"Bangun!!!!!" Satu jeritan yang amat lantang di lepaskan betul² di tepi telinga Stella. Pantas Stella menekup telinganya. Setan mana kacau dia tidur pagi² ni?
"Kau ni kenapa eh setan?! Dari semalam duk cari pasal dengan aku?!!" Bengang Stella. Elok² dia boleh dengar dengan baik tak pasal² jadi pekak.
"Eh aku plak. Aku cuma ikut arahan je. Cepatlah bangun! Dah nak bertolak dah ni." Balas Graze selamba tanpa rasa bersalah.
Tak apa. Ada hari ada batas, ada hari aku balas. Dengan malas Stella bangun dan keluar dari khemahnya. Entah macam mana boleh terlajak tidur.
∆∆∆∆∆∆∆∆
"Lama lagi ke Tina? Dah sakit kaki dah ni." Rungut Sheran.
"Bolehlah. Jauh lah jugak." Balas Tina sebagai penunjuk arah.
"Luke. Kita berhenti dulu boleh? Kitaorang dah tak larat nak jalan dah ni." Pujuk Tezz bila Irya tak habis² merengek.
"Tak boleh!! Kita kena cari Elly sampai jumpa!! Selagi tak jumpa tak boleh berehat!!" Bantah Grase tetiba.
Tanpa sebarang amaran satu tumbukkan elok landing dekat belakang kepala Graze. Selfish sangat.
"Jangan nak pentingkan diri sangat boleh tak?! Semua orang dah penat tu! Kita rehat dulu sekejap." Putus Stella.
Terus semua duduk keletihan. Dah jauh mereka berjalan semata² nak cari si guardian Elly.
Graze mengembungkan pipi lalu duduk bersandarkan pokok hutan sebesar 2 pemeluk itu.Stella faham perasaan Graze. Dia cuma nak jumpa buah hatinya yang dah lama terpisah dengannya. Perlahan² Stella mengambil tempat di sebelah Graze.
"Aku tahu kau tak sabar nk jumpa Elly. Aku faham kau rindukan dia. Tapi kau tak boleh pentingkan diri. Semua orang dah penat sangat takkan lah kita tak rehat lansung." Pujuk Stella lembut.
Tapi Graze masih membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Stella.
"Apa² pun. Aku janji. Hari ni jugak kita akan jumpa Elly, isteri kau. Walau apa pun terjadi, aku akan tunaikan janji aku." Kanji Stella.
Terus Graze memandang Stella dengan wajah berharap. Bolehkah dia percayakan janji Stella?
"Aku cuma takut... Aku takut kalau aku takkan jumpa dengan dia dah. Aku takut aku terlambat. Sekurang²nya aku nak lihat wajah dia..." Balas Graze sayu. Stella tersenyum kelat.
Dia faham perasaan tu. Perasaan bila kau kehilangan seseorang yang kau betul² sayang sepenuh hati. Malah dia juga pernah laluinya.
Bukan seorang. Tetapi kedua² ibu bapanya pergi meninggalkannya. Tapi sekurang²nya, Graze ada harapan untuk ketemu semula dengan insan yang dia sayang. Tak macam Stella. Dia takkan bertemu lagi dengan ibu ayahnya. Sampai bila².
"Kau sabar eh Graze. Aku yakin. Kau akan berjumpa dejgan dia. Dan aku pasti. Sekarang mesti dia tengah tunggu kehadiran kau." Pujuk Stella bersemangat.
Sedikit sebanyak, hilanglah jugak perasaan gusar dalam hati Graze tu.
"Thanks Stella."
"Most welcome." Tanpa mminta diri terlebih dahulu Stella melangkah mendekati Luke yang merehatkan diri di bawah pokok.
"Macam mana? Dah okey?" Soal Luke.
"Dah. Hal kecil je tu. Jangan risau." Balas Stella selamba lalu menyandarkan diri di batang pokok itu. Matanya terpejam rapat.
Dalam diam, Luke meneliti wajah mulus Stella. Rasanya ni first time dia ushar Stella dekat² macam ni.
Mata cantik. Bulu mata yang lentik. Kening yang elok terlukis secara semulajadi. Hidung yang mancung. Bibir yang kelihatan lembab dan merah. Kulit wajah yang bersih dari sekarang jerawat. Perfect. Tak perlu pun pakai mekap tebal 10 inci tu.
"Dah² lah tu ushar anak dara orang. Kang ada jugak yang buat benda tak senonoh dekat sini." Terkejut Luke apabila ditegur oleh Sheran.
Pantas dia menoleh ke arah lain. Stella yang mencelikkan mata clueless tak tahu apa².
Luke menjeling Sheran tajam manakala yang lain hanya tersenyum nakal ke arahnya. Nak kena diorang ni!
"Dah! Enough resting. Sambung balik." Tina bangun dan berjalan mendahului kami. Maklumlah dia tu yang penunjum arah.
∆∆∆∆∆∆∆∆
Matahari dah melabuhkan tirainya. Langit yang membiru bertukar menjadi kuning kemerah²an.
Akhirnya setelah penat meredah hutan kami tiba di sebuah gua di mana Elly berada. Tina awal² lagi dah lesap.
"Akhirnya, kita dah sampai ke penghujung. Semua sedia?" Soal Stella. Yang lain mengangguk bersedia.
Saat yang mereka nanti²kan telah tiba. Elly. Tunggu kitaorang datang!
Ketujuh² kunci yang dikutip mereka disusun dalam satu bulatan. Kunci Darkness diletakkan di tengah² manakala kunci² yang lain mengelilinginya.
Stella melutut betul² dihadapan bulatan kunci² itu. Kedua² belah tapak tangannya ditekap ke atas daun² kering yang berada di atas tanah.
"Me, Stella Zirgan as the heir of Light Power! Collected all the 7 keys! With my order! Combine those 7 keys into one most powerful key! I summon you! Key of the Light!!"
Dengan tetiba, ketujuh² kunci itu bercahaya terang dan cahaya² itu terapung betul² di atas Key of Darkness. Cahaya² itu bergabung dan perlahan² masuk ke dalam Key of Darkness.
Cahaya itu semakin terang dan mula menyilaukan mata. Kami masing² memejamkan mata daripada terus memandang kunci² itu.
Sebaik sahaja kami mencelikan mata, yang tinggal hanya sebentuk kunci perak di atas tanah. Ianya bukan sebarangan kunci. Kunci itu sungguh unik dan cantik hiasannya.
Itulah Key of The Light!
Bersambung...
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasy| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...