'Berhenti'
Bukk!!!
"AKU KATA BERHENTI!!!!"
Ais yang membekukan tubuh Stella terus hancur berkecai dalam sekelip mata. Wajah Stella menunduk memandang tanah.
Kedua² belah tangannya digenggam kuat menjadi penumbuk yang padat. Sebaik sahaja dia mengangkat muka kelihatan matanya yang berwarna hitam legap terus bertukar warna.
Mata putihnya bertukar kepada warna hitam gelap dan iris matanya bertukar menjadi berwarna merah pekat bercampur hitam.
Aura kegelapan yang sangat kuat terasa di seluruh pelosok collesium. Yang pasti ianya datang dari Stella. Semua di situ terpaku memandang Stella yang sememangnya lain daripada yang lain.
"Stella..." Luke yang terbaring lemah terpaku melihat keadaan Stella. Andriana pula dah mula dibasahi manik² peluh di mukanya. Risau dengan perubahan gadis itu.
Dia menghasilkan pedang ais lalu dihalakan kearah Stella yang berada di depannya. Bersedia jikalau Stella tetiba menyerangnya. Tangannya terketar² menghunus pedang itu kehadapan.
Dalam sekelip mata Andriana dah terlempar ke tempat duduk penonton dari belakang. Di tempatnya tadi kelihatan Stella yang berdiri tegak tanpa riak wajah. Seperti tiada perasaan.
Tiada sesiapa pun yang sempat melihat Stella bergerak ke belakang Andriana. Ianya terlalu pantas bagaikan kilat. Malah lebih pantas dari kilat.
Sekali lagi secara tetiba Stella berada di depan Andriana yang terbaring di tempat duduk penonton. Habis hancur kerusi² yang dihempap oleh Andriana.
"Kau... Patut mati." Kata Stella sambil menunding ke arah Andriana. Secara tetiba Andriana terapung diudara.
Terdapat jejari hitam yang mengangkatnya ke udara. Dan jejari hitam itu mengikut pergerakkan tangan Stella.
Perlahan² Stella juga turut terapung di udara. Tangan Stella dihalakan ke atas dan jejari hitam itu naik ke atas.
"A--apa ni?! Turunkan aku!!"
Jeritan Andriana bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri bagi Stella. Dia hanya memandang Andriana dengan riak kosong.
Secara tetiba tubuh Andriana dilontar tinggi ke udara. Lebih daripada 10 meter dia dilontarkan ke atas langit.
"Arghhh!!!!" Jerit Andriana ketakutan.
Sekali lagi Stella muncul di tepinya yang sedang terapung di langit itu. Ada 4 jejari bayang yang keluar dari belakang Stella. Dan ianya tajam mengalahkan pedang!
Jejari² bayang itu mula menyerang Andriana bertubi. Tubuh Andriana mula dipenuhi dengan luka akibat terkena jejari² itu.
Dan sebagai penamat Stella menendang tubuh Andriana kuat ke bawah hingga terhasil kawah yang sangat besar di bawah sana.
Asap mula berkepol² akibat serangan maha kuat Stella itu. Yang berada di bawah semuanya menutup mata bagi mengelakkan debu² masuk ke dalam mata.
Stella perlahan² mendarat di atas tanah. Tubuh Andriana yang terbaring lemah itu dipandang dingin. Darah biru gelap mula memenuhi lantai itu.
"Bangun." Stella melangkah mendekati Andriana dengan wajah kosong.
"Bangun."
Bukk!!!
Sekali lagi Stella menyuruh Andriana tetapi kali ini diikuti dengan tendangan kuat di perut Andriana.
Andriana mengerang kesakitan. Darah biru segar dimuntahkannya di atas lantai.
"Tadi kuat sangat kan? Bangunlah... Aku dahaga ni..." Stella melutut betul² dihadapan Andriana yang lemah terkulai. Pipi gadis itu diusapnya lembut.
Kemudian pipi Andriana dicengkam kuat lalu didongakkan memandang wajahnya. Pipi putih mulus milik Andriana dicakar dengan kukunya yang mula memanjang sehingga mengalir darah dari kesan cakaran itu.
Lalu dijilat cecair panas yang mengalir di pipi Andriana itu. Kemudian dia tersenyum seorang diri.
"Hahaha! Dahagakan darah!!!" Kepala Andriana dihempas kasar sebelum dia berdiri semula.
"Say goodbye to the world." Satu pedang bayang dihasilkan lalu dihunus secara menegak betul² di atas dada Andriana yang lemah.
Baru sahaja dia nak menusuk pedang itu menembusi dada Andriana seorang mendakapnya daripada belakang.
"Cukup! Sedar Stella. Ni bukan kau. Kau bukan seorang pembunuh. Sedar Stella. Buka pintu hati kau." Bisik Luke betul² di tepi telinga Stella. Lembut.
Pedang bayang yang hendak ditusuk pada dada Andriana terus menghilang.
"Enough. Back to normal Stella. Kitaorang ada dengan kau. Sedar Stella." Sambung Luke.
Bisikan lembut daripada Luke sedikit sebanyak menenangkan diri Stella. Matanya mula kembali kepada asal begitu juga dengan rambutnya.
Terus dia jatuh terkulai tak sedarkan diri di atas tanah bersama Luke. Luke pula jatuh terduduk dengan badan yang lemah akibat serangan Andriana tadi.
Andriana pula sudah tak sedarkan diri dan digari lalu dibawa pergi ke tempat tahanan sebelum dia sedar dari pengsan.
"S--se--si--apa-- to--long--" Ucap Luke sebelum turut terbaring lemah di atas tanah di sebelah Stella.
Kepalanya mula terasa berat. Matanya semakin lama semakin kabur. Apa yang dia nampak adalah beberapa orang berlari ke arahnya sebelum dia jatuh tak sedarkan diri bersama Stella di sisi.
Bersambung...
Next chapter? Sabtu ye~~
Saya akan update sekali dengan The Twins.
Kepada yang belum baca book baru saya the Twins. Dipersilakan untuk membacanya.
Tu je.
Tata!!😘💞💕
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasía| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...