Seusai sahaja makan malam Stella perlu melakukan rutin harian sejak tinggal di Hrasia World. Berlatih.
Walaupun rasa penatnya masih tersisa tapi dia masih menggagahkan diri untuk berlatih. Dia tiba di laman belakang 5 minit lebih awal. Sementara menunggu kedatangan tutornya itu dia memanaskan badan dan membuat bebeapa regangan.
"Awal kau sampai." Sapa satu suara dari belakang Stella Yang tengah menguji kefleksibalitinya itu.
"Datang awal salah. Datang lambat salah." Cebik Stella. Dia mula berdiri seperti biasa menghadap Luke.
"Jadi? Hari ni nak berlatih apa?" Soal Stella sambil mengabus tanah yang terlekat pada seluarnya.
"Hand combat lagi. Aku nampak potensi kau dalam hand combat." Ujar Luke sambil matanya memandang wajah Stella lama~
"Kau OK?" Soal Luke tetiba setelah lama menatap wajah Stella. Stella pula memandang Luke pelik.
"OK ja. Kenapa?" Balas Stella selamba.
"Muka kau pucat. Kalau kau tak ok aku boleh batalkan latihan malam ni." Ujar Luke dengan nada risau.
"Aku ok lah. Penat sikit ja. Aku tak nak skip latihan aku. Aku tak nak mati." Kata Stella yang dah berada dalam posisi menyerang. Luke hanya mengikut rentak Stella.
Masing² mula menyerang sesama sendiri dengan pantas. Riak wajah Luke masih kelihatan risau dengan keadaan Stella. Wajah Stella betul² pucat. Ada juga peluh dingin yang timbul di wajah Stella tapi dia hiraukan.
Mungkin betul yang dia cuma penat. Ujar Luke dalam hati untuk menenangkan hatinya yang betul² risau dengan keadaan Stella.
Dia terus menyadung kaki kanan Stella membuatkan Stella jatuh di atas tanah.
"Arghh!" Tetiba sahaja Stella memegang betis kanannya dengan kedua² belah tangannya dengan muka yang menahan keperitan.
Pantas Luke mendekati Stella yang memeluk lutut kanannya sambil menahan kesakitan.
"Kenapa ni Stella?!" Soal Luke risau. Stella mula mengalirkan air mata akibat kesakitan yang teramat.
Kuat sangat ka aku sadung kaki dia? Soal Luke dalam hati. Tetiba matanya tertancap pada tangan Stella yang dipenuhi dengan cecair merah pekat. Membulat mata Luke memandang cecair itu.
Spontan dia menepis tangan Stella dan mengoyakkan seluar Stella di sebelah kanan hingga ke paras lutut.
Membulat matanya melihat betis Stella yang berbalut dengan kain berwarna biru muda yang dipenuhi dengan warna darah.
Pantas Luke membuka ikatan kain itu lembut. Dia tak mahu menambah kesakitan yang dirasai oleh Stella. Kelihatan betis Stella yang terbelah. Lukanya agak dalam. Jadi sebab nilah muka Stella pucat.
Sebenarnya ketika dia dan Luke meredah hutan dia tetiba terjatuh dan satu ranting kayu yang tajam terkena betisnya lalu membelah betis Stella. Stella hanya menahan keperitan itu sehingga dia tiba di rumah.
Dia hanya mencuci lukanya itu. Tanpa meletakkan ubat lalu membalut luka itu dengan secebis kain yang dipotong dari bajunya.
"Kenapa kau tak bagitahu kau cedera?!" Soal Luke cemas apabila melihat darah tak berhenti keluar Dari kesan belahan itu.
"A--aku tak nak korang risau." Jawab Stella sambil menahan keperitan. Dalam kesakitan dia sedaya upaya mahu mengukir senyuman perit kepada Luke.
"Kau ni memang degil lah!" Luke kembali membalut luka di betis Stella itu dengan lembut.
"Kita pergi klinik sekolah." Ujar Luke lalu mengangkat Stella cara bridal Style perlahan². Stella pula memegang bahu Luke supaya dia tidak jatuh.
Luke dengan pantas berlari ke klinik sekolah yang terletak di blok A sekolah mereka. Agak jauh kerana Rumah pelajar berada di belakang blok F.
Sepanjang perjalanan darah Stella tak berhenti keluar Dari luka itu. Stella menyandarkan kepalanya pada Dada Luke Cuba mengawal nafasnya. Baju Luke digenggam erat menahan keperitan yang melanda.
Akhirnya mereka tiba di klinik academy. Mujur Mrs Lycia belum pulang. Bolehlah dia tolong rawat Stella.
"Dia dah ok sekarang. Cuma jangan bagi dia gerakkan kaki kanannya terlalu kerap. Takut jahitannya terbuka." Nasihat Mrs Lycia setelah selesai merawat Stella.
"Thanks Prof." Ujar Luke sambil menunduk hormat. Sekasar dan sedingin mana pun dia terhadap yang lain dia masih hormatkan orang yang lebih tua daripadanya.
"My pleasure." Ujar Mrs Lycia sebelum kembali ke meja kerjanya.
Luke mendekati Stella yang duduk di birai katil klinik sambil memandang kakinya yang berbalut. Ringan sahaja penumbuk Luke naik ke atas kepala Stella.
"Aww! Sakitlah!" Jerit Stella apabila kepalanya diketuk oleh Luke kuat. Dah lah kakinya pun masih sakit. Tambah pula dengan ketukkan di kepalanya.
"Padan muka! Menyusahkan orang lagi kan?! Lain kali kalau cedera bagitahu awal²! Ingat kau tu apa?! Superwoman boleh tahan sakit?!" Balas Luke menahan geram.
Mendengar sahaja kata² Luke terus dia memandang lantai. Dia sedar yang dia dah banyak menyusahkan Luke sejak dia datang ke dunia ni. Sejak Luke kena mengajar dia berlawan, menyelamatkan dia dari diculik oleh bondanya sendiri, dan sekarang tolong bawa dia ke klinik academy.
Keluhan kecil Luke lepaskan. Dia melutut di hadapan Stella sambil belakangnya menghadap Stella.
"Naik." Ujar Luke lembut.
"Tak apa aku boleh jalan sendiri." Ujar Stella. Dia mahu turun dari katil itu tapi Luke pantas menarik tanganya. Tangan Stella dilitkan di leher Luke dan Luke mula mengendong Stella gaya piggyback.
"Woi turunkan aku lah! Aku boleh jalan sendiri!" Marah Stella sambil memukul bahu Luke beberapa kali. Tapi Luke masih dengan keputusannya.
"Tolong..." Perkatan yang keluar Dari mulut Luke membuatkan Stella bethenti memukul bahu Luke.
"Tolong... Jangan buat aku risau lagi." Stella terpaku mendengar ayat Luke.
"Kau tahu tak berapa terkejutnya aku bila kau tetiba jatuh sambil pegang kaki kanan kau?" Stella diam.
"Mahu luruh jantung aku kau tahu tak bila nampak tangan kau penuh dengan darah." Stella hanya diam mendengar kata² yang mahu dikatakan oleh Luke.
"Spontan aku angkat kau pergi klinik academy. Tolonglah! Kalau kau ada masalah atau cedera bagitahu aku cepat²! Jangan buat aku risau!" Stella menunduk memandang baju yang dipakainya.
"Maaf." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Stella buat waktu ini.
"Janji dengn aku kau akan lebih hati² lepas ni." Wajah Stella di sembamkan pada belakang Luke. Perlahan² dia mengangguk. Dalam diam satu senyuman diukir oleh Luke tanpa disedari Stella.
Bersambung...
Here you are new chapter. Amacam?
Arine rasa cerita nk makin bosanlah? What you think?
Dan okay tak tajuk baru tu? Tetiba terkeluar nama tajuk tu kat kepala otak ni.Tata!😘💞
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasy| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...