part 79

2.5K 217 54
                                    

Pintu bilik Stella diketuk berkali². Stella yang dibuai mimpi terjaga dari lenanya.

Siapa yang kacau aku tidur pulak ni? Aku baru je nak lelapkan mata. Tahu tak penat?
P.E.N.A.T!! PENAT!!!

Dengan malasnya dia melangkah menghampiri pintu biliknya. Sebaik sahaja dia bukak pintu bilik, terus ada mak cik mana membebel pulak.

"Yahh!!! Stella!!! Kau baru bangun tidur ke?! Ya tuhan!! Dah pukul berapa dah ni!!! Pukul 10 pagi dah ni!!!"

Itulah bebelan dari mak cik yang tak sedar diri. Pagi² dah kena dengar tazkirah free. Dia mengantuklah!!!

"Kau nak berpidato dekat sini nanti² eh Lia. Aku nak membongkang kejap."

Dengan selambanya dia melangkah kembali ke katilnya. Tubuh di rebahkan di atas katil. Bantal peluk busuk dia dipeluk erat. Ya tuhan. Anak siapalah dia ni.

"Yahh!!! Stella bangunlah!! Sampai bila kau nak tidur ni bangunlah!!!" Tubuh Stella ditarik supaya bangun. Tapi macam tak berhasil je.

"Ishhh!!! Aku ngantuklah Lia. Aku tidur lewat semata² nak siapkan majlis kahwin kau tahu tak? Aku nak tidurlah!!!" Terus Stella menyelubung dirinya dalam selimut. Macam burito dah.

"Ahh!! Aku tak kisah. Kau tidur awal ke, lambat ke, kau kena teman aku sekarang ni. Benda mustahak ni!!!" Selimut ditarik sekuat hati. Liatnya minah ni nak bangun tidur!!!

"Ishh!! Benda apa yang mustahak sangat tu?!" Terus Stella bangun dari baring dia. Dia duduk atas katil tu. Dengan rambut serabai. Mata panda dia tu makin lama makin teruk nampaknya.

"Wedding dress aku. Aku nak kena fitting hari ni sebelum esok. Jomlah teman aku!!!" Ditarik Stella turun dati katil. Tapi lansung tak bergerak!! Gam gajah jenama apa dia guna ni?!

"Ajaklah bakal suami kau tu. Nak ajak aku kenapa pulak? Bukannya aku nak kahwin dengan kau." Ujar Stella selamba. Lia dia jeling meluat. Kawan kawan jugak. Tidur lagi penting tahu!!

"Mana boleh. Tak supriselah nanti. Cepatlah bersiap!!! Cepat!!!" Tubuh Stella ditolak sekuat hati ke bilik air. Macam manalah nak jadi ibu orang nanti? Diri sendiri pun liat nak mati.

"Cepat mandi tu!! Aku tunggu dekat bawah!!!" Jerit Lia dari luar bilik mandi.

"Aku tahulah!!"

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Ni gaunnya tuan puteri. Tuan puteri boleh cuba gaun ni dekat fitting room ye?" Ujar pekerja butik itu sambil menyerahkan sehelai gaun berwarna putih.

"Terima kasih." Terus Lia mengambil gaun tu dan melangkah ke fitting room bersama Stella di tepinya.

"Tak sangkalah Stella. Esok aku dah nak kahwin dengan Luke. Berdebar² pulak rasa." Ujar Lia teruja.

Stella hanya mampu tersenyum kelat. Entahlah. Dia tak tahu dia patut rasa gembira ke sedih. Bercampur aduk.

"Aku try jap eh gaun ni. Kau tunggu tau!" Stella hanya memandang Lia dengan ketawa kecil.

Gila dia nak tinggalkan Lia sesorang dekat sini. Tak pasal² kena hukum mati pulak.

Esok Lia dah nak kahwin. Dengan Luke. Lelaki yang dah ambil hati aku.

Lagi teruk bila aku kena jadi bridesmaid waktu majlis tu berlansung. Dia sepatutnya tolak awal² lagi.

Boleh ke dia terus berada dalam majlis tu nanti. Kuat ke dia nak tahan air mata ni dari terus mengalir? Kuat ke dia nak tengok lelaki pujaan hati dia kahwin dengan kawan dia sendiri? Kuat kah dia?

"Stella? Kenapa ni?" Teguran Lia yang baru keluar dari fitting room mengejutkan Stella.

"Kau nangis ke?" Soal Lia cemas. Terus Stella mengusap pipinya. Basah. Kenapa dia tak perasan yang empangan air matanya dah pecah?

"Kenapa ni? Kau ada apa² nak bagitahu aku ke?" Tempat di sebelah Stella diambil Lia.

Cepat² Stella mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Dia tak boleh tunjuk perasaan dia yang sebenar dekat Lia.

"Tak ada apalah. Aku just tak percaya kedua² kawan baik aku dah nak kahwin. Lepas ni aku dah jaranglah dapat lepak dengan kau. Mesti kau nak berkepit dengan sang suami je kan?" Usik Stella mahu menyembunyikan kesedihannya.

"BTW. Betul ke kau ni triel? Bukan bidadari? Sebab kau nampak cantik sangat sekarang ni kau tahu tak?!"

Terus Lia bangun dari duduknya. Dipusing² depan Stella. Macam model dah Stella tengok. Kan bagus kalau aku yang pakai gaun tu. Hmm...

"Ye ke? Agaknya Luke suka tak aku pakai macam ni?" Soal Lia malu².

"Gila kau tak suka? Aku rasa mata dia terbeliak tengok kau pakai dress ni." Mereka berdua ketawa kecil.

"Aku haraplah. Aku salin kejap eh." Lia kembali masuk dalam fitting room.

Kan bagus kalau aku yang ada kat tempat Lia. Kan bagus. Kalau esok hari perkahwinan aku dengan Luke. Dan lagi bagus kalau Luke tak pernah wujud dalam hidup aku.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Stella duduk di bangku kayu yang terletak di taman istana. Langit gelap ditatapnya kosong.

Mata dia tak mahu terlelap walaupun jam dah mencecah angka 2 pagi. Diri dia rasa tak selesa tetiba. Jadi dia buat keputusan untuk duduk dekat taman istana.

Ayah. Ibu. Kenapa Stella rasa sakit sangat? Kenapa Stella rasa sakit sangat bila teringat yang esok hari bahagia Luke dengan Lia?

Ibu, ayah. Bagi Stella kekuatan untuk tempuhi hari esok. Stella dah buat keputusan. Dan Stella harap ni keputusan yang sebenar.

Air mata yang ditahan buat beberapa hari akhitnya mengalir juga. Dia hanya biarkan air mata itu mengalir di pipinya.

"Stella..."

Graze dan Elly yang berada di dalam tubuh Stella sedikit sebanyak dapat merasakan kesedihan Stella.

Dia nak lepaskan segala²nya malam ni. Dia nak jadi seorang gadis yang kuat esok. Dia tak nak menitiskan air mata esok hari. Biar dia lepaskan semuanya hari ni.

Luke. Kenapa kau kena muncul dalam hidup aku? Kenapa kau orang yang dapat curi hati aku bukan orang lain? Kau tahu tak betapa deritanya aku bila dapat tahu kau dah bertunang dan akan berkahwin?

Kenapa kau tak bagitahu awal² yang kau bertunang? Kenapa kau seolah² bagi peluang dekat aku yang aku masih ada harapan untuk bertahta di hati kau? Kenapa?

"Stella..."

Bersambung...

Malam nanti last chapter ye iaitu chapter 80. Jadi kalau nak tahu apa yang terjadi... Kenalah tunggu!!

Tata!!😘💞💕

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now