Part 43

3K 234 13
                                    

"Faster." Ujar Luke tenang sambil mengelak kesemua sarangan yang diberikan oleh Stella.

"Kuat lagi!" Tumbukkan Stella yang ditujukan pada dadanya ditepis kasar dengan tangannya.

"Dah ada kuasa pun still lemah ke?" Stella yang mendengar sindiran Luke mengetap bibir. Geram apabila dicaci oleh lelaki itu.

"Diamlah kau!!!" Jerit Stella kuat lalu mengais kaki kanan Luke. Luke pula terjatuh atas tanah bagaikan nangka busuk.

Tumbukkan yang Stella halakan pada Luke yang masih terbaing di atas tanah sempat dielak oleh Luke dengan cara berguling. Dia kembali ke posisi melutut sambil menunggu serangan Stella yang seterusnya.

Namun buat sementara waktu, Stella lansung tidak melakukan apa² serangan kepadanya. Malah, Stella hanya memandangnya dengan nafas yang tercungap².

"Kenapa? Dah mengaku kalah? Penat? Tadi beria sangat nak berlatih. Tapi baru 30 minit dah penat. Macam manalah kau nak dapat kuasa Light kau tu?" Sindir Luke. Sebenarnya dia bukannya nak caci Stella. Cuma nak memberi semangat dekat Stella.

Muka Stella mula merona merah mendengar kata² Luke. Marah sangat nampaknya. Telinganya pun dah nak menanah.

Secara tetiba sahaja tangan Stella dihalakan ke atas kepalanya. Angin malam yang sepoi² bahasa bertukar menjadi angin ribut.

Pokok² juga turut bergoncang kuat! Bulan penuh yang cerah menerang tadi tetiba sahaja dilindungi oleh awan² hitam diikuti dengan dentuman petir.

Di tangan Stella yang dihalakan ke atas itu mula terhasil bebola bayang yang sebesar bola tenis.
Luke yang melihat bertukar cemas. Dia dapat meng-agak apa yang ingin dilakukan oleh Stella.

"Miniature Black Hol--"

"Berhenti Stella!! Aku menyerah kalah!!" Jerit Luke sekuat mungkin. Stella yang mendengar jeritan Luke terus menghentikan serangannya.

Angin ribut yang tadinya agak teruk kembali tenang. Pokok² juga sudah kembali pegun. Luke menghela nafas lega apabila Stella menghentikan serangannya.

Akibat penggunaan tenaga yang agak banyak, badan Stella menjadi lemah. Terus dia jatuh melutut di atas tanah. Tangannya menjadi pendorongnya dari jatuh menyembah tanah.

"Kau dah gila ke?! Kau tahu tak apa yang kau buat boleh hancurkan dunia ni?!" Marah Luke sambil melangkah mendekati Stella yang masih melutut.

"Maaf." Jawab Stella ringkas. Dia mengaku itu memang salahnya. Dia terlalu ikutkan perasaan.

Keluhan kasar dilepaskan oleh Luke. Jujur, kalau dia tak menyerah kalah tadi, kemungkinan satu Alam semesta ni termasuk Bumi akan disedut masuk ke dalam lohong hitam yang dihasilkan oleh Stella.

"Sampai sini je latihan hari ni." Ujar Luke dingin sambil melangkah meninggalkan Stella yang kelemahan.

"Luke..." Panggil Stella lemah. Dia terlalu lemah untuk bangun sekarang ni. Langkah Luke terhenti.

"Apa?" Soal Luke kasar. Dia masih marah dengan tindakan Stella.

"A--aku tak larat." Stella cuba meminta pertolongan jejaka itu.

"Gatal sangat kan nak gunakan lohong hitam tu? Sekarang tanggung sendiri! Bangun sendiri!"  Jerit Luke kasar. Sungguh tak gentleman.

Stella yang mendengar kata² Luke menunduk. Dia tahu semua tu salah dia, tapi dia dah minta maaf kan? Dengan semua khudrat yang dia ada dia cuba untuk bangun dari melutut.

Tapi dia terlalu lemah. Mahu tumpah air mata Stella. Dia tak kuat walaupun untuk berdiri tegak.

Secara tetiba badannya dicepung. Oleh Luke. Stella terkejut. Dia ingatkan Luke sudah meninggalkannya di situ.

"Janji dengan aku kau takkan buat lagi benda tu." Ujar Luke dengan muka serius.

Walaupun kedengaran kasar, sebenarnya Luke sedikit sebanyak mgambil berat tentang Stella. Stella yang terlalu lemah hanya mengangguk dengan senyuman lemah di wajahnya.

Mereka berdua sama² pulang ke rumah Nek Dres.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Stella dan Melina beriringan berjalan menerusi orang ramai di pasar itu. Mereka tawarkan diri untuk menggantikan Nek Dres untuk beli barang dapur tadi.

"Apa lagi nak kena beli Mel?" Soal Stella sambil matanya giat memandang sekeliling.

"Erm... Tinggal nak beli daun sup dan cili kering." Jawab Melina sambil meneliti senarai barang yang diberikan oleh Nek Dres.

"Tadi aku nampak daun sup kat sana tadi. Jomlah." Stella pantas menarik tangan Melina meredah lautan orang ramai itu.

Tetapi buat seketika dia tidak lagi merasa tangan Melina. Pantas dia menoleh ke belakang.

"Melina?" Susuk tubuh gadis itu dicarinya tetapi lansung tidak dijumpai. Hampir satu pasar itu diredahinya untuk mencari Melina.

Tetapi usahanya sia². Tiba² dia ternampak kasut milik Melina di tengah² pasaraya. Terus dia mengambil kasut milik Melina itu.

Otaknya mula memikirkan benda yang tak sepatutnya dia fikir. Terus dia menggelengkan kepalanya laju.

"Takkan lah..." Kata² Stella terjeda. Otaknya mula bercelaru.

Apa dia nak cakap dekat yang lain ni? Melina hilang? Boleh mengamuk diorang semua.

"Ahh!! Tak kisahlah! Yang penting aku kena bagi tahu diorang! Benda ni bukan boleh buat main!"

Pantas Stella berlari laju ke arah rumah mereka keseorangan. Melina... Tunggu kitaorang datang selamatkan kau.

Bersambung...

Pejam celik, pejam celik. Tinggal 5 hari je lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Macam mana? Kuih raya dah buat? Baju raya? Dah beli?

Kalau belum cepat²lah buat ye. Mana nak tahu kot² Arine datang menerjah ke nanti😂😂
Gurau².

Maaf sebab petang tadi tak boleh update The Twins. Ada masalah sikit. Insyaallah. Esok Arine update The Twins ye kalau sempat.

Selamat berpuasa untuk esok!

Tata!!😘💞💕

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now