Stella dan Luke menunduk ke arah bonda apabila sudah tiba masanya mereka untuk pulang ke academy.
"Balik² lah selalu anakanda. Sunyi bonda dengan adinda kamu ni ja yang ada." Ujar bonda ketika dia memeluk anakanda sulungnya.
"Ya lah bonda. Kalau ada masa Luke datang melawat." Balas Luke.
Pelukkan dileraikan oleh bonda. Kini dia beralih ke arah Stella yanh berada di sebelah Luke. Baru sahaja Stella nk menunduk tubuhnya diraih terlebih dahulu ke dakapan bonda.
Entah kenapa... Tetiba Stella terkenangkan ibunya. Hatinya mula berasa sebak. Dia rindukan dakapan dari seorang insan yang bergelar ibu.
"Stella pun. Ada masa datanglah lawat bonda ya? Istana ni sentiasa terbuka buat kamu." Ujar bonda sambil mengusap belakang Stella. Buat seketika air mata Stella mengalir.
"Baik... Bonda." Balas Stella dengan nada tersedu sedan.
"Jaga Luke untuk bonda ya? Kalau dia ada buat apa² kat Stella bagitahu ja bonda. Tahulah bonda apa nak buat." Pelukkan dileraikan. Senyuman manis Stella ukirkan kepada bonda.
"Baik bonda. Terima kasih. Sebab benarkan Stella menginap di sini semalam dua." Badan Stella ditundukkam sedikit.
"Tak perlu berterima kasih. Sepatutnya bonda yang berterima kasih pada kamu. Kalau kamu tak ada, entah bila lah Ariendell Kingdom akan ada Putera mahkota." Ujar bonda dengan sindiran kepada anak sulungnya itu. Luke yang mendengar hanya buat² tak dengar. Pekak betul² baru tahu!
"Kak Stella jangan lupa Qreya tau! " Qreya melangkah dan mendakap tubuh genit Stella.
"Manalah boleh lupa dengan puteri bongsu yang comel sorang ni!" Kata Stella sambil mencuit lembut hidung Qreya. Qreya hanya ketawa kecil lalu pelukkan dilepaskan.
"Kami minta diri dulu bonda." Kata Luke yang dah bersedia untuk pulang.
"Baiklah Luke. Jaga diri. Ingat pesan bonda!"
"Baik bonda!" Balas Luke dan mereka berdua memulakan perjalanan pulang. Disebabkan Ariendell Kingdom tidak terlalu jauh dengan academy jadi mereka buat keputusan untuk berjalan kaki sahaja.
∆∆∆∆∆∆∆∆
Setelah lebih kurang 1 jam meredah hutan Tanpa henti akhirnya Stella dan Luke tiba di academy mereka.
Stella yang tadinya kelihatan tidak bermaya terus berlari ke arah Rumah mereka meninggalkan Luke di belakang. Mahu menitis air matanya apabila akhirnya dia dapat merehatkan kakinya Yang bagaikan nak tercabut itu.
Pintu rumahnya diketuk beberapa Kali sebelum seseorang membukanya dari dalam. Tanpa menghiraukan sesusuk tubuh itu terus dia berlari menerpa sofa yang terletak di ruang tamu yang masih kosong. Terus dia berbaring di atasnya kepenatan.
"Stella! Korang pergi mana hah 3 hari tak balik Rumah?! Tahu tak prof sampai bising korang tak datang academy banyak hari!" Leteran Si Irya bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri Stella. Dia sudah tak kisah lagi yang dia tahu dia nak berehat.
"Woi! Stella! Jawablah!" Tapi reaksi Stella tetap sama. Dia tengah menikmati keindahan dapat berbaring setelah 1 jam berjalan Tanpa henti.
"Hiraukan dia. Kitaorang singgah Ariendell Kingdom." Celah Luke yang Baru tiba di depan pintu Rumah.
"Amboi! Kitaorang punya risau korang boleh pergi makan angin?!" Sudah nampak asap yang keluar melalui telinga dan hidung Irya. Nampaknya dia betul² marah.
"Stella kena culik waktu berjogging haritu. So aku lah selamatkan dia." Kata Luke dingin.
"Apa?! Woi Stella kau OK tak ni?! Ada cedera kat mana² tak?!" Irya yang bagaikan singa betina tadi terus bertukar menjadi Irya yang prihatin. Macam power rangers pulak boleh tukar²😂
"Aku rasa otak dia ada luka. Sebab tu jadi sewel tu. Kau rawatlah dia aku nk rehat." Sindir Luke selamba.
Stella Yang mendengar mula panas hati. Terus dia duduk Dari posisi baring.
"Aku tak sewel lah setan!!!" Jerit Stella kuat. Suka hati ja panggil orang sewel.
"Tak ada orang gila yang mengaku dia gila!" Balas Luke dari tingkat dua.
"Babi." Carut Stella selamba. Irya yang menjadi penonton hanya menggelengkan kepala.
"Yang lain mana Irya? Senyap ja?" Soal Stella setelah kemarahannya reda.
"Oh! Diorang pergi beli barang dapur. Hari ni cafeteria tutup sebab ada hal katanya. Nk tak nak kena jugaklah beli barang dapur." Stella mengangguk faham.
"Tak apa. Tanda minta maaf buat korang risau hari ni aku masak special nk?"
"Betul ni?!" Soal Irya teruja. Stella mengangguk tanda dia tak main².
"Yes!!!" Jerit Irya kegembiraan.
"Dah lah. Nanti bila diorang dah balik panggil aku. Aku nk masuk bilik kejap." Ujar Stella sambil menuju ke biliknya.
"Yes, Ma'am!" Dengan ketawa kecil Stella berlalu masuk ke biliknya untuk berehat dan buat apa yang patut.
Nk rehatkan kaki ni kejap! Dah lah berapa kali dah jatuh waktu masuk dalam hutan tadi. Habis berdarah lutut aku! Desis hati Stella.
Bersambung...
Seperti yang dijanjikan. Here it is!
Hope you enjoy.😊
Tata!😘💞
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Фэнтези| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...