part 41

3.2K 252 37
                                    

Irya duduk memeluk kaki di tebing sungai. Rumput² hijau menjadi alas duduknya.

Tangannya ditekapkan pada perutnya yang masih kempis dengan penuh kasih sayang. Tetiba sahaja air matanya menitis.

'Jangan risau eh sayang. Kalau papa tak terima kamu pun, mama akan ada dengan kamu. Mama sanggup tinggalkan papa kamu, demi kamu.'

Detus Irya dalam hati.Dia sudah bertekad! Apa pun yang terjadi, dia takkan tinggalkan bayinya!

"Irya." Irya yang melayan perasaannya itu tersentak apabila satu suara menegurnya dari belakang.

Dia kenal sangat suara tu. Irya tak menoleh malah terus mengesat air matanya dengan belakang tangannya. Dia mula menundukkan kepala memandang tanah.

Tezz terus mengambil tempat di sebelah Irya tanpa izin Irya. Dia juga turut memeluk lututnya seperti Irya.

"Awak okey?" Soal Tezz prihatin. Tetapi Irya hanya mendiamkan diri. Masih memandang tanah.

"Baby macam mana? Okey?" Soal Tezz lagi. Tetapi kali ini dia menyoal tentang bayi yang dikandung oleh Irya. Masih diam.

"Awak marahkan saya ke Irya?" Pantas Irya menggeleng. Tetapi matanya masih tertumpu pada tanah.

"Habis tu? Diam je?" Keadaan kembali hening bila Irya kembali membisu.

"Tezz..." Panggilan Irya membuatkan Tezz yang memandang air sungai itu menoleh.

"A--apa kita nk buat dengan bayi ni?" Soal Irya perlahan. Tezz mengerutkan dahi mendengar soalan Irya.

"Buat apa dengan bayi ni? Jaga lah dia. Takkan nk gugurkan bayi ni." Jawab Tezz selamba. Hati Irya sedikit tenang mendengar kata² Tezz.

"T--tapi... Awak nk jaga ke bayi ni dengan saya." Balas Irya.

"Kenapa pula tak nak? Dia bayi saya juga kan?" Irya terdiam mendengar balasan Tezz.

Tezz menghela nafas berat apabila melihat Irya sekali lagi membisu. Kepala Irya disandarkan pada dadanya.

"Kenapa? Awak sangka saya takkan bertanggungjawab atas bayi tu?" Perlahan² Irya mengangguk di dada Tezz.

Secara spontan Tezz ketawa kecil. Entah kenapa dia terasa pernyataan Irya tu kelakar.

"Saya takkan tinggalkan awak lah. Kita akan jaga bayi tu sama². Jadi jangan fikir bukan² eh?" Ujar Tezz.

Selepas sehari selepas berita Irya mengandung itu diketahui, barulah Irya boleh tersenyum.
Keadaan kembali hening.

"Irya." Panggil Tezz.

"Hmm.." Balas Irya ringkas.

"Kita kahwin nak?" Bagaikan terpaku Irya dalam dakapan Tezz itu. Terus dia melonggarkan pelukkan mereka.

"A--apa awak cakap?" Soal Irya tergagap². Tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Tezz.

Tangan Irya diraih oleh Tezz lembut. Kini mata ungu Irya bertembung dengan mata koko milik Tezz.

"Selepas semua ni berakhir, kita kahwin. Kita jaga bayi ni sama² eh?" Ternganga terus Irya dengan kata² Tezz. Tak sangka Tezz betul² serius dengannya.

"Irya." Tezz melambaikan tangannya di depan wajah Irya yang masih terpaku.

"Irya!" Panggil Tezz sedikit kuat untuk menyedarkan Irya dari lamunannya. Irya pula bagaikan baru bangun dari tidur.

"Nak tak kahwin dengan saya?" Soal Tezz. Irya pula masih terkejut. Mulutnya bergerak² tetapi tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulutnya.

"Nak tak?!"

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now