part 24

3.5K 323 113
                                    

Setelah selesai perlawanan untuk hari kelima, peserta pertandingan dibenarkan pulang ke bilik masing².

Ada yang bersembang, ada yang berlatih, yang dah terlelap pun ada! Contohnya Irya dengan Tezz. Dah lah tido sekatil. Berpelukkan pulak tu! Tak tahu malu sungguh!

Stella hanya duduk di atas katilnya kaku. Otaknya buntu memikirkan tentang apa yang berlaku sewaktu perlawanannya tadi. Macam nk pecah kepalanya!

"Stella! Kau tak nak makan malam ke?" Tegur Melina yang berada di pintu bilik dengan yang lain. Entah bila diorang bangun pun tak tahulah. Mengelamun lagi Stella.

"Ah! Jap." Stella menyimpan pedangnya di tepi katil lalu bersama² melangkah ke ruang makan yang disediakan.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Bulan pada malam itu memang cantik. Bercahaya terang menyinari langit malam.  Dihiasi pula dengan bintang² yang pelbagai saiz mengelilinginya.

Kebanyakkan penduduk di situ sudah dibuai mimpi di atas katil. Tapi bukan Stella. Dia hanya menatap langit gelap dengan pelbagai persoalan di kotak fikirannya.

Tengah dia menatap langit malam itu, dia tidak sedar pelajar top 1 academynya sudah terjaga. Perlahan² Luke memerhati rakan²nya yang sedang lena tidur. Ada Yang jatuh katil, ada yang dah meleleh air liur basi. Tapi dia hiraukan saja.

Tetapi matanya terpaku kepada katil Stella di depannya yang kosong. Niatnya untuk sambung tidur terus terbantut. Terus dia duduk dari baring lalu memandang sekeliling bilik mencari gadis itu. Dan matanya tertancap pada jendela bilik dimana Stella berada.

Terus dia turun dari katil dan mendekati gadis itu secara diam².

"Tak tido ke?" Tegur Luke dengan nada mamainya. Matanya pulak digosok beberapa kali menghilangkan rasa mengantuknya.

"Arghh!!!" Terkejut Stella tetiba ada yang menegur. Dadanya diusap perlahan.

"Kau ni... Terkejut aku. Ingatkan jembalang mana yang tegur." Matanya dialihkan ke langit semula.

"Kau nk ke jembalang tegur kau?" Balas Luke sambil juga menatap langit di sebelah Stella.

A/n: Aww~ so sweet!!!😆

Stella hanya diam tidak membalas. Matanya setia menatap bulan penuh yang bercahaya lembut itu.

"Kenapa kau tak tido?" Soal Luke sekali lagi bagi menghilangkan keheningan.

"Tak ngantuk." Jawab Stella ringkas.

"Kau fikirkan sesuatu?" Tebak Luke. Bang!!Dan tepat pada sasaran. Sejak bila Luke ni reti menembak? Stella yang mendengar hanya menunduk.

"Kau fikir apa?" Soal Luke sekali lagi. Stella hanya menggeleng menafikannya. Kau memang tak reti menipulah Stella.

"Apa pun yang kau fikirkan, ingat. Kami semua selalu ada dengan kau." Kepala Stella diusap lembut.

"Tapi sampai bila?" Baru sekarang Stella memberanikan diri membuka suaranya.

"Sampai bila korang akan ada dengan aku?" Sambung Stella. Luke yang mendengar tersentak.

"Bila korang dah tamat academy, mesti korang buat kerja masing²kan? Bila korang nk ada dengan aku?"

Kali ini kata² Stella betul² menyentakkan Luke. Tak pernah terlintas di kepala otaknya itu tentang persoalan Stella.

"Kadang² aku tertanya² jugak. Patut tak aku pulang ke bumi? Sebab aku tahu. Aku tak kuat untuk tinggal disina. Banyak lagi bahaya yang ada di luar sana."

Luke masih terdiam sedikit sebanyak betul juga apa kata Stella. Dia tak mempunyai kuasa. Dan dia bukan berasal dari sini. Wajarlah jika Stella ingin pulang ke dunianya.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now