part 46

3K 261 25
                                    

Melina yang enak dibuai mimpi tetiba sahaja dapat rasa sesuatu dipercikkan pada wajahnya itu.

Perlahan² dia menggosok matanya dan membukanya perlahan².

Kelihatan seorang jejaka berambut kuning sedang tersenyum ke arahnya dengan satu mangkuk berisi air di tangannya.

"Ahh~ Sheran~ aku nak tidurlah~" Rengek Melina.

Wajahnya kembali disembamkan pada bantalnya.  Dah lah dia tak boleh tidur semalam.

"Tak de². Kau nak bangun mandi sendiri ke nak aku mandikan kau?"

Melina terus mengangkat wajahnya dan memberi jelingan 'maut' pada Sheran. Tapi dia buat selamba je.

"Ergghhh! Pervert!!" Melina terus bangun dari katilnya dan ingin berlalu ke bilik air.

Tetapi Baru masuk langkah ke tiga tangannya ditarik Dari belakangnya. Terus dia menoleh ke belakang dan satu ciuman singgah pada bibir merah jambunya itu.

"Morning kiss." Ujar Sheran dengan senyuman nakal di wajahnya. Melina yang masih terpaku terus bertukar masam.

"You such a pervert bitches!!!" Terus Melina berlalu laju ke bilik air dan menghempas pintu bilik air dengan kuat.

Sheran yang melihat telatah Melina hanya tersenyum. Dia dah lali dengan segala cacian yang Melina beri.

Melina yang bersandar pada pintu bilik air pula tak habis² tersengih² macam kerang busuk sambil menyentuh bibirnya. Seronok lah tu~

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Jauh lagi ke? Aku dah tak larat nak jalan ni~"  rengek si Irya. Sejak tahu dia mengandung ni banyak songehnya.

"Meh sini. Saya dukung." Tawar Tezz. Dia faham keadaan Irya sekarang. Salah dia juga sebenarnya. Hehe.

"Eh! Tak apalah Tezz. Nanti awak penat pulak." Tolak Irya. Dia tak nak menyusahkan kekasih hatinya itu.

Tetiba sahaja satu jejari bayang muncul di belakang Irya lalu terhasil sebuah kerusi terbang(?) di belakang Irya.

"Duduklah. Kau takkan jatuh duduk atas kerusi tu." Ujar Stella sambil memperbetulkan kedudukkan beg di belakangnya.

Entah kenapa sejak pagi tadi Stella asyik memasam muka. Selalunya dia orang pertama yang akan menceriakan keadaan. Tapi hari ni terbalik.

Irya yang takut mengecilkan hati Stella terus mendekati kerusi tu. Dengan ragu² dia duduk di atas kerusi tu. Dan dia kagum.

"Oh? Tak jatuhlah!" Ujar Irya teruja. Tezz yang melihat hanya tersenyum. Ringan sikit beban dia.

Mereka meneruskan perjalanan meredahi hutan itu untuk mencari The Key Holder secepat mungkin.

Tanpa sengaja Stella terdengar sesuatu sedang menuju ke arah mereka dengan kelajuan maksimum! Tanpa berfikir panjang terus dia menghasilkan pelindung bayang.

Dummm!!!!

Satu gelombang angin yang sangat kuat terhasil disebabkan sebuah ketulan batu yang sangat besar bertembung dengan pelindung milik Stella.

Setelah gelombang angin itu hilang Stella menyah-aktifkan pelindung bayangnya. Dan terserlah seekor makhluk yang sangat besar di hadapan mereka.

Tubuhnya diperbuat daripada batuan² yang berbagai saiz. Pada sebahagian tubuhnya juga terdapat kelompok² lumut. Perlahan² makhluk itu mendekati mereka semua.

"Jadi kau pewaris tu?" Soal makhluk gergasi itu sambil matanya terarah pada Stella yang memandang tajam ke arah mereka.

Stella hanya mendiamkan diri. Tetapi dia mengangguk sebagai jawapan. Matanya masih tidak lepas Dari merenung makhluk itu.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now