part 47

3K 259 35
                                    

Selepas 20 minit meredah hutan. Stella dan yang lain tiba di sebuah perkamlungan kecil yang bernama Hanris Village.

Seperti kampung² yang lain, penduduk kampun itu berkeliaran di sekitar kampung itu.

"Kita dah sampai. Kita cari rumah tumpangan dulu." Ujar Stella dingin. Yang lain hanya mengikut.

Kalau teringin nak mati awal cubalah bantah cakap Stella. Luke pun tak berani nk bersuara.

Tengah mereka menjelajahi kampung itu, tetiba Irya terlanggar seseorang menyebabkan kedua² mereka jatuh terduduk.

"Irya! Awak OK?" Soal Tezz penuh kerisauan. Stella yang berjalan mendahului mereka berhenti melangkah.

"Saya okey." Dengan bantuan Tezz dia berdiri dengan sendrinya.

"Irya?" Mendengar suara yang agak dikenali oleh Irya membuatkannya terpaku.

Perlahan² dia mengangkat mukanya memandang orang yang dia langgar tadi.

"Shin?"

∆∆∆∆∆∆∆∆

Mereka semua berada di dalam sebuah Rumah yang agak mewah. Pelbagai jenis aksesori yang menghiasi kawasan rumah itu.

"Dah lama kita tak berjumpa ya, Irya. Rasanya lebih Dari 3 tahun." Ujar si lelaki bernama Shin itu.

"Yes~ after you cheated on me, we didn't see each other again since then. So? Mana Quera?" Soal Irya dengan nada menyampah.

Sebenarnya, Shin ialah bekas teman lelaki Irya. Mereka berpisah 3 tahun lepas akibat Irya dapat tahu yang Shin sebenarnya curang dengannya.

Sejak dari hari itu mereka tidak lagi bertemu bila Shin tetiba sahaja menghilang. Tetapi hari ni mereka bertemu semula.

"Quera... Kami dah putus." Balas Shin dengan nada sayu.

"Dia terpaksa ke Floria Kingdom. Mereka sekeluarga pindah ke sana 2 tahun lalu." Sambung Shin. Yang lain hanya diam membisu mendengar cerita Shin.

"Irya. S--saya minta maaf. Saya tak sepatutnya buat awak macam tu. Saya tak sepatutnya curang dengan awak. Saya minta maaf." Kepalanya ditundukkan memandang lantai rumahnya.

"Aku dah lama maafkan kau. Aku tak suka berdendam lama²." Mendengar balasan Irya membuatkan dia kembali mengangkat mukanya.

"Betul?" Soal Shin tak percaya. Irya hanya membalas dengan anggukkan.

"Tapi! Itu tak bermaksud aku akan terima kau semula dalam hidup aku. Aku dah ada Tezz dan aku cintakan dia mati matian." Kata Irya lalu lengan Tezz di sebelahnya dirangkul.

"Dan kalau kau cuba rosakkan hubungan kami, aku takkan teragak² untuk musnahkan kau." Ugut Irya.

Tezz yang mendengar hanya tersenyum bangga dengan kekasihnya itu. Kepala kekasihnya itu diusap lembut.

"Dah tamat?" Celah Stella tetiba. Kini pandangan semua orang terarah pada Stella.

"Kalau dah tamat, boleh tunaikan janji kau?" Soal Stella dingin sambil matanya meleret pada Shin.

Sebenarnya, tadi Shin telah berjanji untuk membenarkan mereka bertujuh menginap di rumahnya buat beberapa hari.

"Oh! Maaf. Saya terlupa. Sila ikut saya." Shin bangun dari duduknya di atas sofa lalu menunjukkan arah ke bilik mereka bertujuh.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Stella yang sedang termenung di jendela biliknya memandang bulan. Walaupun malam ni bukan bulan penuh, tetapi cahaya bulan itu cukup untuk menerangi seluruh kampung tu.

Sejak dia datang ke dunia ni, Sudah menjadi tabiatnya untuk melihat bulan ketika buntu.

"Kau ada masalah?" Tegur satu suara garau dari belakangnya.

Namun Stella lansung tidak menoleh memandang pemilik suara itu. Dia sudah tahu siapa.

"Mana kau tahu?" Balas Stella sambil matanya tidak lekang Dari memandang bulan separa itu.

"Dari pagi tadi mood kau tak elok. Kau pun jarang bercakap. Selalunya mulut kau macam burung murai." Stella menjeling tajam ke arah Luke yang sudah berada di tepinya apabila dia disindir.

"Kalau kau tak kisah, kau boleh beritahu aku." Sambung Luke.

Namun tidak ada jawapan dari Stella. Keadaan menjadi sunyi. Kedua²nya membuat keputusan untuk mendiamkan diri.

"Mak ayah aku." Luke menoleh ke arah Stella apabila Stella ingin memulakan penerangan.

"Mak ayah aku yang jaga aku selama ni, bukan mak ayah aku yang sebenar." Sambung Stella.

Luke yang mendengar mengerutkan kening. Apa yang Stella cakapkan ni?

"Apa maksud kau?"

"Malam semalam, genap 13 tahun selepas kematian mak ayah aku. Setiap tahun, aku akan buka sepucuk surat yang mak aku sediakan sebelum dia meninggal. Macam tahun² sebelum ni, aku akan buka sepucuk surat yang terkandung kesemua rahsia mak dan ayah aku.Dan semalam, aku dapat tahu lagi satu rahsia mak ayah aku, yang aku ni, anak angkat."

"Jadi sebab tu kau tak ada mood hari ni?" Teka Luke. Stella hanya mampu mengangguk lemah.

"Siapa yang tak marah, bila dia ditipu oleh orang yang paling dia sayang?" Soal Stella membuatkan Luke terdiam.

"Sepatunya kau gembira bila dapat tahu pasal benda ni." Nafi Luke.

"Apa maksud kau 'aku patut gembira bila dapat tahu berita ni?'. Aku ditipu selama 18 tahun!" Bentak Stella.

"Memang. Kau sepatutnya gembira. Sebab ini bermaksud, orang tua kandung kau kemungkinan masih hidup." Buat seketika Stella tersentak.

Kemungkinan apa yang Luke cakap tu betul. Kemungkinan. Dia masih boleh berjumpa mak ayah kandung dia.

Dia terlalu ikutkan emosi. Yang bermain di dalam fikirannya adalah benda yang negatif. Padahal dia boleh sahaja berfikiran positif seperti Luke.

"Tapi..." Kepala Stella perlahan² ditundukkan.

"Aku sendiri tak tahu macam mana rupa mak ayah kandung aku. Macam mana aku nak cari diorang?"

Tetiba satu tangan hinggap di atas kepala Stella. Rambut kelabunya diusap lembut. Dia kembali mengangkat mukanya.

"Jangan risau. Kitaorang kan ada? Apa gunanya keluarga kalau tak boleh bantu membantu?" Ujar Luke dingin.

Stella yang tersentuh dengan kata² Luke terus mendakap Luke erat.

"Terima kasih, Luke."

Bersambung...

Maaf sebab terpub tadi. Sesiapa yang baca sebelum ni memang ada banyak kesalahan... Maaf eh?

Oh dan challenge masih diteruskan! 25⭐for new chapter!✌

Tata!!😘💞💕

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now