Perlahan² mereka menerokai bahagian Timur istana milik King Edmund. Sunyi semacam je?
"Jauh lagi ke Stella? Dah lama dah kita ikut jalan ni." Bisik Tezz di belakang Stella.
"Aku tak tahu. Tapi yang pasti King Edmund pasti ada dekat sini." Bisik Stella kembali.
Tak nak kena tangkap dengan pengawal istana punya pasal. Sebab tu duk berbisik macam pemyamun tu. Stella melihat pintu² bilik di kawasan itu.
Kalau bilik raja mestilah kena ada pengawal and bilik dia mesti kena mewah. Tapi sampai sekarang tak jumpa pun pintu yang mewah! Semuanya pintu biasa² je.
Mask hitam yang terlucut sedikit ke bawah, ditarik ke atas kembali. Sampai nak jatuh dia punya mask hitam.
"Pengawal!!" Pantas Luke menekup mulut Stella dan menariknya ke satu lorong tak jauh dari lorong yang lain bersembunyi.
"Shh!!" Arah Luke apabila tapak kaki pengawal tu semakin lama semakin kuat.
Takut!!! Berdebar!!! Nak luruh jantung!!! Peluh dingin!!! Tercungap²!! Semua ada!!!
Stella yang berada di dalam dakapan Luke mengangkat wajahnya memandang wajah Luke yang tertutup dengan mask hitam yang dipakainya. Hanya kelihatan mata merah saga milik lelaki itu. Entah kenapa dia jadi ralit melihat wajah lelaki itu yang mula dipenuhi dengan manik² peluh.
Tap tap tap
Mereka berlima menghela nafas lega bila pengawal tadi melepasi mereka tanpa menyedari kehadiran mereka berenam.
Nasib tak kena luruh jantung.
"Jom!" Luke memalingkan muka memandang Stella yang berada di dalam dakapannya.
Mata milik mereka berdua bertembung. Masing² asyik memandang mata masing². Mereka mula tenggelam dalam dunia mereka sendiri.
"Ehem! Tengah jalankan misi pun boleh nak bersweet lagi ke?"
Luke dan Stella tersedar apabila suara Sheran mencelah. Pantas mereka berdua malu sendiri.
"Cepatlah! Nanti diorang sedar kita ada dekat sini."
Pantas Luke menarik Stella keluar dari lorong tu dan berjalan laju mencari bilik King Edmund.
Tak ketinggalan yang lain yang mengikuti dari belakang. Disebabkan lantai istana tu ada karpet tebal tak adalah bunyi tapak kaki mereka kuat sangat.
Cari. Terus mencari. Makin lama makin mewah tempat yang mereka lalui. Harap² bilik King Edmund dah tak jauh.
"Situ bilik King!!" Kata Irya yakin. Dah ada 4 orang pengawal dekat situ. Sapa yang perlu 4 orang lelaki gagah berkawal di depan bilik dia? Of courselah King!!
Tapi tanpa Irya sedar, suara dia yang boleh dikatakan nada separuh menjerit tu menarik perhatian keempat² pengawal.
"Kamu!!! Berhenti!!!"
Oh shoot!!!
"Lari!!!" Jerit Luke kuat sebelum kami semua membuka langkah seribu menjauhi pengawal² tu.
Lari punyalah lari sekuat hati. Dashi run run run!! Ok. Stop it.
Sampai kami terserempak dengan sekumpulan lagi pengawal di depan kami.
Terperangkap? Ya!! Ni lah orang cakap keluar dari mulut kucing masuk pulak mulut angsa. Eh?
Perlahan² kami mengundur nak berlalu ikut belakang. Sebaik sahaja kami pusing, 20 orang berada di depan kami.
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasía| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...