part 32

3.4K 281 64
                                    

"Gotcha!"

Ujar Stella sambil tersenyum sinis. Lelaki yang secara ajaibnya keluar dari almari tu hanya menayangkan muka masam. Manakala yang lain terus meluru ke arah Stella.

"Kau ni, aku baru nk buat suspen. Kau ni kacau line lah!"

Marah jejaka tu sambil membersihkan bajunya yang dipenuhi dengan habuk. Yang lain dah menghalakan senjata masing² ke arah lelaki itu.

"Tak apa, aku kenal beruk ni." Ujar Stella selamba lalu kembali duduk di atas katil.

"Se'handsome²' aku ni kau panggil beruk? Kau ni buta agaknya." Jawab lelaki itu sambil menunding ke arah mukanya.

"Dah memang sesuai dengan kau pun, perangai mengalahkan ejoy. Kau buat apa kat sini, Graze? Bukan kau suruh aku cari kau. Aku ingat aku kena redah lautan berapi semua tu. Padahal... Pft!! Dalam almari kau suruh aku cari?!" Terhambur keluar ketawa Stella. Apalah bangang sangat si Graze ni.

"Kalau ikutkan aku nk duduk dalam gunung berapi biar kau ambil masa bertahun nk cari aku. Tapi nk buat macam mana? Aku dah terikat dengan kau sejak seminggu lalu. Aku tak boleh jauh² dengan kau." Jawab Graze sambil merampas kerusi yang entah dari mana datang.

"Jap²!! Apa yang berlaku ni? Boleh sesapa terangkan tak?" Celah Irya tetiba setelah melihat perbualan Stella dan Graze yang macam dah lama berkenalan.

"Ops! Sorry. Beruk ni nama dia Graze. Aku pun tak tahu sebenarnya dia siapa. Tapi dia kata dia dah kenal aku sejak aku lahir. Sebarang pertanyaan boleh ditanya kepada tuan badan sendiri."

Ujar Stella selamba sambil menunjuk ke arah beruk yang dimaksudnya. Graze menghadiahkan jelingan tajam menikam kat Stella. Tapi Stella buat tak tahu je.

"Dan kau biarkan orang yang kau tak kenal masuk bilik kau?" Soal Sheran terkedu.

"Well, sekurang²nya aku kenal nama dia. Kenapa?" Soal Stella blur. Yang lain semua ternganga kecuali Luke dan Graze.

"Tak pa, kalau macam tu biar aku kenalkan diri aku." Kini Graze mula menjadi perhatian mereka semua.

"Macam korang tahu, nama aku Graze. Dan betul apa yang perempuan ni cakap tadi, aku memang kenal dia sejak lahir sebab aku sebahagian dari dia. Atau lebih tepat, Guardian Stella." Mereka semua mengerutkan dahi.

"Kau mengarut apa ni? Stella ni manusia! Bukan Triel macam kitaorang!" Marah Luke setelah nama membisukan diri.

"Yang tu, aku tak boleh nk bagitahu, korang kena cari jawapan dia sendiri. Dan, kenapa korang yakin sangat Stella ni manusia?" Jawab Graze dengan senyuman sinis.

"Sebab darah dia warna merah pekat, bukan biru gelap macam kitaorang. Dan setahu kitaorang yang ada darah merah hanya Medusa dan manusia." Melina mula mengimbas kembali apa yang di pelajarinya.

"Haih~ aku tak tahulah! Yang penting aku ni betul² Guardian Stella. Ikut koranglah nk percaya atau tak." Graze menyilangkan tangannya di dadanya. Mukanya pula mula memaparkan riak bosan.

Mereka berenam memandang sesama sendiri sebelum mengangkat bahu. Entahlah nk percaya ke tak.

"Okey... Jadi... Stella ada kuasa apa?" Soal Irya menghilangkan keadaan hening. Graze yang baru teringat berdehem seketika.

"Aku tak tahu korang nk percaya aku atau tak, tapi sumpah aku jujur sekarang ni." Ujar Graze bagi meraih kepercayaan mereka di situ.

"Kuasa Stella... Ialah Darkness." Semua di situ terpaku dengan kata² Graze. Kecuali Stella yang hairan kenapa tetiba rakan²nya terkejut sangat.

"You gotta be kidding me! Darkness?! Kuasa ketiga terkuat di Hrasia World?! Kuasa lagenda tu?!" Jerit Tezz tidak percaya dengan kata² Graze. Graze hanya mengangguk dengan memaparkan muka riak.

"Macam mana Stella boleh ada kuasa tu?! What the Hell!" Kini Sheran pula yang melolong.

"Itu korang kena cari sendiri. Aku tak boleh bagitahu korang. Kalau aku bagitahu korang maknanya hidup aku akan berakhir di sini."

"Kisah pula kitaorang kalau--"

"Hidup Stella pun." Irya yang baru nk bersuara terdiam mendengar sambungan ayat Graze. Stella pula dah pucat lesu.

"K--kenapa aku juga yang kena?" Soal Stella tergagap². Tangannya pun dah mula rasa sejuk.

"Nk buat macam mana? Dah tu memang syaratnya. Dah aku nk tidur!" Graze bangun dari duduknya dan mula mengeliat kecil.

"Kau nk tidur dekat mana?" Soal Luke.

"Dengan Stella lah. Aku dengan dia kan tak boleh berjauhan?" Jawab Graze selamba. Muka Stella pula dah mula merona.

"Maaf! Rumah kami dah penuh!" Jawab Melina selamba.

"Jangan risau, aku tak guna banyak ruang pun. Jap." Satu cahaya yang terang mula keluar dari badan Graze. Mereka semua melindungi mata masing² dari cahaya tu. Tak pasal² nanti buta pulak.

Sebaik sahaja cahaya itu kian pudar mereka perlahan² membuka mata mereka. Kini tubuh Graze hilang dari pandangan. Yang tinggal hanya seekor kucing berbulu hitam.

"Jom!"

Bersambung...

Kepada yang nak tahu Guardian tu apa, ianya lebih kurang macam punca kuasalah.

Bila triel itu ada guardian, dia akan jadi lebih kuat dan dia boleh seru guardian tu bila² masa.

Siapa yang baca buku Annabella Valient, ianya lebih kurang macam ancient beast.

Tu je! Next update on Saturday okay.

Tata!!😘💕💞

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now