosong di sebelah Graze.
Tak terlalu kasar dan tak terlalu lembut. Graze dengan dinginnya menghempas begnya ke kerusi. Lansung dia tak tengok wajah Elly.
"Kenapa dengan Graze tu? Moody semacam je?"
"Jeles lah tu. Ada jantan mana ntah nak pikat si Elly tu." Perbualan antara Sheran dan Stella dalam nada berbisik itu membuatkan rakan²nya mengangguk faham.
"Abang... Kenapa ni? Abang marah Elly ke?" Tangan Graze diraih Elly lembut. Misi nak pujuk bayi besar.
"Ke... Abang jeles sebab ada orang nak mengurat Elly?" Soal Elly meleret. Graze yang sudah tertangkap merenung wajah Elly.
"Malam ni awak siap. Denda sebab buat saya jeles." Elly yang faham dengan kata² Graze mula terasa bahang.
"Pervert." Gumam Elly.
Graze hanya buat tak tahu dengan kutukan Elly dan terus merehatkan kepalanya di atas meja. Merajuk kejap.
∆∆∆∆∆∆∆
Collesium sekarang dipenuhi dengan beratus² pelajar academy. Bising? Jangan cakaplah. Kalah 10 buah pasar malam!
"Ehem!! Baik. Kita akan mulakan duel hari ni. Ada sesiapa sukarela nak jadi lawan pertama?" Terus senyap colesium tu bila dengar kata² Puan Irina.
Takut nama kena panggilah tu. Mata Puan Irina memerhati kesemua anak didiknya satu persatu. Dan matanya tertancap pada seseorang.
"Stella Zirgan. Come to the stage." Stella kaget. Apa salah aku? Aku cuma ikat tali kasut?
"T--tapi madam--"
"Tak ada tapi². Come here." Dengan kaki yang berat macam kena ikat dengan beban 50 kg Stella melangkah ke gelanggang.
"Baik! Disebabkan Power battle sebelum ni berlaku masalah teknikal, apa kata kita sambung pusingan akhir tu?" Bisikkan² pelajar mula kedengaran.
Terkejutlah tu, Stella dapat masuk final. Perempuan yang tak ada kuasa mampu mengalahkan pelajar dari academy² yang lain malah lagi kuat darinya. What??
"Luke Barlord. Come and finish the duel." Luke yang terkejut namanya dipanggil terus membulat matanya.
Duel? Matanya terpandang Stella yang berada di gelanggang sambil memandangnya.
Duel dengan Stella? Macam tempah maut je. Kecut perut aku.
Kini dia dah berhadapan dengan Stella. Banyak bisikkan² yang dia dengar dari pelajar² yang lain. Kebanyakkan berpihak kepadanya.
Tu sebab diorang tak tahu lagi kekuatan sebenar Stella!! Memang tak ada harapan Luke nak menang!!
Stella tersenyum sinis. Masa untuk dedahkan kekuatan sebenarnnya.
Nasib kau lah Luke, sebab jadi mangsanya. Sorry eh. Nanti aku belanja ais krim😝
"On your mark"
Stella bersedia dalam keadaan menyerang. Luke pula mengarahkan pedang apinya ke arah Stella.
This gonna be fun.
"Ready..."
Good Luck, Luke.
"Fight!!!"
Bersambung...
Some information! Arine ada buat applyfic untuk cerita baru. Jadi siapa yang berminat boleh pergi ke Arine's Story book. Simple je. Just tekan ni👉 jung_jae14
Tempat terhad jadi first come first serve!mesyuu- isi borang tu cepat! Aku dah update dah! Palli!!!
Tata!!😘💞💕

YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasy| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...