Mata yang terpejam, perlahan² dicelikkan. Cahaya yang terang mula menyilaukan mata. Kepala yang terasa berat kembali terasa pusing.
"Stella? Stella?! Kau okey?" Suara ni...
Perlahan² Stella menoleh ke tepinya. Kelihatan 7 orang lelaki dan perempuan yang dia kenal di tepinya.
"Luke...?"
"Ye! Ni aku! Kau okey tak ni?" Stella cuba untuk duduk di atas katil itu. Luke yang berada disebelahnya menghulurkan bantuan kepadanya.
"Aku... Okay. Korang macam mana?" Soal Stella memandang rakan²nya yang masih berbalut.
"Kami okay."
Nasib baik...
"King Edmund macam mana? Dimension of Hell?" Banyak soal pulak Stella ni lepas dia sedar.
"Dimension of Hell dan lesap. Sekali dengan King Edmund." Stella menghela nafas lega.
"Thanks god." Matanya dipejam. Cuba mencari ketenangan.
"Jadi? Bila kita nak cantumkan balik Hrasia World dengan Bumi?" Soal Graze. Tak menyabar.
"Petang ni. Sekali gus kita akan lantik raja yang baru." Disebabkan mereka yang mengalahkan King Edmund, mereka mesti pilih semula raja baru.
Dan Stella dah ada calon yang sesuai untuk jadi raja kepada 2 dunia ni.
"Petang ni? Tak rasa cepat ke? Tunggulah bagi badan kau sembuh dulu." Nasihat Luke risau.
"Aku memang dah sembuh pun. See?" Stella membuka balutan di tangannya yang sebelum ni luka. Sekarang luka tu hilang macam tak pernah wujud.
"Jadi keputusan aku kita akan cantumkan kembali 2 dunia ni petang ni jugak. Titik!!!"
∆∆∆∆∆∆∆∆
Stella dan yang lain berdiri di tengah² pentas utama di Hrasia World. Dikelilingi beribu² orang membuatkan Stella gementar.
Namun dia cuba halau perasaan tu. Kenapa mahu gementar kalau dia nak buat perkara yang baik?
"Jadi? Semua dah sedia?" Jerit Stella sekuat yang mungkin.
Persoalan Stella dibalas dengan sorakkan yang kuat dan mampu menggemakan dewan tu daripada penduduk² Hrasia World.
"Here we go!!!" Tangan Stella ditekapkan pada lantai pentas. Terus suasana di situ menjadi senyap sunyi.
"With the power of darkness and Light. Me, The heir of those two power, combined the two world that separated. And I'm the only one who can separate it!! Combined!! Hrasia World and Earth!!"
Di atas Stella terbentuk satu medan magik gergasi yang mampu memayungi satu dewan itu. Cahaya kelabu mula keluar dari medan cahaya itu perlahan².
Sehinggalah cahaya itu semakin terang dan terus menyilaukan mata yang memandang. Mereka semua menghalang cahaya itu dari terus menyilaukan mata mereka.
Sebaik sahaja mereka mencelikkan mata, semuanya berbeza. Jika tadi berada di dalam dewan, sekarang mereka berada di dalam sebuah istana yang berdiri megah.
Ada beberapa triel dan manusia yang berpelukkan melepaskan rindu. Bumi dan Hrasia World sudah berjaya dicantumkan.
Stella tersenyum manis. Lagi² apabila melihat Nek Dres yang melepaskan tangisan di bahu anak kesayangannya dan suaminya.
"Perhatian!!!"
Jeritan Stella menghentikan drama yang dibuat oleh penduduk di situ. Terus semua memandang ke arahnya.
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasía| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...