part 4

4.3K 344 101
                                    

"Berhenti!!!!!!"

Jeritan Sheran membuatkan dua orang itu terdiam dan terpaku bagaikan patung cendana.

"Korang ni kalau x bergaduh sehari memang tak sah! Cuba hormat orang sekeliling! Boyfriend girlfriend sama ja! Kita ada tetamu jadi kelakuan tu elok sikit."

Kedua² orang itu menunduk memandang lantai apabila dimarahi oleh Sheran. Tahu pun nk diam.

"Stella. Masuklah. Buat macam Rumah sendiri." Kata Sheran sambil memperlawa Stella masuk ke dalam Rumah banglo 2 tingkat itu.

Sofa di ruang tamu menjadi tempat Stella dan yang lain merehatkan kaki. Si rambut koko dan ungu itu juga turut duduk di atas sofa sambil tangan mereka bertaut.

Aik? Tadi bergaduh? Lepas tu pegang tangan pulak? Pelik². Stella hanya mampu mengucapnya di dalam hati. Jika dia meluahkan kata² itu pasti akan dianggap kurang ajar.

"Ok. Stella ni lah rumah kami. Semuanya ada 5 orang dan campur kau cukuplah 6 orang."

Terang Sheran. Stella pulak duk kekok berada di aitu.

"Hai. Nama saya Stella Zirgan. Saya pelajar Baru Magical Academy. Sila beri tunjuk ajar."

Stella bangun dan menunduk sedikit ke arah mereka tanda hormat. Dia x nak dilabel sebagai 'budak x ada adab'

"Hai! Nama saya Irya! Irya Jaeger! Ni pulak kekasih saya Tezz Eralden. Jangan rampas kekasih saya ya! Selamat berkenalan!"

Ujar gadis berambut ungu itu. X apalah. Aku x berminat dengan kekasih kau. Mahu terasing kulit aku dengan isi nanti kau buat.

"Nama saya Melina Ejnor. Panggil Melina ja. Gembira berjumpa awak."

Alahai~ manisnya si Melina ni. Macam namanya jugak.

"Yang rambut merah tu Luke. Luke Barlord. Dia memang macam tu... Dingin."

Luke yang berada di sebelah Stella hanya membisu seperti biasa.

"Ahh! Dah lewat! Kita kena tidur kalau x esok terlewat ke academy! Stella. Mari saya tunjukkan bilik awak."

Stella mengangguk dan membontoti Melina yang ingin menunjukkan kamarnya. Semua bilik tidur terletak di tingkat dua kecuali bilik tetamu.

"Nah. Ni bilik awak. Sebelah kiri bilik saya dan sebelah kanan bilik Luke. Sebelah hilik saya pula bilik Irya dan sebelah bilik Irya bilik Tezz. Sebelah bilik Luke pulak bilik Sheran.Semua keperluan dah ada dalam bilik awak. Termasuk bilik air. Kalau ada apa² panggil ja saya. Hwaa~ saya tidur dulu ya? Dah tengah malam ni."

Stella sekadar mengangguk. Baginya Semarang masih awal kerana selalunya dia akan duduk di taman sehingga pukul 3 pagi.

"Terima kasih ya~ Good night."

"Night."

Dan Melina menjejakkan kaki ke biliknya. Stella juga turut masuk ke dalam biliknya yang membuatkan mulutnya ternganga luas. Besar, cantik dan mewah! Itu sudah cukup untuk menggambarkan suasana dalam biliknya.

Kakinya melangkah ke katil single yang terletak di tengah² bilik. Sebaik sahaja dia menghenyakkan punggungnya di atas katil dia terpaku. Empuknya!!!!! Sekarang dia dah x rasa nk pulang ke bumi.

Buat beberapa ketika dia terloncat² di atas katilnya yang empuk itu sehingga dia kepdnatan. Terus dia terbaring di atas katil itu. X berapa lama kemudian dia sudah pun terlelap.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Perlahan² Stella mencelikkan matanya Dari terus menjadi kilang tahi mata. Dia bangun dari baring dan matanya tertancap pada jam dinding biliknya.

5:30 pagi? Hwaa~ itu memang waktu kebiasaannya untuk dia bangun. Stella mengambil keputusan untuk menyediakan sarapan untuk yang lain.

Stella bangun Dari katil dan menuju ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi.

Dia terus menuju ke dapur dan menyiapkan sarapan untuk yang lain.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Luke dan Sheran turun Dari bilik mereka dengan lengkap berpakaian academy. Hidung mereka dapat menangkap bau yang enak menusuk hiding mereka.

"Aik? Siapa yang masak pulak ni? Melina ka?"

Soal Sheran kehairanan. Selalunya pagi² diorang akan makan dekat cafeteria. Perlahan² mereka melangkah ke arah dapur. Setiba saja di dapur kelibat seseorang sedang menghidangkan sesuatu di atas meja makan kelihatan.

"Stella?"

Gadis itu mengangkat wajahnya Dari memandang meja makan. Terkejut dia melihat 2 orang jejaka memandangnya.

"Oh! Sheran! Luke. Duduklah." Pelawa Stella sambil menuang air koko panas ke dalam cawan.

Perlahan² Luke dan Sheran mengambil tempat. Kecur liur mereka melihat sarapan yang dihidangkan di atas meja.

"Wau. Banyaknya. Awak buat semua ni ke Stella?"

Stella mengangguk dengan senyuman di bibirnya. Apron yang dipakainya ditanggalkan.

"Haah. Saya bangun awal tadi. Makanlah. Maaf kalau x sedap."

Sheran menyuap sarapan di depannya ke dalam mulitnya.
Terus bersinar² matanya.

"Wau! Sedapnya!"

Terus Sheran kembali menyuap sarapan ke mulutnya. Laju. Aku doakan dia tersedak sebentar lagi.

"Kau ada letak apa² ka dalam ni?"

Soalan Luke membuatkan Sheran tersedak. Hahaha rasakan! Terus air suam digapainya dan diteguk laju.

"Ada! Aku letak racun dalam sarapan kau! Orang punya baik hati masak sarapan kat dia tuduh orang pulak. Dah lah aku nk bersiap!"

Stella bangun Dari duduknya. Sewaktu dia lalu di belakang Luke dia terdengar satu sindiran.

"Patutlah bau busuk. Ada kambing lalu."

Terus memerah muka Stella menahan amarah! Mahu sahaja dia pijak² kepala Luke tu!

"Aku x busuk pun lah!"

Terus Stella berlari naik ke biliknya.

"Stella! Tolong kejutkan Irya dulu!"

"Baik!"

Jeritan Sheran mendapat sahutan. Tak lama kemudian Melina Turun Dari biliknya dengan tubuh yang tersarung kemas pakaian academy.

"Wau! Banyaknya sarapan! Sapa masak ni?"

Melina mengambil tempat berhadapan dengan Sheran.
Dia juga turut kecur liur melihat santapan di depan matanya.

"Stella yang masak." Balas Sheran dengan mulut yang x henti² mengunyah.

"Ohh... Mana dia?" Soap Melina sambil menghirup koko panas kegemarannya.

"Aku suruh dia gerakkan Irya." Jawab Sheran selamba.

Niat Melina untuk menelan air koko yang dah selamat masuk kedalam mulutnya terbatal. Malah ianya tersembur keluar dan hampir mengenai Sheran.

"Yah! Kau nak kotorkan baju aku ke hah?!" Marah Sheran.

"Memang! Woi bengap! Kau lupa ke padal 'Irya dengan Tezz'?!" Sheran yang blur itu Cuba nak tangkap kata² Melina. Tak lama selepas itu dia kelihatan cemas.

"Alamak! Macam Mana aku boleh lupa pasal benda tu?! Sekarang macam Mana?"

"Dah terlambat." Ujar Luke yang dah bersiap sedia dengan tangan Yang menekup kedua² belah telinganya.

Melina dan Sheran juga melakukan perkara yang sama. Redha dengan apa yang akan berlaku.

1...

2...

3...

"ARRRRGGGGGHHHHHH!!!!!"

Bersambung...

Maaf kalau bosan. Tak dak mood sekarang ni.

Tata😘💞

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now