BOOOMMM!!!
Gelanggang itu mula dicemari dengan debu² yang bertebangan akibat letupan itu. Para penonton masing² terkaku di situ.
Para pengawal juga mula naik ke gelanggang untuk memastikan apa yang berlaku sebenarnya di atas sana. Stella pula selamat berada dalam dakapan Luke.
"Kau ok?" Soal Luke sambil memegang kedua² belah pipi gebu Stella. Stella sekadar mengangguk. Nampak sangat risau tentang gadis tu.
"Kamu berdua ok?!" Soal pengawal yang menerpa. Diikuti dengan 4 orang lagi rakan mereka. Luke dan Stella masing² mengangguk serentak.
"Tak sangka. Ada juga yang mampu elak serangan aku." Kata seseorang. Luke dah memandang tajam ke arah suara itu. Dia melepaskan Stella dan berdiri gagah berhadapan dengan orang itu yang masih berada dalam debu² yang berterbangan.
Sebaik sahaja debu² itu hilang. Semua di situ melopong kecuali Stella yang tak tahu apa² dan Luke yang dari awal boleh mengesan aura si 'dia'.
"Nampaknya kita bertemu lagi, Luke Barlord."
"Apa kau nk? Kita dah tak ada apa² hubungan sejak 5 tahun lalu." Ujar Luke dingin. Tetapi ada juga terselit nada marah pada kata²nya.
"Apa aku nk? Aku nk hapuskan perempuan tu." Ujar si 'dia'. Jari telunjuknya diarahkan ke arah Stella yang masih terduduk lemah di atas lantai.
"Langkah mayat aku dulu, Andriana Rellsten." Luke menapak ke hadapan Stella.
"Hmm. Baiklah kalau macam tu." Andriana memusingkan badannya ke belakang secara tetiba. Tangannya dihalakan ke depan. Dan dalam sekelip mata semua pengawal yang cuba menangkapnya menjadi beku dari kaki hingga ke leher. Hanya kepala sahaja yang bebas.
"Jangan masuk campur." Andriana terlebih dahulu memberi amaran kepada pengawal² itu. Kemudian dia beralih ke arah Luke. Dengan senyuman. Macam ada split identiti pulak😅
"So. Prince Luke of Ariendell. Can we start now?" Ujar Andriana dengan senyuman. Tangannya mula bermain dengan ais yang diciptanya.
"Stella." Panggilan Luke membuatkan Stella yang ralit memandang Andriana beralih ke arahnya.
"Kau pergi lari cepat. Dia terlalu kuat untuk kau." Arah Luke tanpa memandangnya. Sheran, Tezz, Melina dan Irya juga mula melangkah ke depan Stella untuk membantu Luke.
Andriana mula mengeluarkan aura membunuh yang kuat. Mereka berlima bersedia dengan senjata masing². Apa² pun. Mereka perlu selamatkan Stella dulu.
"T--tapi... Korang--"
"Cepat Stella!!" Jeritan Sheran menyentakkan Stella. Pantas dia bangun dan ingin beredar dari gelanggang. Tetapi belum sempat dia mahu turun dari gelanggang Andriana dah dapat melihatnya yang ingin melarikan diri.
"Not so fast girl." Tangan Andriana dihalakan kedepan. Seperti pengawal² yang lain, Stella juga membeku dari kaki hingga ke leher.
"Stella!!!" Jerit Luke. Belum sempat Luke ingin melangkah satu ceracak ais membelah tangan kirinya. Darah mula keluar dengan banyak.
"Aku ok! Kalahkan dia!!" Jerit Stella. Walaupun sebenarnya dia tak ok. Kakinya mula terasa kebas. Begitu juga tangannya. Tapi dia tak mahu yang lain hilang fokus kerana dia.
"Sial kau Andriana!!!" Luke mula berlari ke arah Andriana dan membaling cakera berapinya secara bertubi². Tetapi dengan mudahnya Andriana berjaya mengelak kesemua cakera itu.
"Itu saja ke Luke Barlord? Hahaha. Mengecewakan." Andriana menghasilkan meriam ais lalu dihalakan ke arah Luke.
"Here you go." Ujar Andrianan dengan senyuman sinis. Yang lain hanya berada di depan Stella. Stella pula dah rasa nk menangis melihat rakannya bertaruh nyawa kerananya.
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasía| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...