part 48

2.9K 246 20
                                    

"Brrrr.... S---sejuknya...." Ujar Irya sambil memeluk lengan Tezz. Badannya menggigil akibat udara yang sangat dingin pagi itu.

"Maaflah. Kelengkapan dekat sini tak canggih macam kat rumah korang. Kat sini ada cerombong asap je." Ujar Shin sambil melontar kayu² api kedalam cerombong asap yang tengah menyala.

Spontan Irya melepaskan pelukkan pada tangan Tezz dan bergegas ke cerombobg asap. Tangannya dihalkan ke arah api yang tengah menyala tu.

"Hwaaa~~~. Hangat~~~" Ujar Irya.

Yang lain yang melihat kerenah ibu mengandung itu hanya tersenyum.

"Tapi masalahnya sekarang, kayu api dah habis. Nanti nak mandi kena guna kayu api. Sapa² nak ikut saya cari kayu api?" Soal Shin sambil memandang satu persatu wajah mereka.

Tiada sesiapa pun yang ingin mengangkat tangan untuk sukarela membantu Shin. Stella yang melihat keadaan macam tu terus mengangkat tangannya dan tangan Graze di sebelahnya.

"Biar kitaorang pergi dengan kau." Tawar Stella dengan senyuman.

"Wait! Kenapa aku jugak yang kena?!" Bentak Graze. Terus Stella memijak kaki Graze sekuat hati.

"Arghhh! Sakitlah!!!" Stella hanya tersenyum seperti tiada apa² yang berlaku.

"Baguslah macam tu. Kalau awak tak kisah boleh kita pergi sekarang?" Soal Shin.

"Boleh je. Jom Graze." Ujar Stella dengan ceria. Kolar baju Graze ditariknya lalu mengikut Shin ke hutan.

"Woi! Janganlah tarik baju aku! Kau nak aku mati ke apa!" Marah Graze tetapi Stella hanya buat² tk dengar dan sambung menarik baju Graze ke hutan.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Stella mengutip kayu² api yng dijumpainya sepanjang jalan lalu diikat supaya senang untuk dibawa.

"Nama awak Stella kan?" Soal Shin tetiba.

Perbuatan Stella untuk mengikat kayu² api yang dijumpainya tergendala. Dia menoleh memandang Shin.

"Ya. Kenapa?"

"Tak ada apa². Saya rasa nama tu sesuai dengan awak je." Kata Shin sambil mengambil satu kayu api yang berada di sebelahnya.

Stella yang mendengar kata² Shin terus mengerutkan dahi. Pelik dengan kelakuan Shin.

"Terima... Kasih?" Balas Stella ragu².

Stella menyambung mengutip kayu² api di dalam kawasan hutan itu. Graze pulak dah berapa ratus Kali dia mengeluh. Nampak sangat tak ikhlas.

"Ermm. Stella. Korang berdua sambunglah cari kat sini. Saya cari berdekatan sungai kejap." Sampuk Shin tetiba.

"Oh. Okey." Balas Stella ringkas.

Shin berlalu Dari kawasan tu dan tinggal Graze dan Stella berdua. Keadaan diantara mereka semakin sunyi. Masing² bertungkus lumus untuk mengumpul kayu api.

Tanpa mereka berdua sedar. Mereka dah jauh Dari tempat tadi. Tetiba sahaja Graze berhenti mengutip kayu api.

Dia memandang sekelilingnya dengan dahi yang berkerut. Seperti dia mencari sesuatu.

"Kenapa Gra--"

"Shuhh!" Tetiba sahaja Graze meletakkan jarinya di bibir menyuruh Stella diam.

Stella pula mencebik. Nak Tanya pun tak boleh eh?

Secara tetiba Graze berlari laju ke satu arah di dalam hitam itu. Perbuatan Graze membuatkan Stella terkejut.

Pantas dia mengangkat kayu api yang dikutipnya lalu berlalu mengejar Graze.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now