Luke perlahan² melangkah menaiki tangga menuju ke bilik yang diduduki Stella. Dia baru sahaja maklumkan tentang apa yang berlaku kepada Miss Irina menggunakan surat.
Sebaik sahaja di depan pintu bilik Stella, kelihatan Melina yang baru keluar dari bilik Stella selepas menghantarkan makanan tengahari buat gadis itu.
"Melina." Panggil Luke. Tindakan refleks Melina yang terdengar panggilan Luke terus menoleh.
"Oh. Luke."
"Macam Mana dengan Stella?" Soal Luke risau. Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Melina. Wajahnya bertukar sayu.
"Macam tu lah Luke. Murung~ Tak nak makan. Sarapan pagi tadi yang aku hantar pun lansung tak terusik. Aku tak tahu nk buat macam mana dah." Balas Melina dengan nada pasrah. Nak meletup kepala dia memikirkan tentang Stella.
Sudah 3 hari sejak kejadian yang mengerikan di gudang tu berlaku. Dan selama 3 hari jugalah Stella tak keluar dari biliknya. Kemurungan.
Tiap² hari diorang pujuk. Tiap² hari diorang beri kata² semangat. Tapi ianya lansung tak memberi kesan kepada gadis itu. Entah macam mana lagi diorang nak buat untuk dapatkan balik Stella yang dulu.
"Tak apalah. Biar aku pujuk dia." Melina hanya mengangguk ringkas dan berlalu dari bilik Stella. Dia yakin, Luke boleh pujuk Stella.
Pintu bilik Stella diketuk beberapa kali oleh Luke. Seperti yang dijangka, Stella takkan membalas sahutannya. Apatah lagi nak buka pintu untuknya. 10 tahun lagilah baru buka.
Dengan rasa berwaspada Luke menguak pintu bilik Stella perlahan. Takut² juga kalau ada benda yang terpelanting ke arah dia. Tak pun jejari bayang yang menyerangnya. Fuhh!! Bahaya tu!
Kelihatan Stella yang menyembam mukanya pada lutut yang dipeluknya. Selimutnya diletakkan di belakangnya bagi mengelakkan dia kesejukkan. Rasanya Melina yang letak.
"Stella..." Tiada sahutan.
Perlahan² Luke mengatur langkah mendekati Stella yang menyembamkan muka pada lutut di atas katil. Punggungnya dihenyak di atas katil empuk di sebelah Stella.
"Melina cakap kau tak makan dari pagi tadi." Diam...
"Makanlah sikit... Janganlah bagi perut tu kosong..." Cubaannya untuk berbual pendek dengan Stella gagal.. Tak senang duduk dia melihat rakannya itu bermurung sejak 3 hari lalu. Entah kenapa. Hati dia pun turut rasa sakit sekali.
"Hey... Tengok aku..." Bahu Stella ditolak lembut membuatkan Stella mengangkat mukanya dari disembamkan pada lututnya.
Stella memandangnya kosong. Tiada riak. Serupa mayat hidup. Matanya sedikit sembab. Mungkin sebab banyak menangis.
"Makan sikit eh. Aku suap." Pujuk Luke lagi. Makanan tengahari Stella yang Melina letakkan di meja kecil tepi katil Stella dia ambil.
Kari yang dibeli di kedai berhampiran digaul sekali dengan nasi putih lalu dicedok dan disuakan pada Stella. Stella hanya memandang nasi itu kosong.
"Makan eh?" Pujuk Luke lembut. Tetapi Stella memaling memandang ke arah lain.
"Tak dak selera." Ujar Stella ringkas lalu dia kembali berbaring dan menyelumbung dalam selimutnya. Still murung.
Luke melepaskan keluhan. Susahlah kalau Stella terus macam ni. Dia tahu, bukan senang nk lupakan kejadian ngeri tu, tapi kalau Stella berterusan macam ni, kemungkinan gadis tu akan sakit nanti.
"Sampai bila kau nk terperap dalam bilik ni Stella? Sampai bila? Aku tahu, kau sedih atas kejadian yang berlaku, tapi takkanlah sampai kau nak jejaskan kesihatan kau. Semua orang risaukan kau." Luke cuba bercakap selembut yang mungkin sementara dia masih mampu.
Tetapi tiada sebarang balasan dari Stella. Dia masih dalam posisi yang tadi. Tak bergerak.
Luke yang melihat Stella yang tak memberi tanda² untuk menyahut menunduk memandang lantai. Perasaan bersalah mula meyelubungi dirinya.
"Ni semua salah aku..." Kata² Luke menarik perhatian Stella. Terus Stella mengeluarkan kepalanya dari selimut. Tetapi wajahnya masih tidak tertoleh. Bait² ayat yang diluahkan Luke dia dengar dengan teliti.
Apabila difikirkan balik, dia turut bersalah dalam situasi ni. Dia tak mampu melindungi keluarga dia. Dia leka.
"Kalaulah aku lindungi kau masa dalam kapal tu... " Ayat Luke terjeda di situ.
"Kalaulah aku tiba di Wenny Kingdom lebih awal... Semua ni takkan terjadi." Sambungnya lagi.
"Tak..." Ujar Stella. Namun terlalu perlahan untuk menerpa pendengaran Luke. Suaranya bagaikan tersekat. Luke masih menunduk memandang lantai.
"Kalaulah aku jumpa gudang tu lebih awal.. Ini semua takkan terjadi..." Sambung Luke.
"Tak..." Kali ini kata² Stella hanya samar² menerpa telinga Luke. Air matanya mula bertakung. Ni semua bukan salah kau.
"Kalaulah aku sampai lebih cepat... Ini semua takkan berlaku!!"
"Takk!!!" Jerit Stella kuat. Jeritan Stella menyentakkan Luke. Terus terangkat kepalanya memandang wajah gadis itu yang sudah keluar dari selumbung selimut. Matanya memandang mata hitam milik gadis itu.
"Tak... Ini semua bukan salah kau... Ini semua salah aku... Aku lemah. Aku leka. Aku tak tahu cara nk jaga diri aku. Aku yang cuai. Jadi ni semua salah aku bukan salah kau!!" Sambung Stella.
"Tolonglah Luke... Jangan salahkan diri kau. Kau tak bersalah dalam hal ni. Kau dah cuba untuk selamatkan aku. Aku hargainya." Luke senyap. Kepalanya kembali menunduk memandang lantai.
"Jadi jangan salahkan diri kau sebab aku jadi macam ni..." Kepala Luke dibawa ke dalam dakapan Stella. Rambut merah milik Luke diusapnya lembut. Siapa yang perlu dipujuk sekarang ni?
"Aku minta maaf. Aku ni memang banyak menyusahkan korang kan? Hahahaha. Patutlah keluarga aku tinggalkan aku sebelum ni. Mesti diorang pun penat nak jaga aku kan?" Ujar Stella hambar. Di hujung ayat kedengaran ketawa yang dibuat².
"Tapi jangan risau. Aku akan cuba untuk ubah perangai aku yang banyak menyusahkan orang ni. Aku dah penat jadi orang yang menyusahkan ni. Lepas ni... Aku nk jadi seorang yang akan tolong orang yang dalam kesusahan. Contohnya, dengan tolong cantumkan semula 2 dunia yang terpisah ni. Jadi korang takkan tinggalkan aku macam mana keluarga aku dulu buat. Walaupun aku tahu itu bukan kehendak diorang." Luke hanya mendengar luahan hati Stella. Dia hanya mendengar setiap bait ayat yang dilemparkan oleh Stella.
Tetiba Luke kembali mendakap pinggang ramping Stella membuatkan Stella tersentak.
"Aku janji, apa pun terjadi, aku takkan tinggalkan kau. Aku akan tolong kau untuk capai cita² kau. Dan aku janji, aku akan sentiasa ada dengan kau dan akan selalu lindungi kau. Aku janji." Ujar Luke. Stella yang mendengar mengukir senyuman dan mengangguk perlahan. Mutiara jernih yang ditahan² dari tadi kembali mengalir.
"Thanks Luke... Thanks~"
Bersambung...
Amacam? Sweet tak? Tak? Fine~. Aku memang tak reti buat babak sweet. Sedih? Well... Ada yang lagi sedih dari ni. So~ tunggu je lah *joget sesorang atas katil*
Dan sebarang typo sila abaikan. Bayangkan typo tu invisible ye~. Hehehe...
Tata!!😘💞💕
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasy| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...