part 11

3.7K 327 28
                                    

Gaun biru laut dipadankan dengan kasut tumit tinggi berwarna putih. Rambut yang selalu dibiarkan, kini diikat menjadi tocang satu yang tinggi. Rambut tepi ditarik dan dibiarkan terjuntai di tepi kepala.

"Macam Puteri dah aku ni." Stella ketawa kecil dengan penampilannya. Mengalahkan seorang puteri. Sekali sekala dia memusingkan badannya di hadapan cermin ala² model.

Pintu bilik itu tetiba sahaja dikuak dari luar. Kelihatan kepala Qreya yang tersembul masuk ke dalam bilik itu.

"Wow. Cantiknya Kak Stella." Puji Qreya. Stella pula dah malu² kucing mendengar pujian Qreya.

"Mana adalah. Qreya lagi cantik." Stella cuba merendah diri.

"Ye lah tu. Jomlah! Pertabalan dah nk mula!" Tangan Stella ditarik laju oleh Qreya. Dah lah pakai kasut tumit tinggi. Jatuh nanti tak ke naya?

Setiba di dewan istana kelihatan beribu² orang yang berada di situ. Stella pula agak malu bila sesetengah lelaki memandangnya. Sapa yang tak malukan?

"Jomlah Kak!" Qreya menarik Stella naik ke atas pentas.

"Eh! Tapi! Saya sepatutnya duduk kat bawah!" Tegah Stella.

"Jangan risau! Ni semua bonda yang suruh!" Stella pula berasa tak senang duduk. Di atas pentas itu ada dua tempat duduk yang kosong. Satu sebelah permaisuri Hreya. Satu lagi sebelah bakal putera mahkota Ariendell. Stella pula tak tahu dimana dia patut duduk.

"Kak duduk sebelah kakanda Qreya duduk sebelah bonda." Stella hanya mengangguk mendengar kata² Qreya. Tempat kosong di sebelah Luke diambilnya.

"Kenapa kau duduk sini?" Soal Luke perlahan.

"Aku--"

"Bonda yang suruh dia duduk situ." Kata² aku dipotong oleh bonda. Luke pula hanya diam tidak mampu melawan cakap bondanya.

Sekarang dipersilakan kepada Putera sulung Ariendell Prince Luke Barlord untuk berucap.

Kata² pengerusi majlis jelas kedengaran dari pembesar suara.

Terus Luke bangun dan maju ke hadapan pentas. Para tetamu terus diam membisu. Hanya bunyi kipas siling yang kedengaran.

Seusai sahaja majlis itu acara tari menari diadakan. Semua yang berada di atas pentas terus turun ke bawah dewan.

Beberapa orang lelaki telah mengajak Stella untuk menari bersama tetapi ditolak lembut olehnya. Akhirnya dia buat keputusan untuk duduk di kerusi yang disediakan di tepi dewan.

Dia tak tahu nk buat apa kat dewan yang besar lagikan luas itu. Qreya awal² lagi dah diajak menari oleh Putera Enjiel Kingdom merangkap teman lelakinya. Sekarang dia keseorangan tak tahu nk but apa.

Tetiba Luke melangkah dan berdiri di hadapannya. Dia hanya memandang putera mahkota Ariendell itu dengan pandangan kosong.

"Ikut aku." Ujar Luke dingin sambil tangannya dihulurkan ke arah Stella.

"Pergi mana?" Soalan Stella tak dijawab malah tangannya terus ditarik keluar Dari dewan hingga tiba di taman istana.

"Woi! Kenapa kau bawak aku datang sini?!" Tangannya direntap kasar untuk melepaskan genggaman Luke.

"Aku nk bagi sesuatu kat kau." Luke melangkah ke satu pokok yang tinggi dan berusia lalu dengan sekali lompatan dia naik atas salah satu dahan pokok.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now