Termasuk hari ini dah 5 hari pertandingan ni berlansung. Setakat ini semua pelajar dari Magical Academy masih tidak tersingkir termasuk Stella.
Tetapi hari ni adalah hari yang menentukan hidup mati Stella. Hari ni akan berlansungnya perlawanan untuk memilih peserta yang akan mara ke separuh akhir.
Semuanya kelihatan tenang sahaja menanti nama mereka dipanggil tetapi bukan Stella. Walaupun dari luaran nampak yang dia seperti biasa sahaja tetapi dalam hatinya dia saja yang tahu. Ikutkan hati mahu saja dia menangis di situ tapi dia tak mahu rakan²nya risau.
"Stella. Dah tiba giliran kau." Tegur Luke yang berada di sebelahnya.
Pedang miliknya diambil laju lalu terus dia berlari ke atas pentas. Dia tak mahu mendengar kata² semangat dari rakan²nya. Bukan dia sombong atau seangkatan dengannya.
Dia cuma tak mahu menambah tekanan yang berlebihan apabila rakan²nya mamberikan kata² semangat seperti berharap dia akan terus menang.
Sebaik shaja di atas pentaz dia memandang lawannya. Oh crap! Lawannya seorang lelaki! Konfem! Mesti susah! Tak! Kau kena percayakan diri kau! Stella memberikan kata² semangat buat dirinya sendiri.
"Perlawanan diantara Stella Zirgan dan Stephen Devaser. Bermula sekarang!" Sebaik shaja kata² pengadil tamat terus Stella diserang dengan beberapa ketulan tanah yang besar lagikan keras. Akibat tidak menjangka serangan itu Stella terus terpelanting ke dinding collesium. Tanah itu masih merempuh tubuhnya bertubi².
Sebaik sahaja lontaran tanah itu terhenti terus dia maju ke arah Stephen. Tetiba Stephen dengan riak tenangnya menghasilkan golem tanah dan tangan golem itu ingin tumbuk tepat pada tubuh Stella. Namun Stella cepat mengelak tipis.
"Bunuh dia. Bunuh Stella Zirgan!!" Ayat itu tak henti² bermain di fikiran Stephen.
"Bunuh dia." Ujar Stephen perlahan. Golem tanah itu mengangkat penumbuknya dari lantai gelanggang. Lalu dia berlari laju ke arah Stella dan tubuh Stella di tumbuk membuatkan Stella terlempar hingga ke dinding gelanggang sekali lagi.
Lelaki itu terlampau kuat! Apa yang dia makan hah? Batu? Tanah? Besi?
Belum sempat Stella ingin melangkah golem tanah itu sekali lagi menumbuknya ke atas lalu membuatkan Stella terawang²an di udara. Tidak cukup dengan itu ceracak tanah menyerang Stella dari bawah secara bertubi².
Stella rasa seperti tubuhnya sudah tak bermaya. Malah dia juga rasa ada banyak tulangnya patah akibat serangan itu. Pedangnya pula entah kemana. Hilang.
Sebaik sahaja ceracak tanah itu hilang Stella rasa dia sudah selamat. Tapi dia salah. Golem tanah itu tetiba muncul di depannya yang masih diudara itu lalu menumbuknya kuat ke lantai gelanggang.
Bummm!!!
Asap berkepul menghalang penglihatan penonton. Ada juga yang menekup mulut kerana terasa perbuatan Stephen pada Stella adalah melampau!
Setelah asap itu beransur hilang kelihatan Stella yang meniarap di atas lantai gelanggang dengan tubuhnya dipenuhi luka dan cecair merah pekat. Tubuhnya sudah tak bermaya.
Stephen menghasilkan pedang tanah di tangannya. Golem tanahnya sudah hilang dibawa abu. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Dia harus bunuh perempuan tu. Dia harus bunuh Stella!
"Berhenti! Kamu! Berhenti!" Pengadil cuba menghalang Stephen dari mendekati Stella yang terbaring di atas tanah itu. Tapi tubuhnya pula yang dilempar oleh Stephen ke tepi.
"Argh! Korang tunggu apa lagi! Panggil pengawal!!!" Jerit pengadil memberi arahan kepada pembantunya.
Stephen masih dengan keputusannya untuk membunuh Stella. Aura membunuh mula dirasai oleh para penonton. Ada juga yang menutup mata.
"Stella!" Luke ingin melangkah ke gelanggang untuk menyelamatkan Stella tapi dihalang oleh beberapa orang pengawal.
"Lepaskan aku!!!" Luke mula meronta minta dilepaskan.
Tetiba perbuatan Luke terhenti apabila dapat merasai aura membunuh yang betul² kuat. Melina yang berada di tempat perserta jatuh melutut. Tubuhnya tak dapat menahan aura yang begitu kuat itu.
Namun aura itu lansung tak mengganggu nafsu membunuh Stephen. Pedangnya dihala ke Stella yang terbaring kaku di situ.
"Selamat tinggal... Stella Zirgan." Baru sahaja Stephen ingin menikam Stella dengan pedangnya. Dia dikejutkan dengan kejutan dari Stella yang tetiba menahan pedangnya dengan hanya menggunakan tangan kirinya. Darah merah mula menitik membasahi lantai.
Mata Stella yang berwarna biru muda bertukar menjadi warna hitam pekat. Pedang di tangan Stephen ditendang jauh dari tangan Stephen. Secara tiba² Stella yang berada di depannya muncul di belakang Stephen lalu ditendang belakangnya kuat.
Stephen terpelanting ke dinding colessium sehingga ia retak teruk. Pedang Stella yang terpacak tidak jauh dari Stella diambil lalu dia berlari sepantas kilat ke arah Stephen. Hujung pedangnya diacukan betul² dimana leher Stephen berada. Hujung pedang itu cuma berjarak 5mm dari leher Stephen.
Walaupun jika dia hanya menoleh pasti akan tercedera. Stella di belakangnya memandangnya dengan penuh kebencian. Terasa aura kegelapan mengelilingi Stella.
"Berhenti!!!" Mata Stella yang berwarna hitam tadi bertukar kepada warna asalnya. Stella bagaikan baru tersedar lalu dia mengalihkan pedangnya Dari leher Stephen. Pengawal² mula datang dan membawa Stephen pergi. Stella pula terkaku di situ.
"Pemenangnya Stella Zirgan!! Dengan ini secara rasminya Stella layak ke separuh akhir."
Stella tersenyum lega memdengar keputusan pengadil. Dengan ini nyawanya terjamin. Dengan senyuman bahagia dia melangkah ke arah Luke yang berada di bawah gelanggang.
"Luke! Aku menang!!" Terus Stella memeluk tubuh Luke kuat. Pertama Kali dipeluk oleh Stella membuatkan Luke terpaku. Pelukkan dileraikan. Bahu Stella dipegang.
"Kau okey tak? Ada cedera mana² tak? " soal Luke sambil membelek membelek tubuh Stella. Ada juga bahagian baju Stella yang terkoyak seperti di bahu lutut dan lengam.
"Aku oklah. Jangan risau." Balas Stella tenang. Memang tubuhnya tak rasa sakit. Tadi memang sakit tapi bila dia serang Stephen memang sakit tu dah tak terasa.
"Mana boleh! Kau kena belasah teruk tadi! Kau kena pergi bilik rawatan!" Secara tetiba Luke mengangatnya cara bridal Style ke bilik rawatan. Terlebih overprotective la pulak Cik Abe ni. Nasib sayang! Ops!
Bersambung...
Sorry sebab lambat update🙇🙏
Internet rumah Arine buat hal lagi. Semalam baru ada. Sorry eh sebab buat korang tertunggu².
Korang tertunggu² ke Arine update cerita ni? Kalau ye, terima kasih banyak². Kalau tak... Arine tak nak update dah!😤
Gurau²😂. Kalau tak pun Arine berterima kasih jugak. Sekurang²nya korang baca jugak buku jalanan ni.
Thanks for your support dan jangan lupa tekan bintang kat bawah tu.😉
Tata!😘💞
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasía| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...