Stella yang menyarungkan apron biru laut di atas pakaiannya menghidangkan sarapan pagi di atas meja makan. Takkan lah nak pakai cosplay maid pulak kan?
Tak lama kemudian semuanya dah turun. Tetapi pagi ni lain sikit. Selalunya bila diorang turun, macam sarkas dah kat meja makan tu. Tapi bukan hari ni.
Senyap. Sunyi. Kekok. Down. Tu adalah mood diorang dekat sini. Dah masak Mushroom soup kegemaran mereka pun still down lagi.
"Korang ni kenapa? Tak nak makan ke?" Soal Stella lembut. Apron biru lautnya ditanggalkan Dan diletakkan di kerusinya.
Diam~~
"Aku minta maaf kalau apa yang aku buat semalam menyentakkan korang. Tapi aku tak suka keadaan macam ni. Ni bukan keluarga aku."
Baby yang baru bangun tidur diangkat lalu diletakkan di atas paha Stella. Tapi semua masih senyap. Stella mengeluh perlahan.
"A--aku minta maaf." Suara itu menarik perhatian semua orang. Pandangan mereka jatuh pada tubuh Sheran yang menunduk.
"A--aku minta maaf. Lagi² dekat kau Irya, Stella. Aku tak sepatutnya marah korang macam tu. Aku... Aku terlebih beremosi semalam. Sorry." Stella nengukir senyuman nipis.
"Aku pun minta maaf. Betul cakap Sheran. Kalau aku tak jerit semalam, kita dah dapat jumpa King tu." Ujar Irya pula.
Semuanya diam.
"Jadi? Semuanya dah jadi macam biasakan? Aku tak nak sebab hal ni keluarha kita berpecah. So... Group hug?"
Stella melangkah ke tepi meja makan dan mendepakan tangannya meminta pelukkan.
Pantas Irya, Melina, Elly memeluk tubuh Stella. Diikuti Sheran, Tezz, Graze dan Luke. Sempat Luke mengukir senyuman dekat Stella yang memandangnya.
Dah macam seorang ibu dah Stella ni. Pandai je nak jernihkan kembali keadaan yang keruh.
"Dah². Now! Kita sarapan. Malam ni kita ada mission. Ingat tu!"
Mereka semua mengangguk besama senyuman di bibir. Stella dah dapat semula keluarga baru Stella, ibu. Ayah.
∆∆∆∆∆∆∆∆
"Sedia? Kita ikut plan sebelum ni. Okay?" Stella mengingatkan semula Yang lain.
Mereka hanya mengangguk. Tak mahu buat sekarang bunyi.
"Ingat. Jangan cari masalah. Try your best to keep quiet okay?" Stella memberi kata² semangat.
"Let's go!" Sekali lagi, mereka memanjat pagar istana yang tinggi kalah sebuah rumah tu. Nasib baik ada pokok tinggi dekat situ.
Seperti semalam mereka melalui jalan ke arah Timur. Sebaik sahaja ternampak pengawal terus mereka menyorok.
Macam Stella cakap. Try your best to stay quiet. Laluan yang sama. Pintu yang sama. Karpet yang sama.
Memang jalan ke bilik diraja agak jauh. 10 minit jugaklah nak pergi balik dekat bilik diraja tu. Ni pun dah pecut sehabis mungkin.
Semalam cari bilik tu pun dah 1 jam. Nasib hari ni tak kena kejar dengan pengawal lagi.
Akhirnya mereka dah nampak kedudukkan bilik King Edmund. Macam semalam ada 10 orang pengawal diraja depan bilik tu.
Dah tambah bilangan pengawal? Takut ke tuanku? Dari empat ke 10 ni?
Stella memberi isyarat ke arah yang lain. Bersedia untuk serang hendap.
Kiraan dimulakan dengan kiraan jari. Yang lain fokus dengan isyarat jari tu.
1
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasy| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...