part 61

2.5K 216 25
                                    

"Lepaskan aku!!!"

Semua yang berada di luar bilik Kak Lina itu terus merempuh masuk ke dalam bilik itu. Terkejut mereka bila Kak Lina tetiba meracau di atas katil seperti bergelut dengan seseorang.

Pantas Sheran berlari ke kakaknya itu. Tubuh kakaknya itu dipeluk erat untuk menghentikannya daripada meracau.

"Kak Lina! Ni Sheran ni! Bagunlah!!" Jerit Sheran Cuba menyedarkan Kak Lina daripada terus mercau.

Terus Kak Lina mencelikkan matanya. Terkejut dia apabila dia lihat wajah Sheran yang memeluknya. Terus dia memeluk Sheran kembali.

Sheran dapat rasakan tangan kakaknya itu terketar² mengenggam erat baju Sheran. Macam dia takut akan sesuatu.

"S--sheran. A--akak n--nak j--jumpa p--pewaris t--tu." Ujar Kak Lina terketar.

Dengan rela hatinya Stella melangkah mendekati Kak Luna Dan Sheran. Sebaik sahaja dia berhadapan dengan Kak Lina terus Kak Lina merampas tangan Stella.

Satu renjtan elektrik yang agak kuat voltannya disalurkan ke tangan Stella. Terus Stella menjerit menahan sakit.

"Erghh!!" Stella mengetap giginya kuat. Dia tak nak jeritannya makin menjadi².

"Stella!!" Terus Luke berlari mendapatkan Stella setelah Kak Lina melepaskan tangan Stella. Tubuh Stella disambutnya kemas.

"Apa kau dah buat kat--" Belum sempat Luke ingin menghabiakan kata²nya. Stella terlebih dahulu menyuruh Luke berhenti.

Genggaman tangannya yang ditarik oleh Kak Lina itu dibukanya perlahan walaupun dia macam dah tak dapat rasa tangan dia.

Terserlah sebentuk kunci berwarna kuning keemasan di telapak tangan Stella.

Perlahan² Stella bangun dari baringnya dan melangkah ke arah Kak Lina yang juga kelihatan masih lemah.

Tangan wanita itu diraih lembut. Tangan yang pucat itu diusap perlahan.

"Saya nak minta maaf. Kakak terkurung dalam gua tu mesti sebab saya kan? Akak tak dibenarkan keluar dari gua tu selagi saya tak jumpa akak kan? Kalau tak, sesuatu yang buruk akan berlaku, betul tak?"

Soal Stella dengan serba salah. Perlahan² wanita itu mengangguk sambil tersenyum lemah. Makin bersalahlah Stella rasa.

"Saya minta maaf ya kak. Kalau saya tak ada, mesti kakak boleh habiskan waktu dengan keluarga akak. Saya minta maaf." Stella mula mengalirkan air mata.

'Aku memang tak berguna. Semua orang terseksa sebab aku. Aku tak patut hidup dalam dunia ni.' Ujar Stella penuh rasa bersalah di dalam hati.

Tetiba seseorang mengusap kepalanya lembut. Terus dia mengangkat muka Dan kelihatan Kak Lina yang tersenyum manis ke arahnya.

"Ka--kak-- ma--af--k--kan."

∆∆∆∆∆∆∆∆

Stella termenung memandang langit malam. Malam ni bulan sangat cantik. Bulan penuh. Ditemani pula dengan bintang² yang mengelilinginya. Sungguh cantik dan indah.

"Kau mengelamun apa malam² ni? Putus cinta?" Stella tersentak dengan suara yang tetiba menyapanya tu.

Dah lah malam². Dia pulak Jeni's penakut sikit dengan makhluk² halus ni. Nasib dia tak bukak taekwando dia dekat sini.

Selepas dapat mengecam pemilik suara itu dia mengeluh. Marah tak habis lagi dengan apa dia but petang tadi.

"Woi. Pekak ke? Ke bisu?" Stella hanya mendiamkan diri. Merajuk!!

Pemilik suara tu mengambil tempat di sebelahnya. Terus dia menjarakkan diri sikit daripada jejaka itu.

"Hoii!! Mengelamun lagi ke?" Sejak bila Luke ni jadi annoying plus lembab ni?

Dia melambai²kan tangannya di hadapan Stella tapi Stella mengalihkan wajahnya ke arah lain.

Terus Luke menghela keluhan berat. Fedup lah tu dengan Stella.

"Kau marahkan aku lagi ke pasal petang tadi? Aku dah minta maafkan?"

Ingat dengan maaf kau tu boleh hilangkan wajah hantu tu tadi ke dari ingatan aku ni ke? Orang dah tegah buat lagi.

Sekarang pandai² lah kau pujuk baby besar ni. Lu pikirlah sendiri!!

"Fine!! Kau nak aku buat apa supaya kau maafkan aku?" Luke mengalah.

Dia tak sanggup bila Stella yang dia kenal, yang ceria, yang periang, yang caring, jadi macam orang asing dengan dia.

Merajuk² lah jugak. Sekurang² cakaplah bagi hati aku ni tenang sikit. Tak ikhlas pun tak apa!

Malangnya soalan Luke hanya dibiarkan dibawa angin malam yang dingin.

"Susahlah macam ni..." Luke menggaru kepalanya yang tak gatal. Pening kepala dia layan budak besar ni.

Stella masih mengalihkan wajahnya ke arah lain. Tak nak tengok muka Lukelah kononya.

"Fine... Esok kita keluar berdua. Kita pergi je mana kau nak pergi. Aku belanja."

Stella tersenyum penuh makna mendengar tawaran Luke. Hehehe... Rezeki jangan ditolak...

Pantas dia mengalihkan muka memandang wajah Luke. Senyuman manis terukir di wajahnya.

"Betul ni? Janji!" Jari kelinkingnya yang kurus dan panjang itu dikeluarkan tanda pinky promise.

"Amboi. Cakap belanja laju." Sindir Luke.

"Nak aku maafkan atau tak?" Ugut Stella serious.

"Okay²! Promise!" Jari kelinking Luke bertaut dengan jari kelinking Stella.

"Yess!!" Kegembiraan melonjak.

Stella punya gembira sampai dia terlompat² suka. Macam beruk mak yeh dah. Luke yang melihat hanya tersenyum.

"Okay!! Esok pukul 10 pagi eh! Jangan lambat!!"

Tanpa Stella sedar dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Luke sebelum berlari masuk ke biliknya kegembiraan.

Luke pula terpaku dengan apa yang Stella lakukan tadi. Perlahan² dia menyentuh pipinya tak percaya.

Kemudian satu senyuman manis terukir di wajahnya. Perlahan² ia menggelengkan kepalanya.

"Stella. Stella. Kau memang tahu cara nak cairkan hati aku."

Bersambung...

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now