"Akak yakin ke tak nak ikut kitaorang? Bahayalah nak tinggal akak sorang² kat rumah ni." Risau Sheran.
"Akak okey lah. Lagipun kawan² akak ada. Akak pun dah dapat kerja. Tak perlulah risau! Kamu pergi je. Akak boleh jaga diri." Ujar Kak Lina cuba mendapatkan kepercayaan adiknya.
"Betul ni tak nak ikut?" Sheran memastikannya sekali lagi.
Dah lah dia ada kakak dia je sekarang ni. Yang lain semua dah tak ada. Risaulah dia.
"Ye. Akak okey. Dah². Pergi cepat! Nanti lambat pulak sampai kat sana nanti."
Kak Lina menolak adik lelakinya itu keluar dari rumah. Yang lain semua dah ada dekat luar rumah tinggal Sheran je yang tak keluar lagi.
"Yelah². Janganlah tolak!" Ujar Sheran sebaik sahaja tiba di luar rumah. Stella, Melina dan Irya berjalan mendekati Kak Lina lalu tubuh Kak Lina itu didakap mereka erat.
"Terima kasih eh kak. Bagi kitaorang tinggal dekat sini buat sementara waktu." Ujar Irya. Lalu pelukkan dileraikan.
"Alah... Hal kecik ja tu! Ni kamu semua jaga diri eh. Pastikan selalu bersama. Jangan berpecah. Stella. Kamu tolong jaga mereka semua eh? Akak berharap dekat kamu."
Memandangkan Stella yang paling kuat drkat situ, jadi dia letakkan kepercayaan dia dekat Stella lah. Dia tahu, mereka akan selamat bersama Stella.
"Baik Kak. Stella cuba sebaik mungkin."
"Kamu Irya. Jaga bayi dalam perut tu baik². Jangan buat kerja berat² sangat. Kalau nak apa² cakap he kat diorang ni. Satu lagi! Elakkan bertarung! Tapi kalau dah terdesak sangat. Itu lain hal. Faham?" Irya hanya mengangguk tanda faham.
"Melina. Jaga Sheran untuk akak ya? Bila² ada masa datanglah lawat akak dekat sini. Nanti bila semua ni dah berakhir, balik sini tau. Kita bincang pasal kamu dengan Sheran."
Sempat lagi Kak Lina mengenyitkan mata dekat Melina sambil tersenyum nakal. Terus membahang wajah Melina. Kak Lina dah tahu ke pasal dia dengan Sheran?! Stella dan Irya dah tersenyum mengejek dekat Melina.
"Wuuuuuuu~~~" Usik Stella dengan Irya.
"Diamlah!!!" Marah Melina dengan wajah membahang. Malulah tu. Seronoklah dah dapat green light.
"Sheran. Jaga diri baik². Jangan nakal². Dan! Jangan buat benda tak elok dekat si Melina tu. Tunggu kahwin dulu! Kalau akak tahu kamu buat benda tak naik dekat Melina time tu jugak akak smackdown kau!"
Wajah Sheran membahang. Terus Sheran mencubit lengan kakaknya itu. Nasib Melina dah tak ada dekat situ.
"Akak ni! Takkanlah Sheran nak buat macam tu!" Kak Lina ketawa kecil dengan telatah adiknya itu.
"Meh sini! Dah lama akak tak peluk kamu." Tanpa menunggu jawapan Sheran terus Kak Lina memeluk tubuh tegap Sheran.
"Akak lepaslah!!!! Rimas!!!" Sheran meronta² cuba melepaskan pelukkan itu tetapi Kak Lina lagi eratkan pelukkan tu. Apalah nasib ada kakak macam Kak Lina ni.
Akhirnya Sheran bebas dari pelukkan kakak kandungnya tu sendiri. Hampir saja dia mati lemas tadi.
"Dah lah. Sheran pergi dulu. Akak jaga diri baik². Kalau ada apa² bagitahu secepat mungkin tau!"
"Ye. Akak tahu. Dah pergi². Kawan kamu dah tunggu tu." Kak Lina membuat isyarat seperti menghalau Sheran dari situ.
"Amboi. Menghalau. Sheran pergi dulu. Nanti Sheran balik ye!" Jerit Sheran sambil berlari ke arah yang lain. Sempat mereka melambai ke arah Kak Lina sebelum berlalu dari situ.
∆∆∆∆∆∆∆∆
"Kau kenapa Melina? Diam ja sejak kita bertolak tadi." Tegur Tezz tetiba bila sedar akan perubahan sikap Melina. Gadis itu tersentak.
"T--tak ada apa pun. Aku--"
"Alah... Dia seronoklah tu dapat green light dari bakal kakak ipar." Usik Stella.
"Mana ada!!!" Wajah Melina kembali membahang.
"Alah mengaku ja lah. Kau tak sabarkan nak kahwin dengan Sheran, kan?" Usik Irya pulak.
"Korang!!!" Baru sahaja Melina mahu menerjah Stella Dan Irya satu deruan angin yang kuat hampir menerbangkan mereka semua.
Dengan susahnya mereka cuba melihat ke langit akibat deruan angin yang kencang. Seekor burung gergasi mengibarkan sayapnya betul² di atas kepala mereka.
"Tu kan... Dark Bird? Burung lagenda tu kan?" Soal Melina meminta kepastian.
"Aku rasa ni lah pemegang kunci angin yang Kak Lina cakap tu." Graze mengeluarkan buah fikirannya.
"I think so too. Time for giant bird hunting."
Ujar Stella lalu menyeru jejari bayang dan cuba menangkap kaki Dark Bird tetapi jejari bayang itu terus hilang apabila Dark Bird mengibaskan sayapnya dengan kuat sekali.
Stella berdecit tak puas hati. Dia memandang tajam Dark Bird itu. Kau nak aku guna cara susahkan? Fine.
"Irya. Boleh tolong aku?" Soal Stella selamba.
"Tolong apa? Aku tak nak lawan yang pasti."
"Kau boleh kawal angin ni tak? Aku nak buat semua ni secepat mungkin. Aku pun dah penat ni." Balas Stella sambil menggosok lehernya.
"O--okey." Dengan kuasa angin milik Irya dia dapat mengawal angin yang kencang tadi kepada angin yang lebih tenang.
Stella tersenyum sinis. Sekarang giliran dia untuk beraksi.
Stella menyeru anak panah bayang lalu di aimkan betul² di dada Dark Bird. Sebaik saja anak panah itu dilepaskan...
"Bullseye."
∆∆∆∆∆∆∆∆
"Bapak kejam ahh kau Stella. Kau panah burung tu selamba ja." Ujar Sheran.
"Lepas tu? Kau nak aku buat macam mana? Minta baik²? Macamlah dia nak bagi. Yang penting kita cuma perlu kunci flora dan kita boleh dapatkan guardian kedua aku. Finally benda ni akan berakhir!" Ujar Stella kegembiraan.
Akhirnya dia boleh tunaikan janjinya dengan Graze dan Nek Dres. Dalam diam Graze mengukir senyuman apabila tak sabar ingin berjumpa buah hatinya. Elly. Dan Arine pun mula menganjing. Wu wu wu🐶
Bersambung...
Arine nak ucapkan ribuan terima kasih dekat korang yang masih bertahan untuk baca book ni sampai sekarang. Sesungguhnya Arine takkan sampai ke sini kalau bukan sebab korang.
Terima kasih juga kepada yang beri sokongan dan selalu komen dan vote cerita Arine ni. Kalau tak ada korang, mungkin Arine dah delete book ni😅
Arine harap korang akan selalu support Arine sampai bila². I love you guys∼ ♥. Lagi 16 chapter dan book ni akan tamat!!!😄
Tata!!😘💕💞
P/s: sila abaikan typo.✌
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasía| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...