part 51

2.9K 225 25
                                    

Stella membawa seperiuk sup cendawan yang masih panas dengan berhati²nya ke meja makan.

Sarung tangan kalis habanya dibuka dan dia menuangkan air teh halia ke dalam cawan yang disediakan.

"Korang!!! Sarapan dah siap!!!" Jerit Stella memanggil rakan²nya.

Tak sampai seminit, semua rakan²nya dah berada di meja makan kecuali Luke yang masih  mengemudikan kapal.

"Korang makanlah. Aku nk hantar makanan dekat Luke kejap." Ujar Stella. 2 mangkuk sup cendawan, 2 cawan air teh dan roti diletakkan dalam dulang.

"Ecececece~~~" sakat rakan²nya sambil tersenyum sumbing. Wajah Stella mula membahang.

"Diamlah!" Pantas Stella menatang dulang itu ke bilik mengemudi. Nak larilah tu~

Pintu bilik mengemudi dibuka dengan bantuan jejari bayang yang dihasilkan oleh Stella.

Kelihatan Luke yang masih fokus dengan pemanduannya. Walaupun dah semalaman mengemudi kapal dia masih nampak segar.

"Luke. Aku ada bawa sarapan." Luke menoleh memandang aku kemudian kembali memandang ke depan.

"Hmm..." Balasan yang sangat ringkas dari putera mahkota itu.

Stella masuk ke dalam bilik itu dan meletakkan dulang di meja kecil di tepi Luke.

"Makanlah." Luke hanya menghirup air teh halia itu dan kembali fokus.

Tak lapar ke Luke ni? Dia ni unta ke apa boleh tahan lapar?

"Kenapa tak makan? Tak sedap ke aku masak?" Soal Stella selamba.

Luke mengeluh kecil. Dia memusingkan badan dan mengambil roti lalu dicicah ke dalam sup cendawan dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Puas hati?" Stella hanya tersengih bagai kerang busuk lalu menjamah sarapannya bersama Luke.

Keadaan menjadi sunyi sepi apabila tiada seorang pun yang bersuara.

Boooommmm!!!!

Bunyi letupan kuat itu mengejutkan Stella dan Luke. Mereka berpandangan sesama sendiri buat beberapa detik sebelum berlari keluar dari bilik mengemudi.

Kelihatan Sheran, Melina, Graze, Tezz dan Irya yang dikerumuni oleh berpuluh² orang lelaki yang gagah dan bwrotot. Di tangan lelaki² itu juga memegang pelbagai jenis senjata.

Kelihatan salah seorang daripada mereka  hanya berdiri tanpa sebarang senjata dan ada seekor burung kakak tua di tangannya.

"Lanun?" Soal Stella tak percaya. Pertama Kali seumur hidupnya dia melihat lanun.

Lelaki bersama burung kakak tua itu menoleh ke arah Stella dan Luke. Dan dia terpaku melihat kecantikkan Stella.

Perlahan² dia mengatur langkah mendekati Stella. Namun Luke terlebih dahulu pertahankan Stella dengan berdiri di hadapan gadis itu.

Langkah jejaka dengan burung kakak tua itu terhenti.

"Apa yang korang nak hah?!" Jerit Luke lantang. Jejaka burung kakak tua itu tersenyum sinis.

"Aku tak nak apa². Aku cuma nak gadis jelita itu. Korang bagi dia dekat aku, dan aku akan lepaskan korang." Ujar lelaki itu sambil menunjuk ke arah Stella.

Stella terkejut apabila gadis yang ketua lanun itu maksudkan ialah dia.

"Langkah mayat aku dulu!!" Luke mempertahankan Stella. Di tangannya dah terhasil bebola api.

Ketua lanun itu tersenyum sinis. Dengan satu petikkan jari, konco² lanun itu mengelilingi mereka berdua.

Stella perlahan² berundur ke belakang untuk mengelakkan diri daripada terkena mana² serangan.

Tengah Like sibuk bertarung dengan lanun² itu, seorang lanun menekup mulut Stella dari belakang Tanpa dia sedar.

Stella meronta² ingin melepaskan diri tetapi pegangan lanun itu terlalu juat.

Stella menghasilkan pisau bayang di tangannya lalu menghiris lengan lanun itu dari belakang.

Terus pegangan lanun itu terlepas. Stella pantas menjauhkan diri dari lanun itu dan cuba mencari nafas.

"Stella!" Jerit Luke kerisauan.

"Jangan risau! Aku boleh handle diorang ni!" Balas Stella.

Pisau bayang itu hilang dari pandangan.

"Korang dah silap orang nk cari pasal." Ujar Stella serius. Sepuluh jejari bayang keluar dari belakangnya dan menyerang lanun² yang cuba mendekatinya.

Pertarungan sengit mula berlaku. Beratus orang lanun lawan 7 orang remaja.

Masing² sibuk mempertahankan diri masing². Jika mereka kalah, mereka akan kehilangan Stella. Jika mereka menang, Stella akan menjadi milik mereka.

Tengah mereka sibuk bertarung antara satu sama lain, ketua lanun itu mengeluarkan sepucuk senapang.

Targetnya ialah leher Stella. Dia menanti waktu yang sesuai untuk melepaskan tembakkannya.

Luke yang sedar akan kelakuan ketua lanun itu menjerit memberi Stella amaran.

"Stella!! Jaga²!!!"

Bangg!!

Tembakan itu tepat mengenai leher Stella. Peluru yang dimasukkan ubat tidur itu betul² mengenai saraf Stella.

Stella terus menjadi lemah. Kepalanya mula pusing dan pandangannya mula kabur. Akhirnya dia jatuh tak sedarkan diri.

"Stella!!!" Jerit Luke. Baru sahaja dia ingin mendapatkan Stella jalannya dihalang oleh berpuluh² orang lanun.

Mahu tak mahu, dia terpaksa bertarung dengan lanun² ini dulu.
Sebaik shaja semua lanun sudah tumpas, dia mencari kelibat Stella.

Tetapi dah terlambat. Stella sudah didukung oleh ketua lanun itu di kapal lanun. Ketua lanun itu tersenyum sinis.

Tangannya melambai ke arah kapal Luke dan yang lain. Serentak itu, 3 das tembakkan meriam dilepaskan dari kapal lanun itu ke arah kapal mereka.

Booommm!!!!

Kapal mereka hancur, dan mereka terjatuh ke dalam laut. Nasib mereka semua tahu berenang.

Mereka hanya mampu melihat kapal lanun itu berlalu dari mereka dengan Stella di dalamnya.

Luke menghempap air laut kuat. Melepaskan kekesalan dan kemarahan yang ditanggung.

"SIIIAAALLLLL!!!!!!!!"

Bersambung...

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now