part 58

2.8K 229 1
                                    

Stella menghidangkan sarapan roti bakar dan poached egg di meja makan sementara tunggu yang lain turun dari bilik masing².

Tak lama kemudian semuanya dah berkumpul di meja makan kecuali tuan rumah sendiri, Annie.

"Alang² kawan kau tu tak dak Stella. Bila kita nk bertolak ke Lightning Cave?" Soal Sheran.

"Ermmm... Lepas sarapan ni kita terus pergilah. Kita tak boleh tunggu lama² sangat. Ada orang tu tak sabar nak jumpa buah hati." Usik Stella sambil memandang ke arah Graze dengan senyuman nakal.

Graze hanya menjeling tajam ke arah Stella. Mulut tu tak boleh tutup Lansung. Menyesal dia cerita dekat Stella.

"Diam ahh kau." Balas Graze dingin. Stella hanya ketawa kecil.

"Pergi Lightning Cave? Buat apa?" Sampuk satu suara tetiba. Terkejut mereka semua bila seseorang tetiba menyampuk.

"Err... Tak buat apa² pun Annie. S--saja je nak tengok ada apa dekat sitg. Hehe." Tipu Stella. Annie pun tak boleh tahu pasal ni.

"Ooohhh~ aku nak ikut boleh?" Mereka semua tersentak. Sudah~~ dia nak ikut pulak.

"Err... K-kau nak ikut buat apa Annie? Bukan ada apa² pun dekat Lightning Cave tu."

"Memanglah kat Lightning Cave tu tak ada apa². Tapi dekat Ghost Jungle ada. Banyak tau herba² yang susah nak jumpa ada kat situ. Kalau aku kutip bolehlah aku jual. Please~~~" Stella menggaru kepalanya yang tak gatal. Macam mana pulak ni? Susahlah kalau Annie ni nak ikut.

"T--tapi..."

"Please~~~~~" Annie jatuh melutut di depan Stella. Terpaksa sangat ni. Stella mengeluh kecil.

"Fine. Kau boleh ikut." Akhirnya Stella mengalah.

"Yes!!!" Annie bersorak keriangan. Seronok sangat gamaknya.

"Kau betul ke nak bagi dia ikut? Kalau dia tahu rahsia kita macam mana?" Bisik Melina di tepi telinga Stella.

"Lepas tu? Kau nak tunggu sampai dia cium kaki aku baru aku nk bagi? Aku kenal dia dah lama lah. Dia akan buat apa saja untuk dia dapatkan apa yang dia nak." Balas Stella dengan nada berbisik juga.

"Sudah²lah kau melompat macam beruk tu Annie. Makan cepat. Lepas sarapan ni, kau kemas barang terus kita bertolak." Arah Stella.

"Ai ai kapten!!" Terus Annie duduk di tempatnya dan makan sarapannya secepat mungkin. Harap² dia tak melambatkan perjalanan Stella nanti.

∆∆∆∆∆∆∆∆

"I'm done! Jom!" Jerit Annie dari tingkat atas dengan bersemangatnya. Stella dan yang lain yang dekat bawah terus menoleh.

Annie hanya bawa beg galas dan  botol air. Tak lupa juga satu bakul rotan di tangannya.

"Kau buat apa bawak bakul tu? Kita bukannya nak berkelah." Soal Sheran hairan.

"Aku tahulah. Aku nak letak herba² tu nanti dalam ni. Kau tahu apa." Balas Annie selamba. Terus dia berlalu ke arah Graze dan lengan Graze dipeluknya.

"Apa kau ni! Lepaslah!" Rimas kau tahu tak?!" Graze cuba melepaskan lengannya dari pelukkan Annie tetapi tak berjaya.

"Nope! Tak nak! Annie nak peluk jugak!" Lagi ketat Annie peluk lengan Graze tu.

Graze hanya menggelengkan kepala pasrah. Kalau Annie ni lelaki. Dah lama dia terajang Annie ni sampai lunyai.

"Dah². Jom. Kita bertolak sekarang." Sampuk Stella tetiba lalu mereka mula bertolak ke Lightning Cave.

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Lama lagi ke kita nak sampai Lightning Cave? Dah 5 jam kita berjalan ni..." Rungut Melina. Semuanya kelihatan kepenatan. 5 jam kot berjalan.

"Jauh lagi. Ghost Jungle pun tak sampai lagi." Annie tolong jawab persoalan Melina. Masing² merengek.

Stella yang berasa kesian terus berhenti melangkah. Dia memusing memandang yang lain yang dah jatuh terduduk atas tanah. Penat sangat ni.

"Shadow Mat." Tetiba sahaja bayang² mereka berlapan bercantum dan menjadi sebuah tikar hitam.

"Korang duduklah. Biar aku je yang jalan." Ujar Stella. Dia taklah penat sangat lagi.

"Finally!!" Terus Sheran, Melina, Irya, Graze, Tezz Dan Annie jatuh terduduk di atas tikar bayang itu. Perlahan² tikar bayang itu terapung. Annie pula mula kagum.

"Wow. What the... Tikar terbang?" Stella hanya tersenyum nipis.

Tetiba sahaja Luke lompat turun dari tikar bayang tu dan menghampiri Stella.

"Biar aku teman kau." Stella hanya mengangguk setuju. Bosan jugak jalan sesorang.

"Ececece..." Yang lain nula mengusik pasangan sejoli tu.

"Diam ahh korang." Balas Stella dengan wajah memerah. Malu diusik macam tu.

Mereka kembali menyambung perjalanan mereka seperti biasa.

"Stella. Ayah kau macam Mana? Sihat?" Soal Annie tetiba. Terus terhenti langkah Stella.

"A--ayah aku dah tak ada." Annie tersentak. Dia mula rasa bersalah.

"Sorry Stella. Aku tak tahu."

"Tak apa. Lagipun. Ayah aku yang tu bukan ayah kandung aku." Balas Stella lalu dia kembali melangkah kehadapan.

"Bukan ayah kandung kau?"

"Haah. Dia cuma ayah angkat aku. Kemungkinan jugak, ayah dan ibu kandung aku masih hidup."

"Jadi sekarang kau tengah cari dioranglah?" Teka Annie.

"Tak. Aku ada perkara yang lebih penting yang aku kena buat."

Bersambung...

Mesti korang hairan tetiba Arine update. Ini betul² last untuk update sampai habis pt3. Mungkin lepas ni komen korang pun takkan balas sampai pt3.

Dan kemungkinan besar fon Arine akan dirampas oleh mak Arine. Hwaaa!!! I will miss you guys!

See ya in 2 months!✌

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now