Part 76

2.6K 197 139
                                    

[SPOILER ALERT!! SIAPA YANG TAK NAK FRUST MENONGENG JANGAN BACA!]

•°•°•

Kami semua mengeluarkan beg pakaian masing² dari bonet kereta. Well. Zaman dah maju bila Bumi dah dicantumkan dengan Hrasia World.

Terbentang luas sebuah istana di depan mata mereka. Istana siapa lagi? Istana Luke lah. Diorangkan nak realese tension dekat istana Luke.

Dua orang pengawal mendekati mereka semua. Dengan hormatnya mereka menunduk di hadapan Luke dan yang lain.

"Tuanku. Izinkan patik berdua mengangkat semua barang ni." Pinta pengawal tu sopan.

Luke hanya mengangguk lalu membiarkan 2 orang pengawal tu mengangkat barang mereka semua.

"Bawak masuk ke bilik aku dengan bilik tetamu." Arah Luke.

"Mengikut perintah tuanku." 2 pengawal tu membawa kesemua beg pakaian menuju ke dalam istana.

Nasib baik mereka bawak sikit je. Bukan nak duduk lama pun. Kan?

"Thanks." Ujar Stella apabila salah seorang pengawal tu mengambil beg pakaiannya.

"My pleasure, my lady." Pengawal tu melangkah masuk ke dalam istana bersama beg² pakaian mereka.

"Jom. Kita jumpa bonda dulu." Mereka semua mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam istana.

Belum sempat mereka nak ke ruang singgahsana istana untuk berjumpa Queen Hreya, mereka terlebih dahulu terserempak dengan wanita separuh abad itu di taman istana.

"Bonda." Terkejut Queen Hreya melihat anak sulungnya itu membuat lawatan mengejut ke istana bersama rakan² anaknya yang lain. Tak bagitahu pulak tu!!

"Luke? Ya tuhan! Kenapa datang tak bagitahu?" Tubuh anak sulungnya itu dipeluk erat. Rasa lama tak jumpa. Padahal baru 2 bulan lepas jumpa.

"Diorang ni, teringin sangat nak jumpa bonda. Katanya rindu." Sempat lagi dia jeling kawan² dia yang lain.

Mereka semua hanya tersengih tak bersalah. Punya muka tak tau malu😂😂😂

"Sheran! Melina! Irya! Tezz! Stella! Lama bonda tak jumpa kamu." Tubuh sorang² dipeluknya mesra.

"Maaflah bonda. Busy sikit." Balas Stella ramah. Dicium pipi wanita tua itu berkali². Sudah dia anggap wanita itu sebagai bondanya sendiri.

"Iya lah kan. Penyelamat dunia. Eh? 2 orang ni siapa pulak? Kawan baru ke?" Soal bonda sebaik sahaja nampak Elly dan Graze.

Elly dan Graze masing² menunduk hormat. Menghadap Queen kenalah hormat. Mau kena pancung nanti.

"Mereka berdua ni guardian Stella bonda. Yang lelaki tak berapa hensem tu Graze. Perempuan jelita tu pulak Elly. Diorang ni dah berkahwin." Sampuk Sheran.

Dengan tak tahu malunya dia pi kutuk Graze tu. Graze mampu jeling je. Permaisuri kat depan tu. Kalau permaisuri tak ada dah lama dia hempuk Sheran tu bagi lunyai.

"Ohh. Gembira jumpa kamu berdua. Kamu panggil je bonda. Tak payah nak bertuanku bagai okey?" Elly dan Graze tersenyum manis ke arah Queen.

"Baik bonda." Ujar Elly lemah lembut. Penuh sopan santun. Penuh kesopanan dan kesusilaan.

"Bonda!!!" Terus semua menoleh. Kelihatan Qreya berlari tak cukup tanah menghampiri bonda. Buat marathon ke?

"Diorang dah sampai bonda."

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now