(Media di atas ialah Elly.)
Sudah 2 jam mereka berada dalam gua ni. Tapi kelibat Elly ataupun orang lain selain daripada mereka lansung tak kelihatan.
Nak kata kitaorang sesat, memang tak logik. Sebab dalam gua ni tak ada pulak jalan dia bercabang. Dia hala ke satu arah je. Kami pun ikut je lah.
Ke Tina saja nak kenakan kitaorang? Takkanlah. Takkanlah Tina sanggup buat macam tu.
"Tezz. Aku tak larat." Rengek Irya. Kepalanya dilentukkan ke bahu kanan Tezz. Kesian pulak dekat Irya ni.
"Biar aku tolong bawak beg kau Tezz. Irya. Beg kau sekali." Ujar aku lembut.
Terus mereka berdua menghulurkan beg masing² lalu aku galas. Boleh tahan berat. Tapi okey je.
Irya tanpa ragu² naik ke belakang Tezz dan mereka melangkah macam biasa.
"Nak aku tolong ke?" Soal Luke prihatin.
"Tak apa. Tak berat mana pun." Tolak Stella selamba. Mata masih tertumpu ke depan.
Luke yang dengar kata² Stella terus menoleh ke depan. Mereka melangkah macam biasa sehinggalah satu perkara yang membuatkan mereka semua terpaku.
Jalan mati?
"What the... Aku rasa kita kena pranklah dengan si Tina tu!" Tuduh Graze tanpa basa basi.
"Tak! Tina takkan buat macam tu! Dia takkan tipu kita!" Bela Melina. Dia percayakan guardian dia.
Stella menyandarkan diri di dinding gua tu. Takkanlah ni betul² prank?
Stella menilik sekeliling kawasan gua. Mesti ada sesuatu yang kitaorang tak perasan.
Tetiba Stella terpaku. Satu lubang yang membenarkan cahaya samar² menembusinya menarik perhatian Stella.
Stella melangkah ke arah lubang itu lalu lubang itu diperhatinya. Macam ada kunci untuk dibuka.
Kunci?
Mata Stella membulat! Key of The Light Power! Terus dia keluarkan kunci tu lalu dimasukkan ke dalam lubang itu.
Ianya muat!!!
Perlahan² dinding gua itu ditarik ke atas bagaikan tirai langsir. Cahaya yang terang menerang memaksa kami untuk memejamkan mata masing².
Sebaik sahaja kami mencelikkan mata, sesusuk tubuh wanita berambu putih yang terduduk di tengah² ruang itu menyentakkan kami semua. Cantiknya...
Wanita itu turut mengangkat muka memandang kami semua satu persatu. Dan matanya tertancap pada orang di sebelah kiri aku. Graze.
Graze terpaku. Mata mereka berdua bertembung. Lama... Stella dapat lihat mata sang gadis itu mula membina empangan air mata.
Perlahan² Graze mengukir langkah menuju ke arah wanita itu.
Satu langkah...
Dua langkah...
Terus Graze berlari laju ke arah gadis itu dan tubuh gadis itu didakapnya erat. Gadis itu juga masih terpaku.
Dari jauh diorang dapat dengar esakan Graze di bahu gadis itu. Gadis itu tersenyum bahagia.
"Abang... Kenapa nangis? Bukan sepatutnya abang kena gembira ke? Kita dah jumpa balik. Macam mana yang kita janji kan?" Ujar gadis itu dengan air mata yang mengalir di pipinya.
Namun senyuman bahagia itu masih terukir abadi di wajahnya. Kami hanya menanti di belakang. Tak nak kacau pertemuan semula suami isteri ni.
Tetiba mata gadis itu tertancap pada tubuh aku. Satu senyuman manis diukirnya kepada aku.
"Awakkan pewaris saya?" Soal gadis itu. Aku mengangguk lalu mengatur langkah ke arahnya.
Rantai cahaya yang mengunci kaki dan tangannya disentuh. Sebaik sahaja rantai itu terkena kulit Stella, terus rantai itu lesap.
"Saya--"
"Kalau nak cakap apa² di rumah nanti boleh? Kita biar Graze dulu." Gadis itu mengukir senyuman lalu mengangguk perlahan.
Aku memberi isyarat kepada yang lain untuk mendekati aku. Benda ni mesti memenatkan.
Sebaik sahaja mereka mendekati Stella, terus Stella menekapkan tangannya di lantai. Mereka semua tahu apa yang bakal dilakukan oleh Stella.
"Teleport!!"
∆∆∆∆∆∆∆∆
Setelah terjaga dari pengsan terus Stella melangkah turun ke bawah. Sekarang mereka dah berada di rumah mereka.
Rumah mereka di Magical Academy. Dari bawah dia dapat dengar bunyi hingar bingar. Apa yang bising sangat tu?
Sebaik sahaja di tiba di ruang tamu kelihatan yang lain dah ketawa tak ingat dunia. Apa yang lawak sangat tu?
"Amboi. Seronoknya gelak? Apa yang lawak sangat tu?" Soal aku.
Merekaa yang sedar akan kehadiran aku terus memberi aku ruang untuk duduk di atas sofa.
"Si Graze ni. Kesian aku tengok muka dia sembab². First time aku tengok dia nangis sampai macam tu! HAHAHAHA!!!" Ketawa Sheran kuat diikuti yang lain.
Luke hanya tesenyum kecil mendengar kata² Sheran manakala Graze dah mengembungkan pipinya yang dah memerah. Malulah tu. Aku pula menggelengkan kepala. Bilalah nak matang.
"Graze. Isteri kau mana?" Soal aku.
"Elly--"
"Awak dah bangun?" Aku tersentak. Terus aku menoleh ke belakang. Kelihatan Elly yang menyediakan hidangan makan malam. Seorang diri!
Aku menjeling yang lain tajam. Mereka pulak dah kecut perut bila nampak jelingan maut Stella.
"Korang bagi Elly masak makan malam? Sorang²?" Soal aku menahan geram.
"Err... Maaflah Stella. Kau sendiri tahukan kitaorang ni tak reti nak masak sangat. Kitaorang pun tak tahu bila kau nak sedarkan diri. Alang² Elly tahu masak, kitaorang suruhlah dia masak makan malam." Balas Tezz takut.
"Kalau ye pun salah sorang tolonglah! Ni semua nak harapkan orang! Tak tahu malu ke?!" Jerkah aku. Buat malu betullah.
"Alah. Tak apa. Saya tak kisah. Alang² saya ada apa salahnya saya tolong? Jomlah. Makan malam dah siap." Pujuk Elly meredakan keadaan. Aku masih menjeling tajam ke arah mereka berenam.
"Esok korang tahulah apa nasib korang. Cepat makan malam!" Ujarku tegas.
Kalut semua menyerbu meja makan. Takut kena sound sekali lagi lah tu.
Aku turut mengambil tempat di sebelah Luke.
"Erm... Elly kan? Maaflah kalau diorang ni menyusahkan awak masa saya tak sedarkan diri tadi." Pinta Stella lembut.
"Tak apa. Saya tak kisah. Hal kecil je. Erm... Boleh saya tahu nama awak?"
"Stella. Stella Zirgan. Panggil je Stella." Aku mengukir senyuman lembut.
"Stella. Terima kasih eh tolong jagakan si Graze ni. Dia ni degil sikit." Pipi Graze yang duduk di sebelahnya dicubit kuat.
"Auuu!!! Sakitlah Elly!!!" Rengek Graze manja. Mengada².
"Nampaknya lepas ni bilik Tezz tu kena tukar jadi bilik Graze dan Elly lah ye? Takut² nanti ada juga adegan tak sepatutnya terjadi di tempat umum." Usik Irya.
Muka Elly terus membahang malu. Graze pula buat selamba je macam dia tak dengar apa². Aku pulak menggelengkan kepala. Nampaknya makin meriahlah rumah ni.
Bersambung...
This book always reaching it's climax. Hope you guys can wait for the ending.
Tata😘💞💕
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasía| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...