"Siapa yang dalam gambar tu?" Soal Stella sambil menunding ke arah satu potret yang tergantung di dinding ruang tamu rumah Nek Dres.
Semua di situ memandang ke arah potret itu termasuk Nek Dres. Di dalam gambar itu ada seorang wanita dan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripada wanita itu. Nek Dres hanya mampu tersenyum hambar.
"Perempuan tu, nenek. Gambar tu diambil 15 tahun lepas. Lelaki tu pula. Anak nenek. Namanya Frewan." Kini mata Nek Dres dah terlekat pada gambar itu.
"Oh. Anak nek mana? Tak nampak pun?" Soal Stella sambil menjengukkan kepalanya. Mana tahu kot² anak lelaki nenek tu ada di situ.
"Dia... Dah tak tinggal dengan nenek." Balas Nek Dres. Nadanya mula bertukar sayu.
Stella yang berasa bersalah bangun dari sofa yang didudukinya lalu melangkah mendekati Nek Dres. Bahu wanita tua itu diusap lembut.
"Kalau nek tak nak cerita tak apa. Kami tak paksa." Yang lain hanya mengangguk mengiya²kan kata² Stella.
"Maaf. Nenek terlebih emosional pulak. Tak pa. Nek okey." Ujar Nek dengan senyuman.
Entahlah senyuman ikhlas atau pun tak. Stella hanya menggeleng. Diorang tahu nenek itu risau dengan keadaan anaknya.
"Kamu tahu, kenapa kampung ni dinamakan Truman Village?" Stella dan yang lain dengan tertanya² menggeleng kepala.
"Dulu, 30 tahun dulu. Kampung ni hidup aman Tanpa sebarang gangguan. Manusia dan Triel semuanya tinggal dengan damai." Stella dan yang lain khusyuk mendengar cerita Nek Dres.
"Suami nenek. Dia manusia. Begitu juga dengan anak lelaki nenek. Dia lebih mengikut ayahnya berbanding nenek.Kami hidup aman bahagia tanpa sebarang pergaduhan atau masalah.
Sehinggalah 15 tahun lalu. Raja di Bumi, King Wallestein, mangkat. King Edmund selaku raja di Hrasia World, mengambil kesempatan untuk mengawal kedua² dunia ni sekali gus.
Dia memisahkan manusia dan triel. Kesemua manusia pulang ke tempat asal mereka di Bumi. Termasuklah suami dan anak nenek."
Keadaan di situ kembali sunyi. Tiada seorang pun terasa seperti ingin bersuara.
"Tak ada cara ke nek untuk kembalikan mereka semula?" Nek Dres menunduk seperti berfikir.
"Nek ada dengar, untuk kembalikan manusia ke dunia ni, kita perlu menghancurkan benteng yang King Edmund buat. Tapi..." Kata² Nek Dres terjeda.
"Tapi apa nek?"
"Tapi... Hanya orang yang kuasanya melebihi King Edmund sahaja boleh runtuhkan benteng itu." Suara Nek Dres kian mengendur. Mungkin dah berputus asa.
Stella yang berasa kasihan terus melutut di hadapan Nek Dres. Tangan wanita tua itu digapainya.
"Nek jangan risau. Stella janji! Stella akan cuba sedaya upaya untuk hancurkan benteng tu!" Ujar Stella dengan penuh semangat!
Nek Dres yang sayu tadi mula kembali tersenyum. Tangannya mengusap lembut kepala Stella.
"Terima kasih ya Stella." Stella hanya tersengih. Gembira hatinya apabila mampu membuat nenek tua itu tersenyum kembali.
Irya yang tidur bersandar di bahu Tezz kembali duduk seperti biasa. Lengan Tezz digoncang lembut untuk menarik perhatian jejaka itu.
"Awak~~ lapar~~" rengek Irya manja. Tezz pula dah garu kepala. Sekarang ni dahlah dia ada dekat rumah orang. Takkan tetiba nk minta diri pergi beli makanan.
"Err... Awak tahan kejap ye? Kita ada dekat rumah orang ni. Nanti saya belikan eh?" Tanpa mereka sedar Nek Dres terdengar bisikkan mereka tu.
"Kalau kamu semua tak kisah, Kamu menginaplah kat sini. Makan minum semua nenek sediakan." Celah Nek Dres tetiba.
"Eh! Tak apalah nek. Buat susah² je. Kami boleh je sewa hotel kat mana² nanti." Tolak Melina. Takut menyusahkan wanita tua itu pulak mengambil mereka sebagai tetamu.
"Kat kampung ni mana ada rumah sewa atau sebagainya. Selalunya tetamu yang datang akan menginap dekat rumah nenek. Jangan risaulah." Ujar Nek Dres lembut.
"Di tingkat 1 ada satu bilik kosong. Dekat tingkat dua pula ada 3 bilik. Tapi satu bilik tu nenek punya. Kamu pilihlah mana² bilik korang nak. Nenek nak masak kejap." Sambung Nenek Dres sambil bangun dari duduknya.
"Biar saya tolong nenek." Stella menawarkan dirinya untuk membantu Nek Dres menyediakan hidangan makan malam.
"Tak apa. Kamu tu tetamu. Biar nenek je yang buat." Tolak Nek Dres lembut.
"Tak pa lah nek. Biar saya tolong. Rasa tak sopan pula tak tolong nek masak. Biar saya tolong." Stella masih teguh dengan keputusannya.
"Ikut suka kamulah Stella." Akhirnya wanita tua itu mengalah. Stella dengan senang hatinya menyediakan makan malam buat mereka semua.
∆∆∆∆∆∆∆∆
Tuk! Tuk! Tuk!
"Sapa?" Sahut suara garau dari dalam bilik itu.
"Stella." Jawab Stella yang masih setia menanti di depan bilik 2 jejaka itu.
Tak lama kemudian pintu bilik itu dikuak dari dalam. Kelihatan sesusuk tubuh sasa berambut kuning keemasan terpapar di depan pintu.
"Ada apa Stella?" Soal Sheran tanpa basa basi.
"Luke ada?"
"Ada. Kejap. Luke!!" Sheran kembali masuk ke dalam bilik itu dan mula mencari kelibat roomatenya itu.
Beberapa detik selepas itu muncul Luke dengan pakaian serba hitam dan cermin mata tergantung di hidungnya.
"Kenapa?" Soal Luke dingin. Baru je dia nk ulangkaji sejarah antara Hrasia World dan Bumi.
"Kita berlatih sekarang." Ujar Stella straight to the point.
"Graze kan ada? Suruhlah dia berlatih dengan kau." Tubuh sasa Luke itu disandarkan pada bingkai pintu.
"Graze? Awal² lagi dia dah tolak. Bolehlah... Please~" Stella mula berlagak comel di depan Luke bagi meraih simpati jejaka itu.
Luke menghela nafas berat. Kenapalah dia jadi pelatih Stella ni?
"Fine~" Luke beralah dengan Stella. Dia tak nak tidur dia diganggu oleh Stella malam nanti. Stella pula dah senyum sampai ke telinga. Seronoklah tu~
Bersambung...
Nothing to say~
Tata!!😘💞💕
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasy| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...